
Isi Kandungan
ToggleMasuk raya kedua hari ni, jika rendang dan kuah kacang dah habis, namun masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.Sebaliknya, ketupat dan nasi impit tersebut boleh diolah menjadi hidangan masakan yang sedap, dengan cara menggorengnya.Caranya macam kita nak buat ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat dan nasi impit ini.Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.
Bahan-Bahannya:
Nasi Impit/ketupat secukupnya(potong saiz sederhana)
Bahan Kisar:
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Rencah:
Isi ayam/daging(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi
Kobis
Lobak Merah (potong memanjang)
Taugeh
Daun Kucai
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.
3.Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika.
4.Masukkan telur dan kacau hancur.
5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.

Selamat Mencuba!
Info Ekstra:
- Jangan potong Nasi impit/ketupat terlalu kecil, nanti takut hancur sewaktu menggoreng.
- Jika menggunakan rencah daging, masukkan sedikit air rebusan daging tersebut untuk lebih menyedapkan.
- Amat menyelerakan dimakan panas-panas dan ditabur dengan sedikit bawang goreng.
Sedap! Mesti kena cuba.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tya Ingat Pesan Ibu“Hidup Harus Sentiasa Berjuang, Tak Kisah Kita Berada Dimana Hari Ini”

Isi Kandungan
ToggleTya ingat pesan ibu. Sememangnya dalam mengecapi kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah.
Berada di tahap hari ini, pelakon cantik yang juga menantu kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Datuk Seri Siti Nurhaliza ini akui banyak yang perlu ditempuhi.
Setiap detik dalam kehidupannya adalah pelajaran perjalanan sebenar yang dilalui.
Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Tya Ingat Pesan Ibu
Pelakon wanita yang berasal dari Indonesia kini bergelar usahawan terkenal yang juga pemilik nama sebenar sebenar Nurtria Wulandari ini pernah berkongsi di akaun Instagramnya tentang pelajaran hidup.
Malah isteri kepada Asyraf Khalid ini juga sentiasa mengingati kata-kata nasihat dari ibu tercinta agar sentiasa berjuang dalam hidup walau apa yang ditempuhi.
“Pelajaran hidup adalah bermula dari perjalanan sebenar yang dilalui.
“Sama seperti ibu, yang telah diajar nenek kamu menjalani hidup dengan melihat dan merasai sebenar kehidupan.
“Bahwa hidup ini kita harus sentiasa berjuang, tak kisah kita berada dimana hari ini.
“Kelak kamu akan belajar dari hari ini, Nak,” kongsi Tya.
Sendiri Turun Padang
Walaupun dirinya bergelar Pengasas Jamu Mutyara namun Tya tidak kisah dan bersikap rendah diri dengan membuat kejutan terhadap pelanggan produknya,.
Tya sendiri yang turun padang membuat penghantaran secara bayaran tunai atau ‘cash on delivery’ (COD).
“Memang seperti video yang ditularkan di TikTok, saya ada buat kejutan COD kepada pelanggan.
“Kenapa saya buat, sebab saya sudah lima tahun berniaga produk ini, banyak sebenarnya wanita yang amalkan produk ini dan menyokong saya.
“Saya bersama pasukan dan apa yang saya buat ini diharap dapat memberi manfaat kepada mereka.
“Sejujurnya, apabila sesekali dapat turun padang saya gembira dan sebak juga.
“Apatah lagi dapat mendengar secara langsung maklum balas mereka selepas mengamalkan jamu yang mana membantu menyelesaikan masalah dalaman mereka.
“Saya datang pun secara ‘random’ saja. Saya turun berjumpa sendiri mereka sebagai tanda penghargaan saya atas sokongan dan kesetiaan mereka,” kongsinya.
Baca Disini : “Berkahwin dengan Asyraf Memerlukan Saya Banyak Berkorban, Terpaksa Tinggalkan Kerjaya Seni Di Indonesia” Tya Ariffin
Tya Arifin Kongsi Alahan Pada Debu Punca Anak Sulung Alami Masalah Sukar Bernafas, Sering Bersin
Seronok Momen Dapat Bantu Golongan Wanita
Paling membahagiakan Tya juga berkongsi momen di mana dia dapat membantu golongan ibu yang punya masalah kering susu badan dan juga wanita yang punya masalah kesihatan.
“Sudah tentu saya gembira bila ada pelanggan wanita yang selepas mengamalkan produk ini menambahkan lagi air susu.
“Begitu juga dengan seorang wanita berusia lingkungan 50 tahun yang mengalami masalah kesukaran berjalan. Tetapi selepas amalkan jamu ini dah boleh aktif semula termasuk buat kerja-kerja rumah.
“Rasa tak puas sebenarnya berjumpa pelanggan dan berborak dengan mereka.
“Hinggakan ramai juga komen suruh saya datang ke rumah dan tempat mereka pula. InsyaAllah,” sambungnya.
Mingguan Wanita : Suka dengan semangat Tya Ariffin yang semangat dalam berbisnes.
Sumber /Sumber Foto : Instagram Tya Ariffin
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlepas Pegangan Tangan, Anak Meninggal Dilanggar Kereta Depan Mata Ayah

