Bagaikan plot drama siapa sangka bayi perempuan ditemukan di belakang rumah di Kampung Geting, di sini, dipercayai baru dilahirkan oleh seorang remaja.Bayi itu disyaki dilahirkan jam 9.30 pagi oleh remaja berusia 18 tahun secara bersendirian tanpa pengetahuan keluarga.
Jumpa Bayi Belakang Rumah
Ibu remaja itu yang mahu dikenali sebagai Liza, 37, berkata, dia dihubungi anak perempuannya itu memaklumkan terdengar jeritan bayi dari belakang rumah dan mendakwa ada individu membuang bayi.
“Saya ketika itu sedang bekerja di kedai kopi dan selepas menerima panggilan anak, saya tidak terus pulang kerana sedang membungkus nasi untuk pelanggan.
“Tidak lama kemudian, anak menelefon sekali lagi dan saya meminta seorang saudara ke lokasi yang diberitahu untuk memastikan kesahihan berita itu.
“Selepas keadaan di tempat kerja sedikit tenang, saya pulang ke rumah dan melihat jiran sedang memangku bayi perempuan dan saya terus bertanyakan anak perempuan adakah bayi itu anak dia namun dia nafikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Liza yang berasal dari Sungai Golok, Thailand berkata, jiran memberitahu bayi perempuan itu ditemukan dalam keadaan berbogel dan sudah kebiru-biruan manakala tali pusat sudah dipotong dan uri pula siap ditanam tidak jauh dari tempat bayi itu ditemukan.
Ads
Tak Mengaku Lahirkan Anak
Menurutnya, anaknya masih belum berkahwin dan tidak tahu jika remaja itu mengandung kerana fizikalnya yang memang semula jadi berisi.
Dia berkata, anaknya itu baru menetap bersamanya sejak Ramadan lalu selepas bapa kandung yang juga bekas suami Liza meninggal dunia akibat serangan strok.
“Saya mendesaknya untuk mengaku bahawa bayi perempuan itu anaknya tapi dia enggan sebaliknya mendakwa lelehan darah yang turun di betisnya adalah kerana datang bulan.
“Buntu memikirkan perkara itu menyebabkan kami terpaksa menghubungi polis dan anak serta bayi perempuan itu dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya yang sedang hamil enam bulan bersama suami baru.
Ads
Anak Kurang Sihat
Liza berkata, anaknya itu tidak menunjukkan perubahan ketara sebaliknya memberitahu rasa kurang sihat dan terasa lapar ketika bangun dari tidur kira-kira jam 1 pagi tadi.
Menurutnya, sebelum turun bekerja ke kedai kopi jam 4 pagi, Liza sempat memasak untuk remaja perempuan itu yang dikatakan demam tanpa memikirkan apa-apa yang pelik.
“Beberapa jam selepas itu saya dikejutkan dengan berita penemuan bayi perempuan oleh anak dan lebih mengejutkan ia mungkin dilahirkan anak saya sendiri,” katanya.
Sementara itu, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi perempuan itu dan siasatan lanjut sedang dibuat.
“Bayi yang dibawa ke hospital cedera di kepala dan muka.” Seorang bapa cuba menipu anaknya ditendang lembu, padahal anaknya itu cedera disebabkan kecuaian dirinya.
Sebenarnya kejadian malang itu berpunca apabila sang bapa mengundur kereta dan terlanggar anaknya.
Bayi Cedera Di Kepala Dan Muka
Seorang bapa cuba menipu apabila mendakwa bayi perempuannya berusia setahun yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu.
Namun, bayi warga negara Myanmar itu rupa-rupanya dilanggar lelaki berusia 27 tahun itu ketika mengundur kenderaan dipandunya, semalam.
Bapa Cuba Menipu
Kejadian dipercayai berlaku malam tadi di kediaman mereka di daerah Kubang Pasu dan petugas HSB pada 10.56 malam dimaklumkan bayi itu cedera akibat ditendang lembu ketika bermain di luar rumah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G Suresh Kumar berkata, bagaimanapun hasil siasatan yang dijalankan polis mendapati mangsa dipercayai dilanggar oleh bapanya ketika mengundur kereta di kediaman mereka.
Beliau berkata, bayi perempuan terbabit cedera di kepala dan muka melecet dan keadaan terkini mangsa dilaporkan stabil, tetapi masih di bawah pengawasan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSB.
“Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiaya, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian.
“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Suresh Kumar berkata, siasatan juga dilakukan bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Katanya, bagi kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun dan sebat tidak kurang dari tiga sebatan.
“Bapa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan itu ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mingguan Wanita : Jika bapa ini tak bersalah, mungkin dia tidak akan cuba menipu. Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat mak, ayah di luar sana dan sentiasa memantau keselamatan anak di rumah.
Setelah anak makin membesar dan bosan duduk di rumah, Datin Zuridah mengambil keputusan untuk membuka Kafe goreng goreng di Ipoh, Perak. Biar pun kafe tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan, tetapi atas sebab-sebab tertentu kafe tersebut perlu ditutup.
Kini kafe goreng goreng ditukar nama kepada The Rebarn Langkawi dan beroperasi di Pulang Langkawi, Kedah. Biar pun tidak menjangka akan memiliki kafe sendiri, hanya atas dasar ingin mencuba dan gemar mencuba resipi baru akhirnya segalanya mula menampakkan hasil.
Mengetengahkan makanan Melayu daripada makanan street food sehinggalah makanan “rumah” yang menyelerakan, anda pasti mempunyai banyak pilihan di The Rebarn Langkawi.
“Hidangan panas seperti mee goreng mamak dan kotiew goreng antara menu yang harus dicuba. Tidak lengkap rasanya anda tidak merasa betapa nikmatnya menyedut air kopi Vietnam yang dihidang dengan cara tersendiri. Selain itu green tea kami red thai tea juga selalu mendapat permintaan tinggi dari pelanggan,” ujar Datin Zuridah.
Di samping itu, bagi penggemar makanan barat, The Rebarn turut menampilkan menu-menu yang tidak kurang hebatnya seperti spageti aglio oglio, spageti carbonaro dan juga chicken chop.
Ramuannya yang diadun khas dan memdapat sentuhan citarasa tempatan membuatkan menu ini mempunyai rasa yang cukup berbeza.
Datin Aida bersama staf-stafnya.
Suasana Santai
Terletak di kawasan tumpuan membuatkan kafe ini menjadi lokasi starategik buat seisi keluarga mengenyangkan perut dan beriadah. Kedudukan restoren yang berada berdekatan dengan kawasan pusat rekreasi dan riadah membuatkan ianya menjadi pilihan buat seisi keluarga.
Di samping itu, dekorasinya yang minimalis dan juga susun atur yang lapang menjadikan kafe ini sesuai dijadikan lokasi bersantai dan melepak bersama teman-teman di hujung minggu. Tambah menarik apabila malam anda ditemani dengan dendangan muzik menerusi “liveband” ketika menikmati hidangan yang menyelerakan.
“Saya sengaja memilih kawasan yang luas sebegini agar kafe ini sesuai dijadikan tempat bersantai atau bagi sesiapa yang ingin menganjurkan sesuatu event, kami sedia menerimanya.
“Hiasan dan dekorasi kedai ini kebanyakannya daripada barang kitar semula atau kami “reuse” barang sedia ada untuk dijadikan item dekorasi. Uniknya lampu kamu menggunakan sangkar ayam yang dibeli daripada Thailand. Begitu juga kepingan pintu rumah turut diangkat menjadi salah satu item dekorasi The Rebarn Langkawi,” ungkap Datin Zuridah Zulkarnain, pemilik kafe The Rebarn Langkawi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Adira & Isteri Pertama Failkan Perceraian Serentak. Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan persahabatan.
Namun dek kerana tidak ada lagi persefahaman ikatan yang dibina atas nama cinta terpaksa dileraikan. Walau pahit ditelan namuan terpaksalah menerima hakikat.
Itulah yang dialami oleh usahawan terkenal Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan Datuk Red apabila dua isteri memfailkan perceraian serentak. Akui usahawan itu dirinya cuba mempertahankan rumah tangga bersama isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim dan isteri kedua, Adira Suhaimi.
Malah dirinya turut akui kedua-dua isterinya tidak berpakat, sebaliknya berlaku secara kebetulan.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian Online, sebagai ketua keluarga dirinya tetap mahu mempertahankan rumah tangganya.
“Mereka tidak berpakat, cuma kebetulan. Masing-masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri.
“Sebagai ketua keluarga, saya tetap mahu cuba pertahankan.
“Luaran orang lihat saya masih boleh gelak ketawa, tapi sebenarnya dalaman saya lemah, cuma tak nampak.
“Bayangkan, tiba-tiba dua isteri hilang sekelip mata?” ungkap Datuk Red.
Baru-baru ini Datuk Red telah hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang bagi prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bersama Adira.
Namun poses itu gagal menemui jalan penyelesaian dan mahkamah melanjutkan kepada proses hakam yang akan berlangsung pada 24 April depan.
Datuk Red Mahu Selamatkan Rumah Tangga
Sebagai manusia biasa, Datuk Red akaui dirinya lali namun sudah memohon kemaafan kepada dua orang isterinya.
“Saya juga manusia, lalai dan asyik minta maaf banyak kali, tapi benda ini (perpisahan) tetap berulang lagi.
“Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham, tapi saya akan tetap berusaha menyelamatkan rumah tangga,” sambungnya.
Pada masa yang sama Peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memberitahu permohonan cerai yang difailkan isteri pertama akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac ini.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...