“Rehatlah Naim, Anak Syurga Mak Long. Moga Kita Bertemu Di Syurga Allah Kelak,” begitulah luahan hati Noraniza Idris atau Kak Ani tidak dapat menyembunyikan kesedihannya atas kehilangan anak saudaranya, Naim Hariri Kamaruddin, 31, mangsa lemas di Pantai Kelulut, Terengganu, Jumaat lalu.
Awal pagi semalam sekitar jam 10.10 pagi, mayat Allahyarham Naim ditemui pasukan penyelamat selepas tiga hari hilang di pantai berkenaan, dipercayai ditarik ombak ketika sedang mandi.
Paling memilukan, kunjungan Allahyarham ke Terengganu adalah untuk melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya pada Sabtu, namun ia tidak menjadi kenyataan.
“Rehatlah Naim, Kami Reda Dengan Pemergian Kau”
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kak Ani telah menulis kisah sedih atas kehilangan anak saudara yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
“Innalillahi wa inna ilahi roji’un.
“Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali”
“Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Hanya Jasad Kau Yang Tak Bernyawa Laut Pulangkan
“Al-Fatihah
Ads
“Rehat lah Naim, anak syurga Mak Long, Lepaskan lelah dunia, kami reda dengan pemergian kau.
“Terima kasih atas segala keringat, ilmu dan nasihat Naim pada setiap klien yang memerlukan khidmat terapimu sepanjang bersama.
“Sesungguhnya ramai saksi dunia ni melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempat mu, Naim.
“Hari ni walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan. Rehat lah wahai anak syurga Mak Long, moga kita bertemu disyurga Allah kelak,” tulis Kak Ani.
Jumpa Kali Terakhir Naim Agak Pendiam Daripada Biasa
Menurut Kak Ani, seperti mana dipetik menerusi SinarPlus kali terakhir dia bertemu arwah anak saudaranya itu ialah pada Isnin minggu lalu iaitu sehari selepas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) melabuhkan tirainya.
“Kali terakhir saya jumpa Naim selepas Maghrib pada hari Isnin minggu lalu, iaitu sehari selepas tamat final GV7.
“Kebetulan peminat saya meraikan tamat GV7. Sebenarnya saya adalah klien physio kepada Naim.
“Dia merupakan physioterapist yang sangat ramah dan baik dengan sesiapa sahaja. Lembut pertuturan dan sangat menghormati orang membuatkan sesiapa saja akan menyenanginya.
Ads
“Namun masa jumpa kali terakhir itu, karakternya agak pendiam daripada biasa. Salam cium tangan saya.
“Saya cium pipi kiri kanan dan dahi dia, tapi responnya agak tawar. Pandang saya dengan suami macam berfikir jauh. Tak teruja macam biasa jumpa.
“Selalunya dia yang akan bersapa dulu, tapi kali ini buat kami rasa sikit tersentuh hati, namun melepaskan saja perasaan itu,” luahnya.
Difahamkan juga ketika pertemuan tersebut Allahyarham ada memaklumkan bakal melangsungkan pernikahannya di Terengganu.
“Dia ada sebut nak kawin di Terengganu dan nak jemput. Kami cuma ucapkan tahniah dan tinggalkan dia dengan perasaan tertanya-tanya,” kongsi Kak Ani yang sebaik sahaja mendapat berita tentang tragedi yang menimpa Allahyarham pada Jumaat lalu, dia tidak putus memohon doa dan mengadakan solat hajat agar usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan.
“Semalam masuk hari ketiga kehilangan Naim dan jenazah Naim ditemui pasukan penyelamat.
“Saya sangat berharap keluarganya tabah dan cekal hadapi dugaan besar kehilangan anak sulung dan satu-satunya lelaki,” ujarnya yang turut menerangkan Naim merupakan sepupu yang terlalu rapat dengan anak-anaknya iaitu Aliff dan Alfeeq.
Sumber Foto: Instagram Noraniza Idris Sumber: SinarPlus
Suami Maryam dikecam netizen dakwa masuk gereja dikecam. Ryzal Ibrahim cuma lawat International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Baru-baru ini suami kepada Pempengaruh, Maryam Younarae, Ryzal Ibrahim telah berkongsi video dirinya melawat International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) di Bukit Tunku.
Walaupun hanya melawat ISTAC namun Ryzal dikecam netizen yang mendakwa dia memasuki gereja.
Suami Maryam Dikecam Netizen Dakwa Masuk Gereja
Video yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya, Ryzal menerangkan seni bina asal bangunan itu memang ada unsur rekaan gereja.
“Kamu tahu tak ini tempat apa? Nampak macam ‘familiar’ kan? Nampak macam gereja kan? Tempat ini adalah dewan kajian Islamik.
“‘Set-up’ tempat ini nampak macam meragukan. Namun, bila kita sampai sini, ia lebih kepada Islamik. Ia ada seni bina ukiran Sepanyol dan sedikit seni bina Islam,” ungkapnya.
Netizen ada yang meninggalkan komen yang mendakwa bangunan terbabit pernah dijadikan sebagai gereja suatu ketika dulu.
Dek kerana itu, akaun The Patriots telah mengambil peluang berkongsi fakta dan mengulas dengan lebih terperinci mengenai rekaan ISTAC berkenaan di Facebook.
“Institut ini sepatutnya kita umat Melayu kenal. Ia didirikan oleh Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada 1991.
“Tapi sayang, saya jumpa komen-komen yang kata ia macam gereja dan hina institut yang berjasa pada perkembangan Tamadun Melayu-Islam kini.
“Sebegini bebalkah rakyat Malaysia, kalau ISTAC yang menjadi pusat pemikiran mengkaji peradaban Islam pun mereka tak kenal?
“Pada hari ini, Dinasti Nasriyah paling diingati sebagai negara Muslim terakhir di Semenanjung Iberia setelah tumbangnya Granada kepada Kristian-Sepanyol. Lebih utama adalah legasi yang ditinggalkan olehnya terutama Alhambra.
“Seni bina Maghribi-Andalusia pun kita tak kenal sehingga didabik sebagai gereja? Oh Alhambra, menangislah dikau di Sepanyol sana, dek kerana kejahilan anak bangsa aku,” katanya.
Mengikut penerangan, seni bina ISTAC sebenarnya dinspirasikan daripada seni bina Andalusia – Maghribi.
Ia sebagai kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dulu dapat diulangi semula pada zaman moden.
Malah The Patriots turut membuat perbandingan menggunakan contoh Hagia Sophia yang terletak di Turkiye.
Bangunan itu adalah gereja yang ditukarkan menjadi masjid ketika zaman Al-Fateh.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Asbab tolong mak ayah lepas sesi persekolahan, pelajar menangis Ustaz Ebit hadiah motor. Rezeki setiap orang susah tertulis. Jika Allah mengkehendaki, ia akan datang tanpa disangka-sangka.
Usaha menolang mak ayah berjualan selepas sekolah menjadi asbab rezeki seorang pelajar mendapat sebuah motosikal secara percuma dari Ustaz Ebit Lew selepas Ustaz melalui jambatan TBS dan dirinya sedang tertidur kepenatan. Dan selepas berbual, katanya dia ingin membantu keluarga untuk membeli sebuah motosikal.
Masa lalu jambatan ni dekat tbs. Ternampak adik ni tidur pakai baju sekolah jaga barang untuk dijual.
Bila saya tanya pada orang sekitar rupanya dia memang suka membantu mak ayahnya balik je dari sekolah setiap hari. Dia suka bantu mak ayahnya. Asal dari Sabah.
Terharu campur kasihan padanya. Tapi bila tanya dia suka nak buat macam tu. Nak tambah pendapatan. Nak tolong mak ayah. Nanti nak beli motor untuk pakai tolong mak ayah.
Semoga rezeki adik bertambah ya. Cita-cita nak jadi apa. Mak saya pesan jadi macam ustaz boleh tolong orang.
Allahuakbar. Tak sangka jumpa ustaz. Adik ni terharu gembira sangat tak pernah dapat apa-apa hadiah begini.
Setiap orang lain-lain rezekinya ya. Disebalik ujian ada rahmat Allah.
Ajaibnya rezeki nikah, Sabri Yunus & Ardini ditawar tajaan umrah “baru terdetik hati, dah ada orang taja”. Rezeki orang mendirikan masjid. Inilah yang berlaku kepada pasangan pengantin baru, Sabri Yunus dan Ardini Angeline yang mendapat tajaan umrah selepas mendapat tajaan majlis bersanding.
Dan lebih berkat, tajaan mengerjakan umrah pasangan ini diperoleh tidak sampai 24 jam hati Angeline Tan terdetik selepas membaca iklan tentang pakej umrah yang ditampal dalam lif sebuah hotel.
Sabri Yunus & Ardini Ditawar Tajaan Umrah
Memetik laporan MStar, hasrat pelakon Angeline Tan mahu mengerjakan umrah termakbul apabila ada pihak sudi menaja dia dan suami ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.
Angeline atau Ardini Angeline Tan, 56, berkata, dia mendapat khabar gembira itu tidak sampai sehari dia meluahkan hasrat itu selepas terlihat iklan tentang pakej umrah dalam lif sebuah hotel.
“Saya macam tak percaya! Kurang daripada 24 jam,” kongsinya.
Bercerita mengenai niatnya itu, Angeline berkata, sebelum ini dia dan suami Sabri Yunus, 62, menerima pelbagai tajaan majlis resepsi perkahwinan mereka namun tiada menawarkan mereka pakej menunaikan umrah.
“Baru Terdetik Hati Tak Sampai 24 Jam, Dah Ada Orang Taja”
Iklan mengenai dua pakej umrah yang ditampal di dalam lif tersebut membuatkan dia tertanya-tanya dan terdetik di hatinya untuk ke Tanah Suci Makkah.
“Ketika berada dalam lif hotel itu ada banner pakej umrah yang beritahu harganya RM7,000 dan umrah cuti RM9,000.
“Dalam hati ketika itu saya kata, umrah pun ada umrah cuti ke?
“Jadi terlintas di fikiran saya kenapa semua orang bagi saya majlis resepsi (tajaan), kenapa tak ada orang ingin sponsor saya umrah,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 14 Oktober lalu di kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Dr Maza sendiri menikahkan pasangan berkenaan di Kangar, Perlis.
Bagi meraikan pasangan mempelai, bekas pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tersebut turut diraikan menerusi sebuah majlis kenduri yang diadakan di Hotel Grand Barakah Ampang pada 3 November lalu.
Dua hari kemudian pasangan itu sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Glo Damansara.
Sabri memberitahu mereka bakal diraikan dalam tiga lagi kenduri selain satu lagi bakal diadakan di kampung halamannya di Kelantan tidak lama lagi.
DS Vida tawarkan pekerja McD kerja dengan gaji banyak selepas bersimpati mendengar luahan Izuan, pemuda masalah pendengaran yang merayu agar rakyat Malaysia menghentikan boikot ke atas restoran makanan segera McD kerana banyak pekerja yang terjejas.
Memahami keperitan dialami Izuan, dirinya menawarkan pekerjaan. Alhamdulillah, moga rezeki DS Vida terus murah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!