Tahniah Remy Ishak akhirnya selamat bernikah dengan Ezza. Pelakon kacak yang berusia 39 tahun itu telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Roszaliza Yusof atau Ezza, 38, di Masjid Negara Kuala Lumpur.
Sebelum ini difahamkan majlis pernikahan yang dirancang pasangan ini telah beberapa kali tertunda sejak Mei lalu disebabkan negara masih dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19. Pasangan ini juga pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun hubungan itu terlerai dua tahun kemudian.
Selepas cinta pasangan ini kembali bertaut, Remy akhirnya nekad untuk memperisterikan Ezza. Wanita ini cukup setia di sisinya melalui saat susah dan senang.
Pasangan ini telah mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, selain turut ditatarias oleh jurumekap Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah,
Pasangan ini juga telah dinikahkan sendiri oleh abang pengantin perempuan, Rozman Yusof dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Pada majlis yang hanya dihadiri oleh pasangan pengantin dan dan wali kepada pengantin perempuan itu menyaksikan menyerahkan sebentuk cincin kepada Ezza sebagai mas kahwin.
SEBELUM Kahwin Boleh LAYAN Bersungguh, Lepas NIKAH Apa Salahnya Ambil Hati BAHAGIAKAN Isteri
8 tahun Jadi Artis Sendu, Hati Tak Tenang & Jiwa Kosong, Hidayah Allah Sangat Mahal
UMUR Bukan Penghalang, PENDAKWAH Indonesia Ustaz Abdul Somad BERNIKAH Dengan Gadis 19 Tahun
Seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus, Remy menerangkan dia rasa sangat bersyukur majlis yang dirancang berjalan dengan lancar.
“Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri. Mohon mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” ungkap Remy sebaik sah bergelar suami.
Sumber Foto : Instagram Remy Ishak & Instagram Ezza Yusof
Mingguan Wanita : Tahniah Remy dan Ezza. Semoga pasangan ini berbahagia hingga ke jannah.