Rendah Kalori, Tinggi Zat, Pilihlah Daun Kucai Jadi Menu Harian!

Share

Daun kucai memiliki banyak khasiat yang baik untuk kesihatan anda. Malah sayur yang rendah kalori ini tidak mengandungi garam tetapi tinggi zat. Sesuai sangatlah jika daun kucai dimasukkan dalam menu harian.

Dikatakan 100 gm daun kucai segar mengandungi hanya 30 kalori. Paling penting, daun kucai banyak mengandungi antioksidan flavonoid, serat pemakanan, mineral dan vitamin.

Mineral yang terdapat di dalam daun kucai adalah seperti vitamin A dan vitamin C. Daun berongga dan runcing ini juga turut mengandungi kalsium, magnesium, kolina, folat, karoten lutein, zeaxanthin, vitamin K, fosforus, dan potassium.

Nama saintifik kucai adalah Allium schoenoprasum. Ia termasuk dalam keluarga bawang putih dan bawang merah.  Kucai banyak ditemui di beberapa bahagian Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Banyak khasiat kucai untuk kesihatan tubuh. Bagi mendapatkan khasiatnya kita perlu memakan dengan jumlah yang cukup.

Perlu diingat, daun kucai yang dijadikan sebarang bahan hiasan dalam hidangan tidak memberikan nilai pemakanan yang dicadangkan untuk pengambilannya setiap hari.

1-Membantu Tidur Lena

Kucai dikatakan mengandungi sejumlah kecil kolina. Kolina adalah zat penting yang membantu mengekalkan struktur sel membran. Kolina turut membantu dalam fungsi tidur, mood, ingatan, kawalan otot dan sistem saraf dan otak.

Bagi wanita dewasa pengambilan secukupnya adalah 425 mg sehari dan bagi lelaki adalah 550 mg sehari. Kucai mengandungi sejumlah kecil kolina iaitu 0.16 mg untuk satu sudu makan. Oleh itu kita perlu mengambil kucai dan makanan yang ada kolina untuk mendapatkan pengambilan secukupnya kolina.

2-Penglihatan Lebih Jelas

Kucai mengandungi vitamin A yang baik untuk kesihatan mata. Daun hijau kucai itu mengandungi antioksidan flavonoid-phenolik seperti beta karotena, zeaxanthin dan lutein yang boleh bekerja dengan baik dalam membantu penglihatan lebih baik, melambatkan masalah berkaitan kemerosotan makular dan mengekalkan kesihatan saraf optik.

Dikatakan 100 gm daun kucai segar mengandungi 4353 IU atau vitamin A atau 145 peratus nilai pengambilan vitamin A yang dicadangkan setiap hari.

 

3-Menurunkan kolesterol

Kandungan potassium, allicin, dan kuersetin yang ada di dalam daun kucai dikatakan mampu membantu mengurangkan kadar kolesterol dan plak arteri. Ini mampu menjaga kesihatan jantung dan risiko untuk mengalami aterosklerosis jadi lebih rendah.

4-Menguatkan Tulang

Kucai sumber terbaik vitamin K, yang fungsinya adalah menyimpan kalsium dalam melawan osteoporosis. Pengambilan vitamin K yang mencukupi boleh mengurangkan kumuhan kalsium semasa dalam air kencing. 100 gram kucai dikatakan mengandungi 177 peratus nilai pengambilan vitamin K yang dicadangkan setiap hari.

5-Menjaga Kesihatan Janin

Seperti diketahui kucai mengandungi folat yang sangat penting untuk sintesis DNA dan pembelahan sel. Kadar folat yang cukup selama kehamilah dapat mencegah cacat pada bayi.

6-Mampu Membantu Mencegah Kanser

Kucai rendah kalori tetapi tinggi vitamin, mineral dan tahap antioksidan yang dikatakan berupaya mencegah kanser melalui bantuan fitokimia antikarsinogeniknya. Kucai mengandungi sebatian antikarsinogenik yang dikatakan mampu mencegah pertumbuhan atau penyebaran kanser pada semua bahagian tubuh melalui proses memetastasis. Ia merangsang penghasilan glutathione yang mengenalpasti dan membuang kanser dan metabolit menyebab kanser dalam tubuh.

7-Berguna Sebagai Agen Nyahtoksid

Daun kucai mengandungi sifat-sifat diuretik ringan, serta antibakteria yang mampu menyahtoksid bahan-bahan berbahaya dalam tubuh. Dengan menggalakkan pengeluaran air kencing, ia mampu membuang toksin, lemak, air dan garam berlebihan sekaligus memastikan sistem organ berjalan dengan lancar.

8-Penggalak Sistem Imun

Sejumlah vitamin C yang ditemui di dalam kucai dikatakan telah terbukti berkesan untuk menggalakkan keberkesan sistem imun melalui cara menggalakkan penghasilan sel-sel darah putih dan meransang penghasilan kolagen, bahan perlu dalam pembentukan pembuluh, sel, tisu dan otot baru.

Sumber:

www.dovemed.com/

doktersehat.com/

www.medicalnewstoday.com/

www.healthbenefitstimes.com/

Sila baca ini juga:di-sebalik-masamnya-asam-jawa-hati-dilindungi-kesihatan-terjaga/

 

 

 

 

Published by
Julie Roshana