Rebus Kurma 2 Jam, Patinya Minum Dengan Susu, Sedap Macam Jus Kurma Kedai

Share

Sebenarnya ada macam-macam cara nak buat stok pati kurma ini. Ada cara yang cuma stimkan saja isi kurma. Dan cara yang dikongsikan Azrina Mohd ini, isi kurma perlu direbus 2 jam. Untuk dapatkan hasil jus kurma yang macam dijual di kedai.

Memandangkan kurma perlu direbus hingga 2 jam, ada yang bertanyakan padanya.

Kenapa rebus sampai 2 jam?

Ini jawapannya; “Owner asal resepi ini bagitau rebus 2 jam untuk bagi isi kurma betul-betul lembut dan boleh keluarkan jus kurma yang manis tu sendiri. Saya ikut resepi ni dan memang dah tak perlu tambah gula pun dalam susu atau jus kurma ni.”

Bagi yang takut vitamin hilang sebab rebus selama 2 jam, each to their own way of doing things (setiap orang ada caranya masing-masing). Sebab kadang-kadang objektif kita tak sama.

Ada yang nak menu banyak vitamins but to me, yang penting anak-anak mau minum susu kurma dan tak harap dap susu yang beli kat kedai tu. Sebab dah sama dengan susu kedai.

If less than 2 hours or tak rebus langsung, mungkin rasa tak sama dan anak-anak tak mau minum.”

Cara Buat Pati Kurma Rebus 2 Jam

  • Buang biji kurma dan masukkan isi kurma dalam periuk bersama air. Isi air bagi paras sama dengan isi kurma je.
  • Rebus selama 2 jam. Jangan tambah air kalau nampak kering. Just, kacau sikit-sikit je.
  • Lepas dah sejuk, boleh blender dengan sikit air.
  • Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais.

Tip :

  • Kuantiti dan jenis kurma ikut suka sendiri.
  • Yang penting, paras air dalam periuk nanti sama je dengan paras isi kurma tu.

Selepas rebus kurma 2 jam dan blender, siap dah stok pati kurma untuk bulan puasa nanti. Boleh bancuh dengan susu. Jimat sikit daripada beli susu kurma yang kat kedai tu.

Sumber/Foto : Azrina Mohd

Buat sendiri stok pati kurma, campur susu boleh terus minum untuk sahur.

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

Published by
Netty Ah Hiyer