
Isi Kandungan
ToggleSedapnya makan pau panas-panas yang lembut lagi gebu. Namun nak buat pau sebegini ada caranya tersendiri. Mak-mak yang suka makan pau atau nak buat untuk anak-anak boleh cuba resipi Pau Gebu yang dikongsikan oleh Puan DyAn HaLim ini.Cukup mudah, senang nak buat, sedap dan yang paling penting puas hati makan bila buat sendiri.
Berikut perkongsian resipi pau gebu tersebut;
“Siap jugak pau gebuss mama. Ini baru la puas makan sendiri inti nak buh lebih-lebih pun tak apa kan. Seminggu cari pau panas-panas tak jumpa, last jumpa kedai bakery, buat sendiri je la.”
Bahan-Bahan:
1 pack mauripan*
2 sudu gula*
3/4 cawan air suam*
*Gaul sebati, tunggu naik kembang yis dalam 20minit
1/2 kg tepung pau**
2 sudu kecil shortening(lemak sayur)**
2 sudu besar susu pekat**
2 sudu kecil baking powder**
** gaul sebati
Cara Membuat:
1. Campurkan yis yang telah naik kembang dan campuran tepung tersebut.
2. Uli sampai tak lekat tepung kat tangan.Dian tak uli lama, lepas tu malas uli, pakai mixer. Rasa lekat kat tangan tu bubuh la tepung sikit kat tangan.
3.Dah Siap doh, rehatkan 20 minit. Doh akan kembang 2x ganda.
4.Tumbuk-tumbuk bagi kempis, uli balik.
5.Bulat-bulat kan ikut pau yang nak buat.
6.Lepas tu bubuh inti. Rehat kan pau, dah kembang seganda pau baru kukus dalam 10 minit je.

Info Ekstra!
- Inti kaya boleh dibeli yang dah siap pack kat bakery.
Ok siap, Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya makan pau gebu panas-panas. Boleh letak inti banyak mana yang kita nak. Paling penting sedap dan puas hati bila buat sendiri.
Sumber: DyAn HaLim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adunan Cucur Udang Tak Melekat, Sebelum Goreng Panaskan Senduk Dalam Kuali!

Isi Kandungan
ToggleCucur udang memang sesuai dibuat untuk minum petang. Sedap dicicah dengan kuah kacang atau sos cili. Rupanya nak cucur udang gebu jadi bulat macam di beli di gerai dan paling penting tak melekat, kena celup dulu senduk dalam minyak panas barulah digoreng dalam kuali. Malah rahsia untuk dapatkan cucur udang yang rangup kulit luarnya dan lembut gebu tepungnya kena letak sedikit yis.Mak-mak yang nak cari idea untuk berniaga pun boleh sangat jual cucur udang ni.
Boleh cuba resipi dan yang dikongsikan oleh Zaky Mat Ali ini;
Saya ikhlas berkongsi resepi ni.Mungkin ada yang dapat idea dan jalan untuk berniaga tambah pendapatan. Rezeki Allah tiada terduga.Semoga kita sentiasa murah rezeki. Aminn.
Bahan-Bahan (Cucur Udang):
400 gram Gandum
Udang
Bawang Merah
Lobak
Daun Kucai
Tauge
Garam
Serbuk Kunyit
Yis
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan kecuali udang, ke dalam mangkuk bersama gandum.
2. Tambah air dan adun sebati.
3. Biarkan selama 30 minit.
4. Panaskan minyak masak. Masukkan adunan ke dalam senduk bersama seekor udang dan goreng.
Tips Ekstra!
Sebelum menggoreng, panaskan senduk supaya adunan tidak melekat.
Siap! Selamat Mencuba.

MW: Mudah je nak buat cucur udang yang gebu gebas, bentuk bulat macam yang kita beli di gerai. Dan paling penting tak melekat pada senduk. Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Buat sendiri lebih berbaloi dan puas hati!
Sumber: Zaky Mat Ali
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Idea Resipi Minuman Yang Boleh Mak-Mak Buat Hari Raya Nanti

Isi Kandungan
ToggleSetiap tahun mesti mak-mak fikir apa minuman yang nak sedikan untuk keluarga mahupun tetamu yang datang. Jom, kongsi minuman yang mudah untuk mak-mak sediakan pada hari raya nanti. Sebelum raya bolehlah cuba untuk berbuka puasa nanti.
Resepi Air Sirap Cincau Istimewa
Bahan-bahan
• 500ml sirap
• 500g cincau
• 3 liter air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
2. Dalam jag besar, gabungkan sirap dan air dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan cincau.
4. Masukkan ais ke dalam jag atau gelas bila minuman dihidang kepada tetamu.
5. Kacau minuman ini sebelum dihidang supaya cebis-cebisan cincau akan tertuang ke dalam gelas bila dicurah.
Tip
1. Jenama sirap berbeza mungkin mempunyai nisbah sirap kepada air yang berbeza. Kami cadang anda mengikut nisbah yang dicatit di atas label botol sirap anda.
2. Jangan risau jika sirap cincau anda rasa agak manis kerana rakyat Malaysia memang gemar minuman-minuman yang manis! Lagipun, anda boleh tambahkan air kosong ke dalam gelas tetamu yang tidak mahu sirap cincau mereka terlalu manis.
Resepi Air Sirap Bandung Soda
Bahan-bahan
• 500ml sirap
• 720g susu sejat
• 1.65 liter ais krim soda
• 500ml air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Campur sirap dan susu sejat dalam jag besar. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan air. Kacau.
3. Masukkan ais. Kacau.
4. Akhir sekali, masukkan ais krim soda dan kacau.
Tip
1. Jangan tambah air pada minuman ini untuk mengurangkan kemanisannya. Ais yang dimasukkan tadi akan cair dan mengurangkan rasa manis minuman ini.
Resepi Air Soya Cincau
Minuman ini rasa lemak berkhasiat dengan tambahan cincau yang memberinya tekstur kenyal yang segar.
Bahan-bahan
• 4 liter air soya sejuk tanpa gula
• 1kg cincau
• 250g gula Melaka
• 250g air panas
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Parut gula Melaka.
2. Dalam periuk kecil, campur air mendidih dan gula Melaka parut dan kacau sehingga cair.
3. Hiris nipis atau potong cincau dengan potongan dadu kecil.
4. Tuang air soya ke dalam jag yang besar.
5. Tambah cecair gula Melaka dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan cincau.
7. Jangan lupa mengaut keluar cincau dan masukkan ke dalam gelas bila dihidang.
Tip
1. Elakkan menambah ais kepada minuman ini kerana air soya yang berair tidak sedap sangat.
2. Jangan guna susu soya berkotak. Pergi ke pasar atau trak makanan air soya berdekatan anda untuk mendapatkan bekalan segar air soya tanpa gula.
Resepi Air Punch Buah-Buahan
Terdapat pelbagai jenis resepi untuk air punch buah-buahan, tetapi ini adalah salah satu yang kami amat gemari kerana setiap hirupan rasa seperti zaman kanak-kanak!
Bahan-bahan
• 200ml kordial oren Sunquick
• 200ml sirap
• 3 liter Sprite atau 7-up
• 3 liter ais krim soda
• 2 lemon besar
• 2 oren besar
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Potong nipis oren dan lemon.
2. Dalam jag atau dispenser minuman besar, campur Sunquick dan sirap. Kacau sehingga sebati.
3. Tambah Sprite atau 7-up dan ais krim soda. Kacau dengan baik.
4. Masukkan oren, lemon dan ais.
Tip
1. Anda tidak perlu masukkan buah-buahan dihiris ke dalam gelas semasa menghidang, tetapi ia akan buat gambar anda nampak lebih cantik!
2. Anda ada mangkuk punch? Gunalah!
Resepi Air Mata Kucing
Air mata kucing mempunyai rasa sedikit herba, kuat, berkaramel dan warna yang gelap dan sedap. Resepi ini ada kelainannya sedikit dengan tambahan daun pandan.
Bahan-bahan
• 775g longan kering
• 375ml + 375ml air panas
• 300g gula Melaka
• 10 sudu besar molases
• 2 ½ sudu besar gula putih
• 8 daun pandan, diikat
• 1.125 liter air
• ais
Hidangan untuk 10 orang
Kaedah
1. Dalam mangkuk, rendam longan kering dengan 375ml air panas. Biar tutup.
2. Dalam kuali atau periuk, campur 375ml air panas dengan gula Melaka, molases, gula putih dan daun pandan. Letakkan suhu api pada sederhana rendah dan kacau sehingga gula telah cair. Keluarkan daun pandan.
3. Bila longan kering sudah dihidratkan semula, buang air yang berlebihan dan gabungkan longan dengan campuran gula dalam jag yang besar.
4. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
5. Tambah ais.
6. Jangan lupa mengaut beberapa biji longan ke dalam gelas bila menghidang minuman ini kepada tetamu anda.

