“Mencari itu tidak, tetapi dianugeraghan itu dianggap sebagai satu hadiah. Syukur alhamdulillah,” itu kata aktor terkenal Remy Ishak dipetik dari melakahariini.my.
Pelakon Remy Ishak antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam pada Ahad.
Foto: kredit www.melakahariini.my
Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk. Remy yang juga merupakan anak kelahiran Melaka, menerima anugerah itu yang disampaikan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam pada sesi kedua istiadat penganugerahan berlangsung di Dewan Istiadat Seri Negeri.
Tak Sangka Terima Anugerah
Remy, ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas.
“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.
Ads
“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya.
Turut digelar sebagai ‘Hero Malaya’, Remy berkata, meskipun kini sudah bergelar Datuk namun dia tetap seperti dirinya yang dulu selain gelaran diterima tidak akan mengubahya.
“Saya tetap akan menjadi Remy Ishak dan saya adalah Remy Ishak kerana darjah kebesaran Datuk ini dikurniakan oleh negeri Melaka kepada saya.
Ads
“Saya amat menghormati penganugerahan ini dan ia adalah suntikan untuk saya lebih berjaya pada masa hadapan,” katanya.
Ads
Remy Ishak hadir ke istiadat penganugerahan berlangsung di Dewan Istiadat Seri Negeri ditemani isteri tersayang, Ezza Yusof yang anggun mengenakan kurung moden rona biru.
Tiada istilah cepat mahupun terlambat dalam urusan berkaitan jodoh. Semuanya ketentuan tuhan dan dianugerahkan pada waktu yang paling tepat. Pelakon drama bersiri Gerak Khas yang terkenal dengan watak Detektif Lim, Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, mengakhiri zaman bujang pada usia 55 tahun apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan, Norhayati Abdullah, 39, di sini, pagi semalam.
Akad Nikah Berjalan Lancar
Sah dengan sekali lafaz, pasangan yang sudah enam tahun menyulam cinta itu dinikahkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), di sini, disaksikan enam tetamu. Farid bersyukur majlis akad nikah lancar biarpun terpaksa berdepan dugaan kecil.
“Lebih membuatkan saya terharu apabila kami terserempak dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di JAWI.
“Beliau sempat mendoakan saya dan isteri,” katanya.
Nikah Tempoh PKP
Memilih bernikah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Farid terpaksa berdepan beberapa dugaan.
“Mengikut perancangan awal, abang ipar yang menetap di Kelantan sepatutnya menjadi wali.Namun, disebabkan PKP dan larangan merentas negeri, kami terpaksa membuat rancangan lain. Kami meminta abang ipar yang menetap di sini, untuk menjadi wali.
“Disebabkan itu, kami terpaksa menghantar surat permohonan nikah yang baharu,” katanya.
Bagaimanapun, kata Farid, abang ipar itu pula cedera akibat terjatuh dari pokok, sebelum majlis pernikahan.
“Pada mulanya, kami fikir ingin teruskan sahaja rancangan asal membawa abang ipar di Kelantan menjadi wali.
“Namun, memikirkan perlu isi borang baharu dan prosedur agak leceh, kami teruskan juga. Kami terpaksa meminta kebenaran JAWI membawa seorang lagi tetamu untuk memapah abang ipar,” katanya.
Mempercepatkan Tarikh Nikah
Bukan itu sahaja, Farid berkata, tarikh pernikahan mereka terpaksa dipercepatkan tiga hari.
“Jika tidak, mungkin impian bernikah tahun ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang tidak diketahui berikutan tiada kekosongan slot akad nikah akibat PKP.
“Agak kelam kabut apabila JAWI memaklumkan tarikh pernikahan terpaksa dipercepatkan.
“Selain itu, kami juga dikehendaki menjalani ujian calitan di hospital kerajaan dan tidak dibenarkan melakukannya di hospital swasta.
“Ujian calitan pula perlu dilakukan dalam tempoh tiga hari, jika tidak laporan dianggap tidak sah,” katanya.
Namun, Farid menganggap semua itu sekadar dugaan dan tidak tertekan.
“Bagi saya, tidak perlu bebankan fikirkan dengan terlalu memikirkan rintangan. Apa yang penting, majlis pernikahan lancar,” katanya.
Detik Perkenalan
Berkongsi detik perkenalan dengan isteri, Farid memberitahu, dia mengenali Norhayati ketika melakukan penggambaran di tempat pasangannya itu bekerja.
Farid berkata, sikap isteri yang penyabar, memahami dan tidak banyak kerenah menambat hatinya.Farid juga tidak menganggap keputusan berkahwin pada usia 55 tahun sebagai terlambat, sebaliknya percaya ketentuan Tuhan.
“Semua ini ketentuan Allah. Saya sentiasa berpegang kepada ayat di setiap kesempitan mungkin ada kemudahan.
“Pada mulanya saya mengaku, ada terfikir, andai ada rezeki menimang zuriat, anak masih kecil. Sedangkan umur semakin meningkat.Tapi, lama-kelamaan saya malas hendak fikir lagi. Saya tidak mahu serabut pemikiran dengan perkara-perkara ‘toksik’.
“Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya yang belum memutuskan mahu menganjurkan majlis resepsi selepas PKP tamat.
MW: Tahniah diucapkan buat ‘Detektif Lim’ dan isteri atas perkahwinan ini. Meskipun mengakhiri zaman bujang pada usia 55 tahun, sesungguhnya segala urusan jodoh adalah rahsia dan ketentuan Allah. Selamat berbahagia!
“Rasa seolah-olah berkahwin buat kali pertama” rezeki Mas Idayu majlis kahwin dapat tajaan RM7 juta. Wah! Seronoknya selepas sekian lama bergelar ibu tunggal dan bakal mendirikan rumah tangga kali kedua tidak lama lagi, Mas Idayu, 50 sahkan bakal mendapat tajaan perkahwinan mencecah RM7 juta.
Begitulah luahan Mas Idayu yang cukup teruja menyatakan majlis perkahwinannya bersama cinta hati Penerbit Eksekutif di stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, mendapat tajaan mencecah RM7 juta.
Mas Idayu juga tidak menyangka akan menerima tajaan semewah itu.
“Saya tak terlalu fikir soal jumlah tajaan. Apapun, saya bersyukur atas rezeki kurniaan Tuhan.
“Apa yang lebih saya fikir ialah kehidupan dan tanggungjawab selepas berkahwin. Selepas sekian lama tiada teman hidup dan tak percaya ikatan perkahwinan, akhirnya Allah buka hati saya.
“Saya pun tak sangka soal perkahwinan jadi tular apabila Sufian memuatkan hantaran kami berbuka puasa dalam IG. Saya ini bukanlah siapa-siapa,” kongsi Mas Idayu
Menetapkan 16 September ini sebagai detik bersejarah, acara akad nikah dan majlis resepsi bakal berlangsung di Magica Quill City Mall.
Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online, majlis resepsi Mas Idayu dan bakal suaminya akan mencipta rekod Malaysia Book Of Records.
Dulu Pra Perkahwinan Pun Tak Ada
“Sejujurnya, saya tidak menyangka perkahwinan kali kedua dikurniakan rezeki tajaan dianggarkan mencecah RM7 juta berbentuk barang kemas, tajaan lokasi dan busana perkahwinan.
“Boleh dikatakan, perkahwinan kali ini lebih memberi bahagia berbanding pertama.
“Saya dapat merasai sesuatu yang tidak pernah dirasai sejak 15 tahun lalu.
“Dahulu, pra perkahwinan pun tiada, apatah lagi, majlis persandingan. Sekarang, saya rasa seolah-olah berkahwin buat kali pertama,” ungkap Mas Idayu.
Pilih Nikah Hari Malaysia
Ditanya tarikh nikahnya bersamaan Hari Malaysia adakah mempunyai simbolik tertentu. Penyanyi dangdut ini menerangkan tarikh yang dipilih adalah yang diberi oleh bakal suami.
“Tarikh nikah bukan saya pilih, tetapi bakal suami. Pada mulanya Sufian cakap nak kahwin Mei lalu.
“Namun, masa itu, jarak masa terlalu dekat dan terburu-buru.
“Akhirnya, Sufian pilih 16 September. Saya jenis tak ingat tarikh istimewa, jadi mungkin lebih mudah ingat apabila tarikh pernikahan jatuh pada Hari Malaysia.
“Namun, tiada simbolik tertentu. InsyaAllah, acara akad akan berlangsung, jam 9 pagi dan diikuti majlis resepsi pada sebelah malam,” sambung Mas Idayu.
“Alhamdulillah Maryam dah ada geng” Fizo Omar kini ayah kepada dua puteri. Tahniah diucapkan buat pelakon dan usahawan berjaya Fizo Omar dan isteri Fazeera Nazri yang telah dikurniakan anak perempuan.
“Alhamdulillah Maryam dah ada geng” begitulah ucapan daripada wargant menerusi akaun ctfatrh.
“Alhamdulillah Maryam Dah Ada Geng”
Kelahiran anak sulong pasangan itu menjadikan Fizo bergelar ayah kepada dua orang puteri, puteri pertama, Wan Maryam lahir menerusi perkahwinan terdahulu dan sudah berusia 5 tahun.
Untuk rekod sebelum ini Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Fizo kemudian bertemu jodoh dengan Fazeera dan berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Terbaru Fizo Omar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor.
“Alhamdulillah. Satu lagi hadiah yang indah dikurniakan oleh Allah SWT.
“Isteri saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin.
“Ibu dan bayi sekarang berada dalam keadaan sihat dan selamat,” ungkapnya.
Terima Kasih Doa Semua
Fizo juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital kerana telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada isterinya sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bersalin.
“Terima kasih juga atas doa semua untuk isteri dan bayi saya,” ujarnya.
“Assalamualaikum, Baby Girl’ Warganet
Menerusi ruangan komen warganet memberikan ucapan tahniah buat Fizo dan isterinya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...