‘Rebah Ketika Mahu Solat Subuh..’ Ibu Ezad Lazim Meninggal Dunia

Share

Awal pagi tadi, ibu Ezad Lazim, Rosadah Jahaja, 69 bangun untuk menunaikan solat Subuh. Ketika mahu mengambil air sembahyang dalam bilik air, dia rebah.

Sempat ibunya memanggil nama adik bongsu Ezad, Mohd RIzal. Bila terdengar namanya dipanggil, dia yang ketika itu sedang solat segera mendapatkan ibunya. Dan mendapati ibunya jatuh, tidak sedarkan diri dalam bilik air.

Cepat-cepat adiknya hubungi doktor dan ambulan untuk mendapatkan bantuan. Tak lama kemudian, doktor tiba di rumah mereka di Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah dan mengesahkan ibunya sudah tiada, pada jam 6.30 pagi ini.

Maklum kakak keduanya, Rozaimah Mohd Lazim yang bekerja di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara negeri Kedah, keadaan ibunya sebelum-sebelum ini baik-baik saja.

Kalau ada pun hanya darah tinggi tapi terkawal.”

Baca sini : Kerana rindu, anak pernah tertidur di pangkuan Ezad dengan tangan bergari

Doakan Yang Terbaik Untuk Arwah Ibu – Ezad Lazim

Sebaik mendapat tahu ibu sudah tiada, mereka segera menghubungi Ezad untuk perkhabaran duka itu.

Mak bangchik balik ni

.” Sebak perkongsian penyanyi, Ezad Lazim memaklumkan akan pemergian ibunya pagi hari ini. Sebelum ini, sebaik Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan Ezad sempat balik menjenguk ibunya.

Tulisnya lagi, “Al Fatihah.. baru semalam kita kenang pemergian arwah abah dan setahun. Hari ini mak pula menyusul pergi meninggalkan kita.”

Semalam, genap setahun pemergian arwah ayah Ezad Lazim, Mohd Lazim Ismail yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usianya 74 tahun.

Ezad juga memohon agar mendoakan yang terbaik untuk arwah ibunya.

Jenazah ibunya akan dikebumikan di tempat yang sama dengan arwah ayahnya, iaitu di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor Setar selepas Asar.

Allahyarham ibu Ezad meninggalkan empat anak iaitu Rozita, Rozaimah, Mohd Rohaizad dan Mohd Rizal serta 10 cucu dan seorag cicit yang bakal dilahirkan pada hujung bulan ini.

MW : Al Fatihah.. salam takziah buat Ezad Lazim dan keluarga. Semoga roh Allahyarham Rosadah Jahaya di tempatkan di taman-taman syurga bersama orang-orang yang beriman.

Sumber/Foto : Ezad Lazim, Harian Metro

Published by
NETTY AH HIYER