Isi Kandungan
ToggleAllahu akbar! Sesungguhnya apa yang berlaku bukanlah satu ujian yang ringan. Amat berat sekali ditempuh oleh keluarga ini, apatah lagi tidak lama ramadan dan syawal bakal menjelma. Tentu sayu mengenangkan tragedi yang berlaku.
Apatah lagi hanya terlepas pegangan tangan, anaknya kemudian berlari dan meninggal dilanggar kereta di depan mata ayahnya sendiri. Tidak dapat bayangkan perasaan ayahnya serta keluarga melihat kejadian yang berlaku dalam sekelip mata.
Anak Dilanggar Kereta Di Depan Mata
“Di depan mata saya, Mu’Tahal tercampak dirempuh kereta itu,” kata Assalami Ahmad selepas anaknya maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Kampung Wa, dekat Jerangau, Dungun,Terengganu, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 malam, anaknya bongsunya itu, Mu’Tahal Assalami, 3, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Assalami, 61, berkata sebelum kejadian, dia bersama isteri dan enam lagi anaknya ke sebuah restoran untuk makan malam.
Anak Terlepas Pegangan Tangan
“Ketika tiba di restoran, saya memegang tangan dia dan ketika sedang menulis nama dan memeriksa suhu badan, tiba-tiba tangan anak terlucut dari pegangan.
“Dia berlari ke tengah jalan dan saya cuba mengejarnya namun gagal. Dia dilanggar kereta sebelum dia tercampak kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Baca Juga Di sini:
Anak Meninggal Di New Zealand, Mak Redha Allah Pinjamkan Buat Seketika
Niat Ke Rumah Saudara Tidak Kesampaian, Kanak-kanak Meninggal Dirempuh Ketika Melintas Jalan
9 Beranak Meninggal, Selepas Makan Mi Disimpan Lama Dalam Peti Sejuk
Memang Sedih Dan Perlu Redha
Katanya, dia perlu mengawal kesedihan dengan sedaya upaya dan perlu reda dengan apa yang berlaku.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 25 tahun itu gagal mengelak sebelum merempuh mangsa.
“Mayat dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarganya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987, “katanya.
MW: MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga arwah. Semoga ibu, bapa dan keluarganya kuat menerima ujian berat ini. Al-Fatihah.
Sumber: myMetro
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Simpan Kira-kira Dan Urus Kewangan, Silap Urus Bisnes Lingkup
Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-kira-kira-dan-urus-kewangan-silap-urus-bisnes-lingkup/
Bisnes Kencang Di Shopee Bersama Coach Zul Dan Master Noorul
Klik sini untuk mendaftar : https://toko.ideaktiv.com/product/bisnes-kencang-di-shopee-bersama-coach-zul-dan-master-noorul/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuaca Panas Lit Lit, Cuba 4 Resepi Air Sedap Pelega Tekak

Isi Kandungan
ToggleSekarang ini cuaca panas lit lit sungguh. Kalau dapat minum air sejuk berais, terasa dingin betul. Nak-nak pulak, resepi air sedap ini mudah nak buat.
Untuk mak-mak yang rajin ke dapur tu, apa kata cuba resepi empat jenis air yang dikongsikan Wati Zali ini. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan ini ditanam sendiri di keliling rumahnya. Misalnya bunga telang dan limau nipis.
Seronokkan bila keliling rumah ada macam-macam tumbuhan yang boleh digunakan untuk menyediakan makanan dan minuman kegemaran. Apa lagi.. jom cuba!
Air Jando Pulang
Minuman tradisional orang N9
Sodap minum bilo cuaco paneh cam potang nie
Sonang buek eh.
Bahan-bahannya
1 biji kelapa muda, ambil air dan isinya
2 helai daun pandan, disimpul
Gula merah secukupnya @ gula melaka @ gula enau
Ais kiub secukupnya
Cara Membuatnya
- Masak gula merah @ gula melaka, daun pandan, air kelapa hingga larut. Tapis dan sejukkan. Kemudian masukkan isi kelapa muda (ada yang masak dengan isi-isi kelapa muda sekali guss).
- Tambah ais kiub secukupnya dan letak isi kelapa. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.
Nyaman sangat-sangat.
Resepi Air Kelapa Bersama Limau Nipis (belakang rumah)
Air kelapa muda
Isi kelapa
Limau nipis
1/2 sudu teh chia seed
Madu
Secubit garam (sea salt)
Daun pudina
Cara membuatnya :
- Satukan kesemua bahan. Kacau sebati, masukkan ais sedia untuk dinikmati.
Air Bunga Telang Lemon Madu
Kak wati pun baru try buat air nie..campur Nata de Coco. Boleh tahan rasanya..sedapp dan menyegarkan!
Mudah saje nak buat.
Bahan-bahannya :
Bunga Telang
Lemon
Madu
Nata de Coco
Ketulan ais
Cara membuatnya :
- Masak air dengan 3- 4 bunga telang dan sehelai daun pandan. Kemudian sejukkan.
- Masukkan dalam gelas , perah lemon sikit dan sedikit madu.
Hidangkan. - Manfaatkan apa yang kita tanam dan apa yang ada disekeliling rumah kita.
Resepi Air Sedap Markisa Madu
Bahan-bahannya :
1 biji Buah Markisa merah
Madu
Lemon
Secubit garam
Cara membuatnya :
- Masukkan isi 1 biji buah markisa, madu, dan lemon.
- Kacau bagi mesra dan kemudian tambah sedikit air dan ais.
- Taadaaa… dah siapppp.
Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!
Resepi air belimbing buluh, sedap campur serbuk kulit limau kering.
MW : Mudahkan caranya, bolehlah cuba resepi air sedap ini dan nikmati dengan seisi keluarga ya.
Sumber/Foto : Wati Zali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI