
Isi Kandungan
ToggleBagi mak-mak yang suka petai, waktu musim petai ni lah kena buat stok jadi bila teringin nak makan tu dah ada. Tapi kena tahu cara simpan yang betul barulah petai kekal segar dan rangup.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Zakiah Zolkepli ini
“Saya nak ajar simpan petai sentiasa rasa fresh.Bukan buat jeruk ye, sebab saya tak suka jeruk petai.”
Caranya:
“Petai tak kopek buang sisi kiri kanan dan rendam dengan air paip.Petai kopek pun sama masuk bekas, rendam masuk peti ais bawah je bukan peti beku.”
“Selang sehari tukar air je.Petai akan jadi lagi besar & segar, rangup.Nak buat sambal atau ulam pon best.Musim petai murah kena simpan stock.”

Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Sambal Bilis Petai Kering Pedas Berapi, Masak Satu Lauk Dah Cukup!
Ini Cara Buat Pes Sambal Ikan Bakar Petai Sedap, Resepi Yang Cukup Terkenal Di Daerah Kuantan
MW: Macam ni rupanya nak simpan supaya kekal segar, rangup, jadi lebih besar dan tahan lebih lama. Rendam je dalam air, selalu tukar airnya selang sehari. Kena cuba tip ni.
Sumber: Zakiah Zolkepli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DIY Repair Sendiri Pintu Kayu Rumah Berlubang, Bajet Tak Sampai RM50, JIMAT!

Isi Kandungan
TogglePintu rumah berlubang bukan sahaja sakit mata memandang, bahkan boleh membahayakan keselamatan anak-anak yang masih kecil. Kemungkinan cedera terkena serpihan kayu berlubang tersebut.Bila pintu kayu rumah di rumah berlubang-lubang sebenarnya kita boleh baiki sendiri je. Lebih jimat bajet dan tak perlu nak tukar pintu rumah baru. Bahan-bahan yang diperlukan tak banyak malah cara nak baiki pun mudah.
Boleh cuba baiki sendiri pintu rumah kayu yang berlubang ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ashura AT ini.
“Alhamdulillah, repair pintu rumah kayu berlubang. Hasil baca tips & tunjuk ajar ahli dalam group ni.
So, rumah baru kami ada 4 pintu utama dan semua pintu ada pecah-pecah. Nak tukar termasuk upah memang lari bajet, so kita DIY repair sendiri & nanti undercoat, kasi cat sekali jalan, inshaaAllah.
Barang-Barang Diperlukan:
Scrapper
Kertas pasir
Pisau
PU Foam Spray
Filler
Self adhesive joint tape
Cara Membuat:
1. Kemaskan pintu berlubang pakai scrapper.
2. Tembak PU Foam. Lepas sejam potong lebihan, kasi rata. Saya pakai 1 botol je untuk 4 pintu dan masih ada lebihan. Nanti tutup je balik bucu dia pakai paku/screw dan boleh pakai lagi InshaaAllah.
3. Lekat joint tape.
4. Apply filler.
5. Lepas kering, kemaskan dengan kertas pasir.
6. Kasi cat, settle.
Total repair 4 pintu Alhamdulillah tak sampai RM50 (tak termasuk cat la). Kalau tukar 4 pintu, busuk-busuk RM480 la terbang termasuk upah install. Tu belum cat lagi, pintu plywood kosong warna kayu.

Semoga bermanfaat!
Baca Lagi Di Sini:
DIY: Sorok Wayar TV Dengan Bajet Murah Saja. Semudah ABC
Kipas Pusing Perlahan, Repair Sendiri Tukar Capacitor Kos RM5 Je!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah pintu kayu berlubang dekat rumah tu, tak perlu tukar baru, baiki je dahulu lebih jimat kos.
Sumber: Ashura AT
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