Tip
1. Minuman ini bagus dibuat lebih awal kerana campuran gula dan longan boleh disimpan peti sejuk dalam bekas kedap udara untuk satu atau dua minggu. Tambah air hanya bila anda ingin menghidang minuman ini.
Resepi Air Rosmary Limau
Gabungan perisa timur menemui barat, termasuk bau dan rasa savuri rosemary yang segar, menambah dimensi yang tidak keterlaluan kepada minuman yang mudah dibuat ini. Minuman ini sangat sedap dan menyegarkan ada kemungkinan besar anda akan perlu membuat hidangan tambahan!
Bahan-bahan
• 325g gula putih
• 325g air
• 10g rosemary segar (lebih kurang 10 tangkai)
• 350g jus limau kasturi (kira-kira 100 limau)
• 350g jus lemon (kira-kira 8 lemon)
• 3 liter air soda
• ais
Hidangan untuk 20 orang
Kaedah
1. Gabung gula putih dan air di dalam periuk dan kacau atas api sederhana tinggi untuk membuat air gula. Gula perlu dicairkan semuanya untuk menghasilkan cecair yang jernih dan sedikit pekat. Tutup api dan alihkan bila cecair mula reneh ditepi-tepi. Biar sejuk.
2. Pukul tangkai rosemary dengan alu. Anda hanya mahu meremuknya. Jangan pukul hingga terlalu hancur.
3. Masukkan rosemary, termasuk cebisan tercabut, ke dalam jag besar.
4. Tambah jus limau kasturi dan lemon. Kacau.
5. Seterusnya, masukkan 1 hingga 1.5 liter air soda dan kacau sehingga sebati.
6. Masukkan air gula yang sudah disejukkan.
7. Tambah baki air soda dan kacau.
Tip
1. Jika menuang dari jag, anda boleh masukkan ais ke dalam jag atau biarkannya di dalam bekas ais untuk dimasukkan terus ke dalam gelas individu bila dihidang supaya ais tidak akan cairkan soda dengan terlalu cepat.
2. Minuman ini cukup cantik untuk dihidangi dalam gelas individu dan bukan dalam satu jag besar.
3. Jangan lupa masukkan setangkai rosemary ke dalam setiap gelas supaya ia kelihatan cantik!
4. Bagi rasa gas yang lebih, guna air soda dalam tin dan bukan air gas dalam botol.
Tip tambahan
1. Anda boleh menggunakan air sejuk atau air suhu bilik bila diperlukan untuk resepi minuman mudah di atas. Ais akan membuat minuman-minuman anda sejuk.
2. Jangan lupa simpan air kosong berlebihan kerana mungkin ada beberapa tetamu yang tidak mahu minuman manis.
3. Ais! Beli lebih ais dan jangan lupa simpankan di dalam peti ais.
Resipi Asal: butterkicap.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Pilih Tepung Beras, Rupanya Setiap Jenis Ada Kegunaan Masing-masing

Rupanya setiap jenis tepung beras yang ada dekat pasaraya itu tak sama kegunaannya. Ada yang cuma sesuai buat kuih muih, atau cuma untuk buat bihun semata. Jadi, sebelum beli mak-mak kenalah tahu cara betul pilih tepung beras ikut kegunaan.
Ini lah yang dikongsikan oleh Wani Rashid.
Naifnyaaaa Wani.
Selama ni kan Wani main beli jek tepung beras. Asal kat plastik tu namanya tepung beras, terus rembat gi bayar kat kaunter. Patut la kuih kuih haku semuanya tak bagi kerjasama. Ada yang penyek, lembik, menyembah bumi, terlajak kempis. Macam macam lagi lah. Wonderpet betul.
Rupa rupanya setiap jenis tu ada kegunaan masing masing.
Ah jommm baca kegunaan setiap tepung beras kat caption setiap gambar yang Wani dah list untuk korang.
Kesimpulannya, bilangan gajah menentukan jenis kuih yang korang boleh bikin. Tak boleh semberono. Kalau tidak, siap sedia lah dengan perisai tudung periuk untuk tepis serangan kecaman dan kutukan bertubi-tubi.
Tip Pilih Tepung Beras
Pertama : Yang first sekali ni tepung beras cap teratai. Tepung beras jenis ni sesuai la kalau korang nak buat rempeyek atau apam. Kandungan tepung beras ni dah dicampur dengan tepung jagung tau.
Kedua : Ok next cap satu gajah. Yang ni pulak sangat sesuai untuk buat adunan menggoreng macam adunan goreng pisang, keledek, cempedak atau adunan gorengan ikan, sotong, ketam. Jenis ni pun dah dicampur dengan tepung jagung.
Sebab tu la sesuai untuk buat kudapan ringan macam rempeyek, kuih rose, kulit pai tee, tumpi kacang hijau atau dhall. Rangup gitu.
Ketiga : Yang cap dua gajah ni kegunaan dia pun sama jek macam cap tiga gajah.

Keempat : Kalau nak buat kuih-kuih tradisional macam kuih lapis, kuih koci, apam dan jenis kuih lain boleh la guna tepung beras cap tiga gajah. Nanti korang akan dapat tekstur kuih yang lembut plus berkilat macam letak cermin gitu.
Kelima : Yang last ni pulak cap lima gajah. Sesuai untuk buat laksa, pelbagai jenis mee dan bihun. Kandungan tepung beras ni lebih padat tau.
Sumber/Foto : Wani Rashid
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI