Remaja 14 Tahun Tunai Tanggungjawab, Pembayar ZAKAT PERNIAGAAN TERMUDA RM10,000!

Share

Remaja 14 Tahun Tunai Tanggungjawab, Pembayar Zakat Perniagaan Termuda RM10,000! Sungguh memberi inspirasi, pada usia yang masih muda remaja perempuan berusia 14 tahun ini sudah menunaikan tanggunggjawab dan mampu membayar zakat perniagaan dengan jumlah yang besar. Apabila membayar zakat, lebih ramai golongan yang memerlukan dapat diberikan bantuan.

Bayar Zakat Perniagaan RM10,000

Seorang pelajar Tingkatan Dua menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman yang juga pengasas produk pemakanan hadir ke pejabat MAIK pada Khamis lalu.

Pembayaran zakat itu diserahkan kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah.

Jualan RM400,000

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya berkata, dia tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diusahakannya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan mula dijual bermula September tahun lalu.

Difahamkan beliau mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.

“Saya mula berniaga menerusi aplikasi TikTok dan agak terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Susulan itu saya mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produk saya.

“Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin, 46, dan ayah, Mustaman Che Yusof, 60, menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Bayar Zakat Bantu Golongan Memerlukan

Malah, tahun lalu anak keenam daripada lapan beradik itu membawa ahli keluarganya ke Makkah menunaikan umrah hasil daripada jualan produknya yang mendapat sambutan.

Katanya, dia lega dapat menjadi salah seorang pembayar zakat dan berharap sumbangan itu dapat membantu golongan yang memerlukan.

“Ini juga ajaran nenek sebab nenek selalu berpesan apa-apa mesti dahulukan zakat. Saya juga berharap perniagaan ini semakin maju katanya.

Bibi Hasnalinda turut menyifatkan rasa terharu dengan usaha yang ditunjukkan anaknya untuk tampil membayar zakat walaupun usianya masih muda.

Katanya, dia berharap tindakan itu akan menjadi contoh kepada usahawan dan ahli perniagaan lain untuk sama-sama membayar zakat.

“Saya sentiasa berpesan kepada anak apa yang kita lakukan jangan kita lupakan Allah,” katanya.

Sementara itu, Ameer Azeezy, berkata pihak MAIK bertuah kerana mendapat pembayar zakat termuda iaitu baru berusia 14 tahun.

“Dalam beliau bersekolah dan belajar, namun masih sempat mencari rezeki dengan cara yang betul dan tidak lupakan Allah,” katanya.

Viral Thumbler Starbucks RM1,800

Kisah Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustamaman yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban di Pasir Mas sebelum ini tular bulan lalu apabila membawa thumbler Starbucks berharga RM1,800 ke sekolah.

Thumbler itu dikatakan edisi 2021 dan dibeli melalui pembeli peribadi yang dimuat naik di akaun TikToknya sehingga meraih 2.6 juta tontonan.

Akaun TikTok beliau yang menggunakan nama putriluthfiya mempunyai seramai 85,300 pengikut.

@putriluthfiya_ Rasa dia macam menyesal je beli mahal2 sebab air tu tak boleh turunkan berat badan piya 🤣 saka kurus dari #bebycurf je boleh turunkan berat badan piya, kalau korang nak turunkan berat badan boleh tekan link dekat bio piya ye 😘 #fyp #fypgakni #tumblerrhinestones #jutawanmuda #jomkurus ♬ suara asli – xhanxNvall🔥🐝 – XhanxNvall🔥🐝

Mesti Baca:Nampak Macam Remeh, Setiap Tahun BERATUS Orang Datang Pusat Zakat Bayar KAFFARAH PUASA!
Baca Lagi Di Sini:Bad Indigo Segan Terima Bantuan Zakat, Status OKU Namun Fikirkan Masih Ramai Asnaf Memerlukan
Artikel Menarik:Niat Bayar Zakat RM1 Juta, Mawar Rashid Korban Rasa RINDU Pada Anak

Mingguan Wanita: Tahniah buat adik ini, atas kejayaan dalam perniagaan dan berjaya menunaikan zakat pada usia yang masih muda.

@putriluthfiya_ Alhamdulillah tepat di hari pertama Ramadhan 23/03/2023 piya dah menunaikan zakat pada usia 14 tahun, masyaallah tabarakallah terimakasih YA ALLAH sbb engkau tlah memberikan kepercayaan ini kepada ku, di usia muda boleh menunaikan zakat dengan hasil berbisnes @BebycurfHq 🥹🥰 doakan piya boleh membantu ramai orang lagi lepasni untuk sama2 berjaya dengan #bebycurf dan boleh membayar zakat macam piya juga aamiin 😍🤲🏻 #fyp #ramadhan2023 #duitraya #raya2023 #jomkurusbersamabebycurf ♬ bunyi asal – Putriluthfiya

 Sumber: Bharian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab