Dalam sibuk mengejar kerja duaniawi, jangan kita sesekali terleka terutamanya dalam bab-bab solat. Sibuk sekalipun, dahulukan solat. Serahkan segalanya kebergantungan pada Allah.
Bila kita dahulukan solat, lebih dari segala pekerjaan yang dilakukan, apa jenis kerja dan urusan pasti akan dipermudahkan. Percayalah.
Ini kisah yang boleh kita ambil pengajaran dan panduan bersama. Mungkin sebelum ini, kita pun pernah alami situasi begini, kerana takut terlewat dan bimbangakan terlepas apa yang kita inginkan.
Percayalah, bila kita dahulukan solat, perkara WAJIB, percayalah semua akan dipermudahkan dengan izinNya.
Baa Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalkan ‘Ayat Pengasih’ Ini, Bacalah Setiap Hari Selepas Solat, Banyak Kelebihannya
Tak Khusyuk & Lupa Rakaat Solat, Amalkan Bacaan Ini, Elak Gangguan Jin Khanzab
Info Lebih Menarik DI SINI
Ada kejadian yang pernah berlaku terhadap saya berkaitan dengan solat Subuh. Sudah lama tetapi sungguh berkesan.
Tiket flight ke Jakarta sudah dibeli awal, dalam seminggu lebih kurang. Malam sebelum
nak fly, rasanya dah tidur awal kerana takut terbangun lewat. Fly jam 6 lebih, jadi sepatutnya kami kena ada di KLIA dua jam sebelum fly. Maknanya, dalam pukul 3 lebih atau 4 pagi, wajib ada di sana untuk check-in, urusan luggage dan immigration.
Ditakdirkan Allah, kami semua terjaga pada pukul 3 pagi lebih. Kakak dah jerit bagi bangun ahli rumah macam nak runtuh pintu bilik. Saya ni tak boleh bangun mengejut, nanti mulalah nak muntah, pitam dan dada rasa sakit.
Semua orang menonong pergi cari bilik air. Mandi kelam kabut dan bersiap. You know, what? Semua orang membisu sebab nak siapkan diri masing-masing.
Jam 4 lebih kami masuk kereta dan bertolak dari rumah. Abang drive kereta dengan laju.
“Kita ni berserah pada Allah Taala saja, ya. Kalau terlepas flight, anggap saja bukan rezeki.
Lain kali kita boleh pergi lagi. Semua orang jangan frust pula. Kita reda. Semua orang mesti standby untuk lapangkan hati.”
Masa kakak cakap yang ini, tak ada orang jawab. Dan saya sendiri, jantung macam nak pecah. Berdebar lain macam. Loya semua datang tiba-tiba. Telan sajalah liur rasa mual dan loya tu.
Dalam jam 5 lebih Subuh dah masuk. Kami dah sampai airport dan belum check-in diri dan luggage.
“Kalau kita solat lepas check-in mana tahu di surau ramai orang, nanti terlewat pula. Takut beg dah masuk, kita yang tak lepas. Kalau kita solat tapi jangan
dulu check-in, kalau terlepas flight tak apa asalkan jangan luggage kita dah masuk dalam.”
Kakak dan abang berbincang.
“Solat dulu. Ya, kita solat dulu.”
Jadi, semua orang masuk ke surau. Tapi demi Tuhan, kami yang di surau perempuan masih bimbangkan keadaan.
“Kau rasa sempatkah kita ni?” Saya tanya kakak.
“Entahlah. Macam tidak. Kita try sajalah.” Jawab kakak.
.
Habis solat semua. Kami berlari anak ke sana dan ke mari pergi check-in. Urusan masuk ke gate antarabangsa ‘kan banyak, jadi dengan beberapa minit yang ada tu kami semua benar-benar berserah pada rezeki Tuhan.
Amazingly.
Urusannya mudah. Tak ada banyak songeh itu ini. Luggage selesai dan semua lepas dengan mudah. Sampai di gate, Alhamdulillah masih ada masa lagi. Penumpang pun masih belum masuk ke dalam kapal. Masih ‘ngobrol’ sesama mereka, Masya-Allah.
Jadi kenapa saya nak story pasal ini?
Yang dapat saya pelajari dan nak kongsikan di sini ialah isu solat dan kebergantungan terhadap Allah.
Bagaimanapun, solat kena first. Kejar Allah dulu maka barulah Allah bantu kita selesaikan masalah. Yang ini memamg salah satu pengalaman berharga buat saya.
Peristiwa itu menambahkan keyakinan saya bahawa Allah akan bantu hamba-Nya jika Dia didahulukan. Lagipun, fly ni antara hidup dan mati. Ditakdirkan Allah kapal jatuh, kita dah tinggal solat maka…entahlah.
Dan faktor kebergantungan pada Allah ialah sesuatu hal yang luar biasa. Menekankan prinsip yakini rezeki dan takdir Allah dalam diri bukanlah sesuatu yang mudah. Saya cakap terus terang ketika itu memang dah lost hope. Tapi kakak paksa kami untuk lapangkan hati untuk terima takdir Allah.
Kakak juga pesan di awal waktu kami bergerak dari rumah agar jangan kecewa jika terlepas kapal. Kami perlu tanamkan dalam diri jika ada rezeki maka kami akan sampai.
Dalam situasi yang agak menekan manusia ketika ini, tak lain ialah kebergantungan terhadap Allah. Allah saja yang mampu memberikan segala kebaikan dan melenyapkan gundah gulana hati hamba-Nya.
Benar, semua orang terkesan dengan situasi ini. Betul, banyak saja kegagalan berlaku dek pandemik dan ujian ini.
Namun, cari dan yakini Allah. Dia-lah Maha Penolong.
Mingguan Wanita : Semua ini atas kehendak dan izinNya. Apa pun solat itu tiang agama. Dahulukan.
Sumber: Deanna Chee
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita