Kecantikan

Rendam Kapas Dalam Putih Telur, TEMPEK Kat Muka MUJARAB Tarik Keluar Blackhead & Kotoran Degil!

Share

Orang dulu-dulu sapu putih telur kat muka, buat macam pakai masker.  Sapu dua ke tiga kali seminggu, buat konsisten jangan miss. Nanti korang akan terkejut dengan hasilnya, bukan je kulit muka licin macam telur tapi blackhead whitehead pun hilang.

Ini petua nenek yang Min amalkan memang berkesan. Min jenis yang malas nak ke spa, jadi Min suka rawat kulit dengan bahan dapur. Jimat duit dan masa, yang penting bahan alami ni tiada kesan sampingan dan hasilnya TERBAIK. Memang puas hati. Selamat mencuba!

Putih Telur Hilangkan Blackhead & Whitehead

Tidak perlu mengeluarkan belanja besar melakukan perawatan wajah di spa. Proses membuang whitehead dan blackhead di spa ada kalanya menyakitkan. Cuba petua ini, caranya amat mudah dan berkesan.

Rendam kapas muka dalam putih telur. Kemudian tempek pada wajah yang bermasalah seperti hidung dan dagu. Biarkan sehingga kering. Kemudian tarik kapas muka ini secara perlahan-lahan. Korang dapat tengok kotoran yang melekat pada kapas. Ia bantu menarik kotoran keluar daripada wajah, hasilnya kulit wajah lebih licin.

Baca sini

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/lulur-magic-cerahkan-kulit-tanggalkan-daki-degil/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Haluskan Kulit

Bagi yang mahu menjimatkan wang dan masa, amalkan mengoles wajah dengan putih telur. Sapu nipis, kemudian biarkan selama 15 hingga 20 minit. Bilas wajah dengan air suam diikuti dengan air sejuk. Lakukan petua ini dua kali seminggu, kulit wajah akan tampak halus dan tegang.

Cerahkan Kulit

Kulit wajah yang gelap dan tona kulit tidak sekata membuatkan wanita berasa kurang yakin dengan penampilan diri. Usah sedih, ada cara untuk atasi masalah ini. Campurkan yogurt asli atau original dengan putih telur. Gaul sehingga sebati, oles pada seluruh wajah dan leher. Amalkan dua kali seminggu, kulit akan beransur cerah secara semula jadi.

Buang Lebihan Minyak

Cara yang paling berkesan untuk membuang lebihan minyak pada wajah dengan menggunakan putih telur. Campurkan bersama sedikit perahan lemon, sapu pada seluruh wajah. Kombinasi bahan alami ini juga dikatakan dapat membantu mengecilkan pori-pori wajah.

Hilangkan Jerawat

Jangan bimbang jika wajah ditumbuhi jerawat, sapukan putih telur. Biar selama 20 minit, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga jerawat hilang. Perubahan positif dapat dilihat seawall dua hari, jerawat semakin kecut dan hilang tanpa meninggalkan parut pada wajah.

Lembapkan Kulit

Kulit yang terdedah kepada cahaya matahari mudah menjadi kering dan berlaku masalah sunburn. Bagi mengatasinya, campurkan putih telur bersama avakado. Gaul sebati, jadikan masker. Sapu pada wajah, biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air sejuk, kulit akan kembali lembap dan masalah sunburn akan berkurangan.

Rawat Lingkaran Gelap Di Bawah Mata

Lingkaran gelap di bawah mata atau lebih dikenali sebagai mata panda sering menghantui wanita. Masalah ini berlaku kerana kurang rehat, tidak cukup tidur dan stres. Sapu putih telur pada bawah mata, kemudian lekapkan hirisan timun pada mata. Biar selama 15 minit. Bilas sehingga bersih.

 

 

 

Published by
intan rohaizat