Rela Ikat Perut MAKAN Sekali Seminggu, Asalkan 6 KUCING Jagaan Tak Berlapar! Mulia sungguh pengorbanan pemilik kucing-kucing ini, rela berkorban dan mengikat perut sendiri, asalkan kucing-kucing di bawah jagaannya mendapat makanan secukupnya setiap hari.
Seorang wanita menganggur, Yasemn Kaptan hanya makan sekali seminggu supaya dia mempunyai cukup wang untuk memberi makanan enam ekor kucingnya semasa krisis kos sara hidup di Britain, lapor portal berita Daily Mirror semalam.
Kaptan, 46, yang juga orang kelainan upaya (OKU), makan seminggu sekali selama setahun kerana membelanjakan £60 (RM327.08) daripada elaun mingguannya sebanyak £69 (RM376.14) untuk haiwan peliharaannya.
Dia yang berasal dari Tottenham, juga menerima faedah hilang upaya bulanan sebanyak £400 (RM2,180) kerana penyakit menghidap penyakit osteoporosis. Dia membelanjakan wang itu untuk membayar sewa rumah dan bil utiliti.
Wanita itu berkata, dia minum teh pudina untuk menahan lapar dan hilang berat 31.75 kilogram (kg) sejak mengurangkan pengambilan makanan serta menjaga kucingnya apabila dia bekerja sebagai pembeli peribadi.
Namun, wanita berkenaan terpaksa meninggalkan pekerjaannya pada 2022 selepas disahkan menghidap osteoporosis, menyebabkan dia mengalami masalah kekurangan wang tetapi dia tidak boleh melepaskan kucing-kucing itu kerana haiwan tersebut membesar bersamanya.
Justeru, dia hanya makan sekali seminggu yang telah menyebabkan berat badannya berkurangan daripada 88.90kg kepada 57.15kg.
Mesti Baca:Gantung Bahan Ni Letak Tepi Sangkar, Berkesan Serap Bau Najis Kucing!
Baca Lagi Di Sini:Tenggelam Dalam Lumpur Panas Gunung Semeru, Kucing Putih Ini DiTemui Masih Hidup
Artikel Menarik:52 Hari Ditinggalkan Dalam Rumah Kosong, KUCING Terdesak Lapar Makan Cebisan Kertas!
Mingguan Wanita: Mulianya hati wanita ini, sanggup menahan lapar mengikat perut, asalkan kucing-kucing tersayang dibawah peliharaannya dapat makan secukupnya.
Sumber:Kosmo, Daily Mail
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.