“Anak rebah seorang demi seorang, mulut berbuih, berdarah.” Malang sembilan beranak termakan kulat beracun yang dijadikan salah satu hidangan makan tengahari.
Benarlah malang tidak berbau, ibu kepada lapan anak ini sama sekali tidak menyangka kulat yang dipetiknya beracun dan membuatkan mereka sekeluarga rebah tidak bermaya.
Sembilan Beranak Termakan Kulat Beracun
Seorang suri rumah hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur, Dungun, Terengganu.
Menurut ibu kepada lapan anak ini, Nurul Musfirah Ghazali, 32, dia langsung tidak tahu cendawan yang tumbuh di kebun di sekitar rumahnya adalah spesies cendawan beracun.
Dia memetik cendawan tersebut sebelum digoreng bersama sayur kangkung dan kacang sebagai salah satu menu makanan tengah hari mereka sekeluarga.
Anak Rebah Seorang Demi Seorang
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena, terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut, rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah, suami, Muhammad Nurhadi, 36.
”Dalam keadaan tidak bermaya, kami mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek, ada yang mulut berbuih dan keluar darah. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Menurutnya, semua yang ada di dalam rumahnya menjamah menu tersebut kecuali anak yang paling bongsu, berusia setahun sebulan.
Tak Berasa Ragu
Menurut Nurul Musfirah, sebelum ini dia memang pernah ternampak spesies cendawan berkenaan yang tumbuh di kebun sayurnya, namun tidak pernah terlintas untuk memetiknya.
Bagaimanapun, pada hari kejadian, dia langsung tidak rasa ragu-ragu, lalu memetik dan memasaknya.
Beritahunya lagi, dalam keadaan lemah dan muntah-muntah, suaminya tetap menggagahkan diri memandu van membawa mereka sekeluarga ke klinik Kesihatan Paka, Terengganu untuk mendapat rawatan.
Kulat ini dikatakan beracun dan tidak boleh dimakan. .
Tular Di Media Sosial
Sementara itu, Sinar Harian turut menghubungi kakak kepada Nurul Musfirah, Nurul Annisa Ghazali, 41.
Ads
Nurul Annisa adalah individu pertama berkongsi kejadian yang menimpa keluarga itu di laman sosial yang kemudian tular sejak malam Selasa.
Dia hanya mengetahui kejadian menimpa keluarga adik perempuannya selepas dimaklumkan oleh bapa mereka.
Nurul Musfirah turut menghantar sekeping gambar cendawan tersebut kepada keluarga mereka.
“Sejurus ayah melihat gambar cendawan itu, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan cendawan itu beracun, memang tak boleh makan.
“Saya pun agak pelik dengan adik kerana sebelum ini dia memang akan tanya kami sebelum nak makan sayur yang dia tak biasa makan, tetapi kali ini tidak,” ujarnya.
Katanya, turut menjelaskan perkongsian tersebut dalam media sosial supaya orang ramai lebih berhati-hati dan kejadian sama tidak menimpa orang lain.
Kesemua anak-anak mereka yang berusia antara 13 hingga empat tahun sudah dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih perlu mendapatkan rawatan susulan.
Mingguan Wanita : Rupanya tidak semua spesis kulat atau cendawan boleg dimakan. Berhati-hati dan rujuklah kepada mereka yang lebih pakar agar perkara ini tidak berulang lagi.
Bila mana tuhan uji dengan penyakit, itu adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kecil. Kalaulah ini tak kena, itu tak kena. Dari sakit sedia ada membawa ke parahnya hati.
Sebab itulah bila tuhan berikan ujian sakit, jangan pernah lupa ucapkan, “Alhamdulillah..” Bersyukurlah, kerana dengan perasaan sebegitu tak pun menurunkan darjat seseorang.
Terkesan kisah yang dialami Dr Redza Zainol, tentang rakannya yang disahkan Covid-19. Demi kesihatan, tidak pula dia minta macam-macam. Ikut saja apa rezeki yang diterima dengan penuh kesyukuran.
Bila Ditanya Mengenai Bilik, Dia Kata ‘Alhamdulillah’
“Mana doktor yang lain?” sambil mata ayah bayi ni memandang ke bilik-bilik pesakit yang lain. Entah kenapa saya pun ikut sama memandang sekeliling.
“Oo, doktor yang lain kena kuarantin. Lebih dari separuh doktor dari jabatan saya dihantar ke pusat kuarantin di Pagoh.”
Pada hari tu, cuma ada saya dan 2 doktor lain yang bekerja di NICU.
Hospital kami ni dah jadi kluster di daerah Muar. Ada beberapa staf kesihatan yang positif Covid-19. Malam tu saya hubungi seorang kawan saya yang dikuarantin di Pagoh tu.
Bila saya tanya khabar, tak putus-putus keluar perkataan Alhamdulillah dari mulutnya.
“Semuanya baik-baik saja kat sini.”
Bila tanya mengenai bilik, dia kata Alhamdulillah.
Bila tanya pasal makanan, dia kata Alhamdulillah.
Tak perlu ada permandangan tasik dari bilik. Tak perlu bilik bertaraf hotel Dorsett 5 bintang.
Setiap bilik ada 2-4 orang penghuni. Bilik biasa yang bertingkap dan tak perlu penghawa dingin. “Kau cuma tolong doakan kami di sini je. Bosan juga hari-hari duduk di bilik.
Hari tu sampel pertama kami semua negatif. Kalau sampel kedua pun negatif, bolehlah kita orang ni datang kerja semula.”
Sungguhlah kawan-kawan. Bila keadaan makin sukar, barulah muncul peribadi sebenar kita.
Yang pentingkan diri, akan jadi lagi pentingkan diri bila dirinya diuji.
Yang selalu bersyukur, maka hatinya sentiasa berasa cukup dan insaf dengan setiap ujian yang datang.
Wajah cantik, karier bagus, duit yang banyak, namun tak ada perkataan baik yang keluar dari mulut, tetap tak akan dapat hormat.
Boleh jadi seluruh alam benci orang yang begitu. Lagi takut kalau sampai Allah pun bencikan kita.
Dari Wajah Yang Cantik Jadi Kelam..
Kalau kerja kita asyik menghina dan merungut, tak mustahil Allah akan hina kita semula.
Waktu tu, semua yang kita ada dah tak ada makna.
Wajah yang cantik jadi kelam, karier yang elok jadi tenggelam dan terkubur. Duit yang banyak itu Allah boleh hilangkan begitu saja.
Kita lupa kita asalnya hina. Bukan asal dari kayangan.
MW : Kadangkala kasihan dengan frontliners yang terpaksa tahan hati, tahan penat.. dengan macam-macam kerenah pesakit kluster yang satu itu.
Alangkah beruntungnya isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan Hashim ini, Qaabila Deena Emir Mohamaed Akif Emir (Deena Emir). Suaminya itu sanggup buat apa saja demi memenuhi tanggungjawab terhadap isteri dan anak sulungnya, Muhammad Luth Ali. Walau terpaksa berpenat lelah, direlakan demi insan tersayang bahagia di sisi.
Kuat sungguh Saharul ini bekerja rupanya. Kata isterinya itu, sampai demam-demam pun masih terus bekerja dengan rehat seminimum mungkin.
“This man. I never thought that one fine day there’s a man who will works very hard, not for himself but just to make sure my life better & happier.”
“Sampai demam demam, buat 3-4 kerja dalam 1 masa, tidur tak menentu 2-3 jam je a day, berkorban wang ringgit (kadang kadang duit poket sendiri pun tak ada) untuk make sure impian isteri dia tercapai.”
Bila saya suruh rehat, dia jawab, “Tak boleh nanti banyak kerja tertangguh. Tanggungjawab saya banyak…”
Dan selalu cakap, “Saya buat semua ini untuk persiapan bila saya dah tak ada di dunia ni satu hari nanti. Sementara saya kuat lagi. Sekurang kurangnya saya tahu ada something yang boleh bantu awak & Ali. Allah :’( “
Saya Kahwini Suami Terbaik Di Dunia
Ternyata apa yang suami lakukan selama ini telah menyentuh hati isteri. Buat isteri ini rasa lebih dihargai dan menjadikannya wanita bertuah dalam dunia.
“Suamiku, @saharulridzwan terima kasih for making me feel like the luckiest woman in the world every single day. I married the best husband in the world, and I thank Allah s.w.t that He made it happen. Alhamdulillah. I know I’m far from perfect, but thank you for staying with me and remaining strong amidst the challenges.
“You are the best thing that’s ever happened to me (plus my adorable son) and I look forward to spending many more happy years with you & our kids. Semoga Allah s.w.t beri ganjaran syurga tertinggi untuk awak sayang. I LOVE YOU.”
Itu Bukan Perjanjian Saya & Awak, Tapi Perjanjian Saya Dengan Allah
Apa yang Deena luahkan ini telah mendapat respons daripada Saharul Ridzwan. Sesungguhnya, seorang suami yang baik dia tahu bahawa tanggungjawabnya itu bukan semata-mata untuk isteri dan anak-anak. Sebaliknya menggalas amanah yang telah Allah berikan kepadanya. Dan dia tahu kelak, amanah inilah yang akan ditanyakan olehNya di alam akhirat kelak.
“Terima kasih isteriku,
“Saat takliq dibacakan selepas kita sah diijabkabulkan, itu bukan perjanjian antara saya dengan awak sahaja, tetapi perjanjian sy dengan Allah. InShaaAllah, akan saya tunaikan dengan baik dengan Izin Allah. Love you sayang.”
Allah.. sweetnya couple suami isteri ini. Semoga para suami yang lain juga dapat mencontohi sikap dan layanan baik yang ditunjukkan Saharul Ridzwan terhadap isterinya. Kerana membahagiakan isteri akan membuatkan diri para suami jadi lebih bahagia.
Tanggal 22 November 2022 pastinya meninggalkan kenangan manis buat adik Adib Amsyar ini apabila meningkat dewasa nanti apatah lagi berpeluang dipeluk dan dicium sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sewaktu kecil.
Reaksi Spontan Raja Permaisuri Agong
Dalam video pendek yang dikongsikan di TikTok ini, keletah spontan Raja Permaisuri Agong cukup mencuit hati.Berpenampilan manis berbaju kurung dalam persalinan rona merah cili, baginda secara spontan duduk mencangkung meluangkan masa memeluk dan mencium adik Adib Amsyar ini yang sungguh comel.
Syukur ke hadrat ilahi untuk rezeki dan peluang ini.Semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah SWT.
Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu.
Disamping itu, baginda juga sempat melambai mesra adik Adib Amsyar di dalam lif, sebelum beredar dan meninggalkan lokasi.
Terharu Jiwa Keibuan Raja Permaisuri Agong
Ramai yang terharu dengan jiwa keibuan dan jiwa rakyat baginda, malah tumpang gembira dengan momen manis sebegini.
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...