Isi Kandungan
ToggleBila tibanya musim cempedak, ramai yang merebut peluang membeli buah ini. Baik untuk digoreng mahupun dimakan begitu sahaja. Namun harga buah cempedak ni boleh tahan mahal harganya. Rugi sungguh jika tak pandai pilih, apatah lagi terbeli yang belum masak dan isi yang sikit.
Sebenarnya nak pilih buah cempedak yang isinya penuh dan masak ada caranya. Boleh ikut tip dan panduan mudah yang dikongsikan ini.
1. Tengok ‘Mata’ Kulit Cempedak
Tip yang paling mudah ialah perhatikan pada kulit cempedak. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak dan penuh.
Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia yang banyak.
2. Rasa Kulit Lembut/Empuk
Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.
Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
3. Kulit Kekuningan, Tangkai Coklat
Satu lagi tips pilih cempedak ni kita boleh tengok pada warna kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuning dia nampak lebih dominan. Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.
Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.
4. Bau Semerbak Wangi
Macam durian, cempedak ni memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi.
Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!
5. Pilih Yang Berat
Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.
Tapi kena hati-hati sebab buah yang ringan mungkin tak berisi. Kempunan dibuatnya!
Jadi, untuk lebih selamat ambil buah cempedak yang berat dengan ciri-ciri di atas ni. Barulah kurang kebarangkaliannya untuk dapat isi yang kosong.
Info Ekstra!
Kulit Cempedak Juga Boleh Dimakan
Selain isi ulas buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak pun boleh dimakan. Jadi janganlah terus buang je kalau dapat yang sikit isi buahnya.
Kulit buah cempedak boleh dibuat masak lemak, jeruk atau Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.
Orang kata memang sedap kulitnya ni… Rasanya lemak-lemak manis je. Yang tak pernah cuba, bolehlah cuba.
Apapun, jangan salahkan penjual pulak ya, sebab dia pun tak tahu setiap buah tu berapa banyak isinya.
Baca Lagi Di Sini:

Bancuhan Cempedak Goreng RANGUP, Guna Air Biasa Pun Jadi Kriuk Kriuknya!
Goreng Mandai Tumis Garing, Makan Nasi Panas-Panas Sedap Tak ‘Hinggat’!
Campur Ais & Air Sejuk, Rahsia Tepung Goreng Rangup, Tahan Lama!
Mingguan Wanita : Semoga tip ini bermanfaat dijadikan rujukan untuk memilih cempedak yang masak dan isinya penuh nanti. Selamat mencuba!
Sumber: Sirap Limau
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT WANITA : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PVC Foam Wainscoting Nampak ‘Real’ Macam Kayu, Senang Pasang & Kos Murah!

Isi Kandungan
ToggleHiasan dinding dengan ‘Wainscoting’ semakin mendapat tempat dihati peminat dekorasi rumah. Cantik bila dinding dihias kotak bersegi-segi macam tu, terus rasa mewah. Selalunya’Wainscoting’ menggunakan material kayu. Nak pasang pun renyah dan kosnya pun agak mahal.
Namun perkongsian Hafiz Hilmi ini, boleh guna PVC Foam Wainscoting. Tetap nampak ‘real’ macam guna material kayu, senang dipasang dan kosnya pula sangat murah.
Berikut perkongsian tersebut;
“Memandangkan ramai yang mesej saya dan tanya tentang PVC Foam wainscoting ni, so saya decide nak terangkan detail dekat mana nak beli dan bahan-bahan yang nak digunakan untuk pasang.”
“PVC foam ni sangat ringan dan senang nak bentuk dan lekat di dinding berbanding jenis getah yang berat dan susah lekat di dinding.”
Bahan yang saya gunakan:
1. Pembaris 45 darjah
2. Gam Dunlop (beli di mana2 kedai hardware/diy rm3.50 per bottle)
3. Gunting
4. Manilakad tebal/cupboard ( untuk buat kotak)
Pembaris 45 darjah saya gunakan untuk jadikan guide untuk potong bahagian hujung, untuk penyambung supaya nampak lebih kemas.
Cara Membuat:
- Step 1st buat petak gunakan manilakad atau cupboard.
2. Lekat cupboard dekat dinding. Kemudian sapukan gam bahagian belakang pvc wainscoting.
3. Lekat pvc wainscoting ikut cupboard atau manilakad yang dah dilekatkan di dinding supaya pvc foam ni lekat dengan lurus baru cantik..hehe kalau tak pakai board ni pun boleh terus lukis di dinding sebab tujuan dia hanya sebagai guide sahaja.
4. Kemudian sampai di bahagian hujung, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk penyambung line petak yang seterusnya.(Boleh tengok gambar.)
Untuk beli lining ni saya beli direct shopee. Ada dua size satu 3cm lebar dan 1 lagi 6cm lebar. Warna putih siap-siap so tak perlu cat dah. Kalau nak cat warna sama dengan dinding pun boleh tak ada masalah.

Bagi saya wainscoting Pvc foam ni memang menarik nampak real macam yang kayu dan yang paling penting senang nak pasang sorang-sorang pun boleh buat sebab pakai gunting sahaja potong tak perlu professional tools dan kos sangat-sangat murah.
Baca Lagi Di Sini: 4 Hari Siapkan DIY ‘Accent Wall Lawa, Bajet Kurang RM200!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang nak deko dan serikan dinding rumah dengan ‘ PVC Foam wainscoting’ ni. Bajet taklah besar mana, real macam kayu, mudah nak pasang dan paling penting puas hati bila rumah cantik hasil bila buat sendiri.
Sumber: Hafiz Hilmi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI