Innalillahiwainnailaihirojiun.. sebaknya hati seorang anak apabila tak dapat menatap wajah jenazah ayah buat kali terakhir disebabkan virus Covid-19.
Syahira Idris antara pesakit positif Covid-19. Begitu juga kakaknya, dan ketika ini mereka sedang dikuarantin di hospital. Sebelumnya, arwah ayah, Idris Bin Atan dijangkiti dari seseorang yang positif Covid-19.
Arwah ayahnya sudah membuat ujian saringan malah selepas pemeriksaan, keadaan ayahnya stabil. Mereka sekeluarga juga dikuarantin dan melalui ujian saringan Covid-19.
Bagaimana pun, maklumnya di twitter, tiba-tiba keadaan ayahnya semakin ‘kritikal’ sehingga ayah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sejak 19 Mac lalu. Sejak itu, doanya tidak pernah putus untuk ayah, malah ramai rakyat Malaysia juga mendoakan kesihatan ayah Syahira.
Namun, Allah lebih menyayangi ayahnya. Dan hari ini kira-kira, 4 petang Syahira memaklumkan ayahnya telah kembali ke rahmatullah.
Anak Dalam Kuarantin, Ayah Pergi Untuk Selamanya
Dalam keadaan dirinya sedang dikuarantin dan tidak boleh keluar, melihat jenazah ayah, tentunya inilah satu ujian yang amat sukar untuk ditempoh.
Tulis Syahiran, “Rehatlah ayah. No one can replace you. Terima kasih sebab jadi ayah yang baik dan suami yang baik untuk umi. A hand i first time held, would be my last time to hold. Ayah in a better place now. We love you Ayah, but Allah loves you more.”
Ads
Sepanjang arwah ayah berada di wad ICU, ibunya juga tidak boleh mendekati arwah ayah. Walaupun dalam hati ibu begitu berhajat mahu menjaga suami yang sakit. Namun, virus Covid-19 menghalang ibu melaksanakan tanggungjawab seorang isteri.
Dan sehingga, nafas ayahnya telah terhenti, bakti kasih seorang isteri tetap tak dapat ditunaikan untuk kali terakhir.
“Pecah hati bila tengok Umi nangis. And bila Umi cakap Umi nak sangat tengok ayah. Umi nak jaga suami Umi.” Ini antara luah ibunya ketika hayat arwah ayah masih bersisa.
Ayah Pergi Dalam Keadaan Tenang
Perasaan sebak anak tak dapat dibendung ketika berkongsi berita sedih akan pemergian insan yang begitu bermakna dalam hidupnya. Cuma doktor menjadi perantara untuk memaklumkan keadaan akhir ayah yang telah bersemadi untuk selamanya.
“Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat. Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.”
“Seperti yang dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah.”
Ads
Bagaimana Covid-19 Boleh Menular Ke Arwah Ayah
Sebelumnya, ayah Syahira antara pesakit yang ditahan di wad ICU setelah dijangkiti virus Covid-19. Arwah ayahnya bukanlah peserta perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling.
Tetapi mendapat simptom-simptom Covid-19, apabila mempunyai kontak rapat dengan seseorang yang telah pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh itu. Dan individu tersebut positif Covid-19.
Kata Syahira, “Ayah tak pergi tabligh and tak tahu pun ada perhimpunan tabligh tapi berjangkit dari one of person yang pergi tabligh.”
Waktu ayah di ICU, ini luahan Syahira, “Right now me and whole family kena kuarantin and kami tak boleh tengok ayah langsung. It breaks ur heart when your own father at the critical condition and u can do nothing!”
Ads
Keputusan telah keluar dan saya telah disahkan positif Covid-19. Siapa yang berjumpa saya selama 2 minggu ini telah disuruh untuk menjalani ujian saringan. Tq yg mendoakan ayah and thanks @atiraruslan dan budak2 Taguna yg membantu🤍
“Just stay at home! Please stay at home! The disease spread faster than we thought. Ayah before this okay and ayah dah pergi check semua. But keadaan jadi worst suddenly semalam ! Please please! Stay at home!”
“If you guys tak nak face this situation, i am begging, please stay at home !! And appreciate your loved one!”
MW :Al Fatihah untuk Allahyarham Idris Bin Atan, semoga rohnya ditempatkan di dalam taman-taman syurga bersama roh orang-orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga arwah dari warga kerja Mingguan Wanita.
Berita baik buat golongan bujang yang baru menempuh alam pekerjaan di ibu kota, boleh menjimatkan kos sara hidup di bandar ini dengan menyewa bilik yang disediakan oleh DBKL pada kadar sewa serendah RM100 termasuk elektrik dan air.Permohonan penyewaan pula baru sahaja dibuka mulai 20 Ogos lalu.
Ia merupakan satu skim baru yang diperkenalkan kerajaan, iaitu Micro Housing. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediakan perkhidmatan Perumahan Bandar atau Micro Housing kepada golongan bujang yang baru berhijrah ke ibu kota sebagai rumah sementara mereka.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin berkata, dengan kadar sewa serendah RM100 sebulan, penyewa mempunyai tempat tinggal sehingga mereka mampu berdikari dan mampu mendapatkan kediaman lebih selesa.
“Peningkatan harga rumah di Kuala Lumpur adalah masalah dihadapi rakyat untuk memiliki kediaman mahupun menyewa dengan harga berpatutan.
“Golongan muda antara yang terbeban dengan masalah ini. Ada di antara mereka bukan berasal dari Lembah Klang seperti Sabah dan Sarawak tidak mempunyai saudara mara serta kenalan di Kuala Lumpur.
“Bagi meringankan permasalahan ini, DBKL mewujudkan rumah bandar yang bersifat sementara sehingga mereka dapat berdikari dan mampu mendapatkan kediaman yang lebih selesa,” katanya.
Skim Micro Housing
Sementara itu, Perumahan Bandar ini berkonsep penyewaan bilik secara berkongsi kepada komuniti muda yang belum berkahwin dan sudah bekerja. Skim Micro Housing yang bermula tahun ini terletak di tengah-tengah ibu kota, di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ia merupakan bangunan lama DBKL yang telah diubahsuai dengan kos sebanyak RM7 juta.
Terdapat dua blok micro housing, lelaki dan wanita yang menawarkan 223 unit dan beberapa fasiliti lainnya – konsepnya pula bertemakan capsule hotel.
323 permohonan akan dibuka
Dibahagikan dua fasa, fasa pertama : 188 unit dan fasa kedua : 135 unit.
Sewa bilik secara berkongsi samada dengan empat katil atau 6 katil berdasarkan keluasan bilik.
Kemudahan seperti elektrik dan air, kelengkapan seperti almari dan katil turut disediakan.
Kemudahan lain seperti; surau, dobi, tandas, ruang patri, ruang tempat meletak kenderaan termasuklah basikal, ruang membaca, ruang santai, pejabat penyelia, turut tersedia.
Syarat-Syarat Permohonan Penyewaan;
1. Warganegara Malaysia
2. Status Bujang (Belum Berkahwin)
3. Berumur 18 hingga 35 tahun
4. Pendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan
5. Bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (keutamaan diberikan kepada yang bekerja di dalam lingkungan 5km radius dari Perumahan Bandar)
6. Tidak memiliki rumah.
7. Keutamaan kepada mereka yang berasal dari luar Kuala Lumpur dan menetap melebihi daripada 25km radius dari Perumahan Bandar.
8. Tidak mempunyai kereta
9. Terbuka kepada golongan yang bekerja sahaja (Golongan pelajar TIDAK LAYAK).
Kadar sewaan yang dikenakan adalah RM100.00 sebulan termasuk penggunaan elektrik dan air. Cagaran sewa adalah diambil untuk dua (2) bulan. Tempoh Penyewaan adalah:
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Kongsikan pada yang layak agar dapat membantu mereka memulakan kehidupan dengan lebih teratur apabila mendapat pekerjaan.
Tidak dinafikan ayat-ayat Alquran mempunyai banyak kelebihannya. Amalan potongan ayat-ayat tertentu mampu menjadi asbab penawar kesakitan, penyembuh hati mahupun menunaikan hajat. Apa-apa pun kesemuanya adalah atas ketentuan dan kehendak daripadaNya.Namun tidak salah kita berusaha dan mengharapkan pertolongan sebenar-benarnya hanya pada yang Esa. Salah satunya dengan mengamalkan dan membaca Yasin 7 Mubin ini.
Fadhilat Yasin 7 mubin ini dikongsikan oleh AtieQa Hod, ketika berhadapan saat sukar ditimpa ujian dan dugaan hampir kehilangan adik tersayang.
Berikut perkongsian beliau sebagai panduan;
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin #7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama-sama menjadi amalan.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 (KUWM2024) yang berlangsung selama tiga hari pada 8 hingga10 November lalu di IOI Grand Exhibition and Convention Centre, IOl City Mall Putrajaya baru-baru ini telah menarik ramai pengunjung. Sebanyak 100 booth jualan menyertai acara ini, antara yang diserbu pengunjung ialah booth Nazirin Skin Clinic.
Wanita memang sangat menitikberatkan soal kecantikan. Kecantikan adalah anugerah, manakala penjagaannya merupakan suatu kewajipan. Bagi wanita, kecantikan merupakan suatu perkara yang sangat dititik beratkan. Pelbagai definisi kecantikan sebagaimana banyaknya cara wanita dalam menjaga dan merawat kecantikan. Dek kerana itu juga, ramai wanita yang berkunjung di KUWM2024 tidak lepaskan peluang untuk melakukan analisis kulit sambil mendapatkan konsultasi kulit di booth Nazirin Skin Clinic.
Pakar dermatologi dan estetik, Nazirin Skin Clinic yang diasaskan oleh Dr. Nazirin Ariffin sebenarnya sudah ramai yang mengakui keberkesanan membantu dalam rawatan kulit mereka di klinik ini. Jadi tak hairanlah booth mereka diserbu. Para wanita hadir bagi melakukan analisis kulit sambil mendapatkan konsultasi kulit dan tawaran pakej pada harga murah!
Kulit Wajah Sihat & Berseri Cermin Keyakinan Diri Wanita
Kulit wajah yang sihat dan berseri adalah aset berharga yang mencerminkan keyakinan diri seseorang. Namun, mencari penyelesaian yang benar-benar berkesan untuk masalah kulit sering kali menjadi cabaran. Di sinilah Nazirin Skin Clinic sebagai antara pilihan terbaik yang menawarkan rawatan kulit yang profesional, selamat, dan disesuaikan mengikut keperluan individu.
Berbeza dengan pusat kecantikan biasa, setiap rawatan Nazirin Skin Clinic dirancang oleh Dr. Nazirin yang merupakan seorang doktor berpengalaman luas dalam bidang estetik dan dermatologi. Malah klinik ini juga menyediakan teknologi terkini untuk memberikan rawatan yang bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah kulit seperti jerawat, pigmentasi, dan penuaan, tetapi juga mengekalkan kesihatan kulit untuk jangka masa panjang.
Selain kepakaran, pendekatan peribadi Dr. Nazirin menjadikan setiap pelanggan berasa istimewa. Di mana Dr. Nazirin memahami bahawa setiap individu mempunyai keperluan kulit yang berbeza, justeru dirinya mengambil masa untuk mendengar, menganalisis, dan memberikan penyelesaian yang tepat. Ini bukan sekadar rawatan kulit – ia adalah pengalaman penjagaan diri yang holistik dan menyeluruh.
Pilihan Yang Dipercayai
Nazirin Skin Clinic berdiri teguh sebagai pilihan yang dipercayai. Pendekatan klinik ini yang berasaskan perubatan memastikan setiap rawatan dilakukan dengan penuh berhati-hati, menjamin hasil yang nyata tanpa risiko yang tidak diingini. Anda bukan hanya membayar untuk kecantikan luaran, tetapi juga untuk kesihatan kulit yang lebih baik.
Dengan reputasi sebagai pakar dalam rawatan kulit, Nazirin Skin Clinic juga berusaha mendekati lebih ramai individu yang mungkin belum mengenali mereka. Klinik ini membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang mencari penyelesaian kepada masalah kulit, tidak kira besar atau kecil. Setiap lawatan ke Nazirin Skin Clinic adalah peluang untuk melangkah ke arah keyakinan diri yang lebih tinggi.
Langkah pertama untuk kulit yang sihat dan berseri bermula di sini. Jadilah sebahagian daripada mereka yang telah menemui solusi sebenar untuk kulit mereka bersama Nazirin Skin Clinic. Bagi anda yang berdepan dengan masalah kulit yang tidak berkesudahan seperti jerawat, pigmentasi, atau tanda penuaan? Atau mungkin anda sekadar ingin memanjakan diri dengan rawatan kulit yang selamat dan profesional? Nazirin Skin Clinic adalah destinasi yang tepat untuk anda!
Promosi Istimewa Menanti Anda!
Nazirin Skin Clinic juga menawarkan diskaun istimewa untuk rawatan pertama anda! Ini adalah peluang terbaik untuk anda memulakan perjalanan ke arah kulit yang lebih sihat dan berseri.
Rebut peluang ini untuk merasai sendiri keajaiban rawatan kulit yang profesional. Hubungi Nazirin Skin Clinic untuk tempahan dan maklumat lanjut di Facebook dan Instagram
Inkues dedah arwah Zara Qairina alami kecederaan otak teruk membawa kepada punca kematian. Saksi ke empat inkues Zara Qairina, Dr Pavankumar Balachandaran berkata, kecederaan...