Rebus 2-3 Minit Cukup, Isi KERANG Cantik Elok Macam Cermin!

Share

Sebenarnya tak perlu rabus lama-lama pun, dalam 2 hingga 3 minit dah cukup agar isi kerang cantik dan elok berkilat macam cermin. Bukan apa, kerang jika terlebih rebus isinya akan liat, kecut dan sebagainya. Malah nak buat sambal, kerabu atau masukkan dalam mee pun jadi kurang sedap kerana dah kurang rasa ‘manis’ kerang tu.

Perkongsian tip cara rebus kerang daripada Yatie Kicthen
ini boleh dijadikan panduan.

Tips rebus kerang bagi cantik elok macam cermin

Bahan Di Perlukan:

1 Sudu kecil Garam
Air secukupnya
Ais

Cara Membuat:

1.Rebus air bagi mendidih.
2.Kemudian, masukkan garam.
3.Apabila air dah mendidih masukkan kerang dan rebus dalam 2-3 minit cukup.


4.Kemudian, toskan selepas itu terus rendam dalam air yang letak ais.


5.Selepas itu, kopek la kulit tu sebelah ka, kopek semua ka ikut suka. Kita dah share lama dah tips ni tahun dulu-dulu. Ni refresh balik kot la hangpa lupa.

Semoga bermanfaat, Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Lelaki Ini Kongsi Cara Rebus Kerang Tanpa Air, Barulah Isi Lembut, Tak Liat

Petua Elak Isi Kerang Kecut, Bubuh Cuka & Gaul Dengan Ais, Memang Menjadi!

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak isi kerang cantik, elok macam cermin.Tak perlu rebus lama-lama pun, 2-3 minit dah cukup. Mudah sangat!

Sumber: Yatie Kitchen

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/


Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Published by
Suhaidah Abd Wahab