Senang je bila buat ‘Rempeyek Ekspres’ ni. Janji ada kacang dan ikan bilis, guna kulit popia pun boleh. Mudah, cepat dan senang tak perasan sekejap je habis sebalang. Bolehlah buat stok untuk makan sendiri dengan anak-anak dan keluarga nanti.
“Nak makan rempeyek buatan sendiri macam ni la jadinya. Mudah je, janji ada kacang dan ikan bilis. Stok untuk makan sendiri naa.”
Bahan-Bahan:
Kulit popia potong ikut suka
Bancuhan tepung gandum cair sebagai gam
Kacang dan ikan bilis
Cara Membuat:
1. Basuh kacang dan jemur sampai kering.
2. Ikan bilis ikut la kalau jenis yang lambat garing atau liat elok goreng dulu sat sebab kulit popia cepat garing.
3. Potong kecil kulit popia dan susun atas loyang.
4. Letak gam (bancuhan tepung gandum) pada kulit popia, letak sikit-sikit ja.
Ads
5. Baru atur kacang dan ikan bilis kemudian goreng.
6. Pastikan guna api perlahan, kalau tak nanti hangit kulit popia, kacang dan bilis pula nanti tak masak.
Jejari kentang goreng memang antara makanan yang disukai oleh ramai kanak-kanak bahkan orang dewasa pun suka kan? Memang ralit bila makan sebagai kudapan saat menonton TV, bersembang dan sebagainya. Biasanya stok jejari kentang ini memang ada di dalam peti sejuk, yang dibeli di pasar raya. bila nak, keluarkan dan goreng.
Namun, tak sama yang dibeli di luar dan dibuat sendiri. Bila buat sendiri daripada A-Z, mak-mak boleh tahu apa kandungan di dalamnya. Taklah risau kot ada bahan pengawet atau bahan perasa tambahan yang berlebihan. Tak gitu?
Ha…Sekarang anda boleh buat sendiri jejari kentang goreng di rumah. Ikuti perkongsian daripada Nurul Ain Syed Mohd (fb: https://www.facebook.com/ainsyeh). Cuba tau, rugi tak cuba! Rasanya sama sedap yang dibeli di restoran makanan segera kat luar tu! Yang pasti, lebih sihat ye!
Beberapa biji kentang – Tak kisah berapa biji
Beberapa biji limau nipis
2-3 sudu makan tepung jagung
Sedikit lada sulah – pilihan
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Potong dulu kentang ikut selera masing-masing. Nak cantik, potong seperti dalam gambar menggunakan pemotong besi bergerigi. Kemudian basuh bersih beberapa kali.
Nak lagi rangup dan pejal (tak lembik), rendam dengan air yang bercampur dengan air perahan limau nipis selama 5-10 minit. Ada beza tau jika tak rendam dan bila direndam ye. Toskan.
Setelah itu di dalam periuk, panaskan air dan tambah garam sikit. Rebus kentang tadi separuh masak, anggaran sekitar 5 minit (jangan lama-lama nanti hancur). Angkat dan toskan. Sejukkan. Pindahkan dalam bekas/mangkuk yang sesuai dan pastikan dah tos betul-betul tau (tak berair).
Masukkan 2-3 sudu tepung jagung. Gaul rata. Kalau nak rasa pedas sikit, boleh letak serbuk lada sulah secukup rasa. Tapi kalau nak bagi anak makan, mungkin tak sesuai. Asingkan untuk yang mak ayah punya siap-siap.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng jejari kentang hingga masak. Selebihnya boleh masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak goreng.
Tadaa! Dah siap. Enak dimakan dengan sos sebagai kudapan pada bila-bila masa saja. Anak-anak gerenti suka! Mak ayah pun suka kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pejam celik pejam celik harini sudah 11 Ramadan, mak-mak mesti sudah pening memikirkan juadah berbuka puasa. Jangan risau, cubalah kuih mudah yang sedap ini iaitu Pau Goreng Inti Sambal Bilis.
Selain mudah, memang gerenti sedap. Jangan risau jika kuih yang dibuat banyak berlebihan sebabnya pau ini juga boleh disejukbeku. Jadi goreng saja mana yang hendak dibuat berbuka selebihnya simpanlah dalam peti sejuk ya.
Apatah lagi hari ini ramai ibu-ibu yang sudah keluar bekerja, jadi bolehlah kuih ini disejukbeku bila-bila rasa nak makan waktu berbuka, keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudah kan!
Selain itu, jika ibu-ibu dirumah yang nak menolong suami menjana pendapatan boleh juga jadikan kuih ini sebagai bisnes. Kuih Frozen Pau Goreng Inti Sambal Bilis Ini tidak memerlukan modal yang besar. Semua barang masakan mesti ada di dapur anda!
Resipi Pau Goreng Inti Sambal Bilis ini dikongsi oleh Mama Shida (sumber @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida). Mama Shida menerangkan sememangnya kuih ini menjadi kesukaan turun terumun sejak dia kecil lagi.
“Bila ada sikit kelapangan teringin pulak nak kongsi Pau Goreng Inti Sambal Bilis. Pau ni zaman sis sekolah, ia memang kuih paling laris dan popular di kantin. Lambat beratur kempunanlah jawabnya. Nasib sis dah kawtim dengan akak kantin, simpankan tiga biji setiap hari. Tak dapat nasi lemak pun takpa asal dapat pau goreng ni.
“Bila dah ada anak-anak sis cubalah buat pau macam akak kantin tu punya, sekali dua tak berapa menjadi tapi bila dah kerap buat, ubah sana sini, akhirnya menjadi dan anak-anak suka. Biasanya, alang-alang buat tu sis akan buat lebih dan diforzenkan, bila teringin terus goreng je.
“Kalau korang nak tau, rasanya lebih kurang je dengan Burger Malaysia, bezanya bau ini inti di dalam dan lebih mudah dimakan berbanding Burger Malaysia tu dibelah tengah, dimasukkan sambal dan hirisan timun. Rasanya kalau korang nak buat kuih frozen atau jual, sis yakin ia mesti laku. Nak cuba ini resipinya, sis share:
Menurut Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia, menu puding buih berkuah susu ini boleh dijadikan pencuci mulut yang berkhasiat dan tinggi protein. Ini kerana, bahan utama puding buih adalah telur.
“Sebiji telur mengandungi 7 gram protein bagi setiap sebiji telur.”
Perlu diketahui, “telur yang tidak dimasak atau tidak dimasak dengan sempurna mengandungi Salmonella dan ini tidak digalakkan dan tidak boleh terutama bagi golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.”
“Bagi mengelak keracunan, langkah seperti membasuh telur dengan sempurna dan masak hidangan hingga sempurna boleh diambil.”
√ Bagi pesakit kencing manis, anda boleh memanipulasi menu dengan tidak menambah gula di dalam puding buih dan gantikan Kuah Custard dengan ‘Susu Formula khas’*.
√ Bagi anda yang ingin turunkan berat badan, kalori puding boleh dikurangkan dengan mengurangkan jumlah gula di dalam Puding Buih dan gantikan Kuah Custard dengan Susu Rendah Lemak/Susu Skim.
√ Sekiranya anda seorang atlet dan baru sahaja siap ‘workout’ sebelum waktu berbuka puasa (artikel ditulis dalam bulam Ramadan), anda boleh cuba ambil Puding Buih ini dengan ‘Susu High Protein’ yang ada di pasaran untuk tujuan ‘muscle recovery’.
Selamat Mencuba!
1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air (Kisar dengan daun pandan untuk dapatkan warna hijau)
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
Sedikit pewarna ~ optional
¼ cawan gula ~ optional
1) Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih dan sejukkan.
2) Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue.
3) Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu. Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi
4) Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan. Penting bagi bancuhan agar-agar sejuk dahulu supaya apabila dicampur dengan meringue nanti, adunan tidak terasing dan sebati dengan baik.
5) Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar dan tuang agar dalam bekas
6) Sejukkan puding, kukus seketika untuk memastikan adunan dimasak sempurna bersama meringue dan kemudian sejukkan semula di dalam chiller.
2 cawan susu rendah lemak/susu skim/susu sejat
2 cawan air
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla
1) Larutkan tepung custard di dalam air terlebih dahulu.
2) Masukkan kesemua bahan di dalam periuk
3) Kacau sehingga mendidih dan naik bau.
– Sejukkan Puding Buih dan Kuah Custard di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan!
*formula khas untuk kondisi hiperglisemia (gula tinggi dalam darah)
p/s: Please share and dont forget to tag FB Page Dietitian Kementerian Kesihatan Malaysia
MW : Bila mana ada kes keracunan makanan di Terengganu yang jumlahnya sudah mencecah 100 orang, yang dikatakan berpunca daripada memakan puding buih yang dibeli secara online. Lebih baiklah sekiranya, mak-mak yang teringin nak mencuba tu buat sendiri puding buih ini dengan cara selamat yang Dietitian KKM kongsikan ini.
Sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha, ada baiknya anda ambil tahu cara bahagikan daging korban dahulu. Ini lebih afdhal dan tidak lah buatkan anda rasa ralat jika betul agihkan daging pada orang yang tepat.