Sebenarnya ada macam-macam cara nak buat stok pati kurma ini. Ada cara yang cuma stimkan saja isi kurma. Dan cara yang dikongsikan Azrina Mohd ini, isi kurma perlu direbus 2 jam. Untuk dapatkan hasil jus kurma yang macam dijual di kedai.
Memandangkan kurma perlu direbus hingga 2 jam, ada yang bertanyakan padanya.
Kenapa rebus sampai 2 jam?
Ini jawapannya; “Owner asal resepi ini bagitau rebus 2 jam untuk bagi isi kurma betul-betul lembut dan boleh keluarkan jus kurma yang manis tu sendiri. Saya ikut resepi ni dan memang dah tak perlu tambah gula pun dalam susu atau jus kurma ni.”
Bagi yang takut vitamin hilang sebab rebus selama 2 jam, each to their own way of doing things (setiap orang ada caranya masing-masing). Sebab kadang-kadang objektif kita tak sama.
Ads
Ada yang nak menu banyak vitamins but to me, yang penting anak-anak mau minum susu kurma dan tak harap dap susu yang beli kat kedai tu. Sebab dah sama dengan susu kedai.
If less than 2 hours or tak rebus langsung, mungkin rasa tak sama dan anak-anak tak mau minum.”
Cara Buat Pati Kurma Rebus 2 Jam
Buang biji kurma dan masukkan isi kurma dalam periuk bersama air. Isi air bagi paras sama dengan isi kurma je.
Rebus selama 2 jam. Jangan tambah air kalau nampak kering. Just, kacau sikit-sikit je.
Lepas dah sejuk, boleh blender dengan sikit air.
Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais.
Tip :
Ads
Kuantiti dan jenis kurma ikut suka sendiri.
Yang penting, paras air dalam periuk nanti sama je dengan paras isi kurma tu.
Selepas rebus kurma 2 jam dan blender, siap dah stok pati kurma untuk bulan puasa nanti. Boleh bancuh dengan susu. Jimat sikit daripada beli susu kurma yang kat kedai tu.
Apa itu bone broth? Bahasa mudahnya stok yang dihasilkan dari tulang ayam, ikan atau lembu. Cara yang diajarkan oleh Puan Nazifa Mazniini sememangnya kaya khasiat dan bantu redakan demam bayi sekaligus meningkatkan kekebalan dalam tubuh bayi.
“Asal demam je mesti mak mak buatkan sup kan? Biasanya kalau demam sup la menu utamanya untuk bagi cepat kebah demam.
“Mummy Fateh selalu juga buatkan sup untuk Baby Fateh masa Baby Fateh dah mula makan solid food seawal umur 6 bulan. Seingat Zifa, Zifa buatkan bone chicken broth atau Stok Ayam masa baby Fateh umur 8 bulan.
“Kalau ikut carta makanan, bayi sesuai diberi ayam pada umur 8 bulan. Tapi ada sesetengah Paeds kata 6 bulan pun dah boleh beri. Banyak pendapat pasal pemberian makanan pada bayi yang kadang-kadang buat mak mak pening. Use your naluri ibu..
2 Asas Bone Broth
Stok Ayam sesuai diberikan secara kerap kepada bayi untuk tingkatkan imuniti bayi. Kalau mak mak suka travel tu kan, siap-siap tingkatkan imuniti bayi dengan memasukkan stok ayam dalam makanan bayi beberapa hari sebelum travel. Buatkan sup bagi anak hirup tapi pastikan anak tak alergik dengan ayam.
Asas bone broth adalah:
1. tulang (apa-apa jenis tulang sama ada tulang ayam, lembu, ikan) 2. Cuka ( apa-apa jenis cuka boleh asalkan bukan cuka getah)
Setakat ni Zifa pernah buat tulang ayam, kaki lembu, dan juga tulang ayam campur ikan bilis.
Kenapa Kena Guna Slow / Pressure Cooker
Elakkan guna periuk aluminium sebab kita gunakan cuka untuk membuat stok ayam. Periuk aluminium akan bertindak balas dengan cuka dan menjadi racun dan meresap masuk ke dalam kuah.
Cuka bertujuan untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Kalau tak guna cuka pun boleh asalkan guna weak acid lain seperti asam keping, asam jawa, limau nipis, lemon atau tomato.
Bahan-bahan Chicken Bone Broth
Kaki ayam
Rangka ayam
1 sudu Cuka (cuka epal, cuka kurma, lemon dan lain-lain)
4 cawan air
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Rempah 4 sekawan (optional)
Carrot (optional)
Celery (optional)
Cara Buat
1. Semua bahan dicampurkan bersama kecuali halia, rempah sekawan dan parsley (kalau guna).
Nota:
√ Biasanya Zifa letak halia, rempah sekawan, parsley 30 minit sebelum tutup api, supaya terasa aromanya.
√ Nak gantikan sayur lain pun boleh sebagai ganti sebab asasnya adalah tulang dan cuka. Sayuran lain untuk tingkatkan lagi boleh gunakan sawi, daun bay sebagai ganti parsley, fennel.
√ Tapi janganlah taruk sayur banyak sangat sampai dah tak tahu rasa apa. Umpama taruk kopi, milo, air oren, air sirap, air jagung dalam satu jug. Lepas tu minum, cer kabo rasa apa? Rasa nak muntah ke rasa sedap?
2. Biarkan sekejap dalam periuk bagi sebati dengan cuka. Panaskan periuk. Setiap 20 minit dalam tempoh 2 jam, buang sisa-sisa timbul kat atas tu. Apa ya nak sebut tu.
Berapa Lama Nak Reneh
√ Pressure cooker 1 jam √ Slow cooker 8 jam √ Periuk biasa (bukan jenis alumimium) 4 jam.
3. Selepas siap reneh, sejukkan dan tapis. Bahan-bahan yang ditapis bolehlah nak buat masakan lain. Nak beri pada baby rasanya tak sesuai pula sebab dah tak ada nutrient, kan?
4. Lepas sejuk masukkan dalam peti ais, masa tu boleh tengok la stok jadi macam agar-agar. Gedik gedik je.
5. Simpan kat tempat frozen dalam bekas kiub ais. Frozen boleh tahan selama sebulan. Simpan dalam bentuk kiub ais senang. Bila nak buat makanan anak just campak-campak je.
Ini Kebaikan Bone Broth
√ Bila kita sakit tu kan hirup sup ni. Biasanya bila sakit, makan pun tak selera.
√ Hirup sup ni dah ada semua nutrient nak lawan jangkitan virus. Kita boost immune badan dengan khasiat dari bone broth ni.
√ Bone broth juga sangat kaya dengan khasiat kalsium, magnesium, fosforus dan trace mineral.
√ Lemak yang terkandung di dalamnya boleh mengatasi masalah leaky gut yang menjadi punca penyakit ekzema.
√ Bone broth kaya dengan gelatin dan kolagen yang sangat bagus untuk connective tissues, sendi-sendi, ligamen, tendon dan tulang dan gigi yang kuat. Sebab tu bila sejuk, bone broth stock gedik-gedik, sebab ada gelatin.
√ Masa beli kaki ayam pun, pakcik yang jual ayam pun cakap baby bagus bagi sup kaki ayam bagi kuat gigi. Memang kuat pun ni, siap pakej buat bekam kat Mummy and Daddy.
√ Bone broth ni mudah serap jadi baik untuk penghadaman, kurangkan masalah sendi seperti bengkak dan bagus untuk pertumbuhan rambut dan kuku kerana gelatin daripada bone broth.
√ Sebab tu lah masa buat bone broth bila disejukkan akan jadi jeli gedik-gedik. Kalau tak menjadi gedik gedik gelenyar tu maknanya tak jadi.
√ Selalunya bone broth stock ni Zifa letak dalam bubur, pancake, bantai je letak dalam apa-apa masakan Fateh. So, mak mak boleh serbu pasar cari kaki ayam, rangka ayam. Berebut-rebut pula kita ya dengan peniaga ayam goreng pasar malam.
Kata Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman Tentang Bone Broth
Dato’ Dr. Suriyakhatun Osman
Saya memang selalu suruh ibu/bapa buat bone broth. Hanya dua bahan yang wajib
1. Tulang 2. Cuka
Ramuan lain adalah untuk berikan rasa yang sedap .
Cuka untuk pastikan yang zat galian dari tulang akan larut ke dalam sup. Guna slow cooker atau pressure cooker . Sup yang dihasilkan boleh ditambah jadi perasa untuk masak nasi, kuah sayur, kuah mee, asas kari dan lain lain.
√ Tulang maksudkan tulang ayam dan kaki ayam, ikan, lembu atau kambing. Ikan bilis pun ada tulang jika tidak dibuang .
√ Laksa pun sup tulang sebab ada tulang ikan dan asam
√ Masak singgang atau asam pedas pun sup tulang juga
Think out of the box dan pastikan keluarga mengambil bone broth sekerap mungkin. Bagi bayi dan kanak kanak yang sedang membesar, hari-hari.
Sumber/Foto: FB Nazifa Mazni Dan Dr. Suriyakhatun via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya letak secubit garam dan sesudu Nescafe merupakan rahsia agar Teh Tarik mempunyai rasa sempurna cukup lemak, manis, kelat dan wangi.Jika sebelum ini, Wan LuQman pernah kongsikan dengan mak-mak semua cara nak buat Air Nescafe warna Sungai Pahang, kali ini beliau sudi kongsikan cara nak buat ‘Teh Tarik Banjir’ yang sedap pula.
Berikut merupakan antara perkongsian oleh lelaki ini;
Salam 1 jemaah kaki tarik teh. Semalam dah flashback air nescafe, alhamdulillah ramai yang share. Semoga bermanfaat. Air ni sedapnya kalau warna dia cantik..tapi tengok teh ais tepi jalan sekarang ada letak perwarna sampai kita pun konpius tu teh ke atau air carrot? Oren bebenau warnanya..
Harini kite tengok pulak air teh. Teh tarik banjir. Air teh ni memang sedap dibuat waktu minum petang dan sesi bergosip. Sebab tu kita panggil “ngeteh” atau sesi “tarik teh”. Selain nescafe, air teh susu juga merupakan satu ketagihan. Haha..Ingat pesan kander, jangan minum selalu. Sehari 1-2kali cukup ya.Macam biasa, kander punya kurang manis tapi cukup rasa.
Kalau orang have-have dia suka tea session dekat harrods, english breakfast, earl grey atau chamomile tea (which is boringgg…haha).
Orang-orang non have, kat warung ke restoran ke mamak ke boleh bantai gelak sambil jerit teh tarik satu! Kena pulak dengan keropok lekor ke, cucur udang tak pun cucur badak…ferghhhh.
Bahan-Bahan (1 gelas):
2 uncang Teh Lipton
1 sudu besar Teh Wangi Cap Masjid
1 sudu kecil Nescafe
300ml Air (untuk dijerang)
2 setengah kecil Susu Pekat Manis
5 sudu kecil Susu Cair
Cara Membuat:
1.Mula-mula masukkan 2 uncang teh dan sesudu besar teh wangi. Rebus dalam 5 minit macam tu lah.Nak pakai electric kettle pun boleh.Air yang direbus ni sebanyak 300ml.Dalam episod kali ini, untuk uncang teh guna lipton
Teh wangi ialah teh cap mesjid.
2.Bila air dah dah menggelegak..haaa ni yang sifu anuar ajar haritu. Letak setengah sudu kecil nescafe. Teh ni sedap bila kelat dan pahit after taste.
3.Kacau kemudian tutup api. Sambil tu kita prepare bancuhan susu. 2 setengah kecil susu manis dan 5 sudu kecil susu cair. Bancuh dan kacau siap-siap.
4.Teh yang dah siap rebus tu, kita tapis ke dalam jug siap-siap.
5. Rasanya ni semua orang tahu masukkan secubit garam untuk melemakkan rasa teh.
6.Bila dah tuang, kacau sebati.
Untuk gambaran jelas warna airnya, saya letak dalam transparent glass. Nampak tak warna dia? Asli, pekat, lemak manis.
Teh macam ni lah kita nak.
Lemak, manis, kelat, wangi.sedappp sangat. Macam air banjir lumpur kan? Hahaha
Rahsia nak buat pes masakan kali ini, memang khas buat mak-mak yang sibuk. Haaa… ini bukan lauk siap, tetapi pes ni kita boleh pelbagaikan dengan ikan daging atau apa saja. Nanti bulan puasa boleh guna. Jimat masa!
Dikongsi oleh Puan Suhaidah Ahmad, pes masakan ini tular sebab cara nak buat pun senang. Yang penting, kalau nak menumis atau masak santai memang lepas.
1.RESEPI PES KARI
Bahan-bahan
Bawang besar 5 biji*
Bawang kecil 10 biji*
Bawang putih 6 ulas*
Halia 5 inci*
6 sudu besar Rempah kari daging Faezah (Pek kuning)*
Rempah 5 sekawan
1 sudu halba
Cara-cara
1. Blender semua bahan kecuali rempah 5 sekawan.
2. Tumiskan rempah 5 sekawan terlebih dahulu. Kalau yang suka light soup, tak payah gunakan rempah ini ya. Kemudian dah naik bau, bolehlah masukkan bahan blender tadi. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan tumis lagi 2 minit. Akhir sekali, perasakan dengan garam gula dan perasa.
4. Siap. Bekukan.
5. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali. Masukkan air, asam jawa dan tambahkan ayam / daging / ikan segar bersama sayur pilihan. Boleh juga dibuat makan dengan mee kari. Bubuh ayam yang dipotong kecil.
2. PES RENDANG
Bahan-bahan
Bawang besar 5 biji
Bawang kecil 10 biji
Bawang putih 6 ulas
Halia 3 inci
Lengkuas 2 inci
Kunyit hidup 2 inci(optional)
6 batang serai
2 gengam Cili kering(xperlu rebus ,masuk terus dlm blender)
Santan 2 kotak harmoni
Daun kunyit dan daun limau purut hiris halus.
Cara-cara
1. Blend dan tumis semua bahan di atas sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan santan, garam, gula, perasa, daun limau purut, dan daun kunyit.
3. Dah siap, macam biasa boleh bekukan dalam freezer.
4. Bila nak makan, ambil pes dan masukkan dalam kuali dengan air secawan. Masukkan ayam, masak sampai kering atau hingga ayam empuk.
3. RESEPI PES SAMBAL TUMIS
Bahan-bahan
Bawang besar 2 biji
Bawang besar 2 biji (hiris bulat)
Bawang putih 5 ulas
Cili kering 4 genggam (potong, rebus, basuh, kisar)
Asam jawa
Garam, gula, perasa
Cara-cara
1. Tumis semua serentak sampai pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan asam jawa, garam, gula, perasa dan hirisan bawang. (seimbangkan rasa)
3. Apabila siap, biarkan sejuk. Boleh bekukan.
4. Bila nak makan nanti boleh defrost dan goreng ikan bilis untuk masukkan ke dalam sambal tumis itu. Boleh juga digunakan untuk memasak mee goreng, bihun goreng, dan sebagainya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...