Mak-mak ni biasanya bangun awal pagi pun, sentuh itu sentuh ini dan bila tengok cermin luar tingkap dah nampak langit yang tadinya gelap bertukar jadi siang.
“Isyh, dah lambat nak kejut anak!”
Inilah rutian harian saya setiap hari, uruskan anak kemudian bila rumah sunyi sepi saya mulahlah bekerja dari rumah demi mencari rezeki sesuap nasi.
Tidak akan berakhir di situ, menjelang tengah hari sibuk nak kenyangkan perut anak. Lepas itu bersambung pula di rumah adegan selepas balik sekolah.
“Bonda Kakak letih, nak rehat dahulu, baru buat kerja sekolah.”
Itu belum lagi masuk sekolah petang dan aktiviti luar. Kasihan anak-anak, namun itulah dunia semakin mencabar.
Membaca status rakan-rakan di media sosial yang umpamakan diri seperti robot. Ligat. Namun kita manusia bukan robot. Pagi bawa ke petang. Petang bawa ke malam. Anak-anak, suami, kerjaya, rumah tangga, juga tambahan waktu berniaga pula. Sesekali teringat ketika zaman awal 90-an.
Ads
Semua Jadi ‘Bau’ Kenangan
Tenangnya waktu pagi, masih gelap suasana sampai ke bilik darjah.
Pergi sekolah pagi, balik tengah hari nasi sudah terhidang atas meja. Gigihnya mak-mak memasak untuk kenyangkan perut anak. Siap makan, ibu yang tadinya jadi tukang masak terus bertukar jadi cikgu pula. Maka siaplah semua kerja sekolah dengan mudah bila ada ‘cikgu di rumah’. Masuk petang ibu dah buka pintu untuk lepaskan si anak bermain dengan jiran. Basikal lah jadi kenderaan utama. Kayuhlah basikal ke rumah kawan tanpa perlu nak fikir risau kes culik bagai. Sebelum pukul 7, masing-masing sampai ke rumah kalau nak selamat daripada kena leteran ‘berapi’ daripada mak ayah! Malam-malam pula meriah berkawan di rumah Tok Guru mengaji. Punyalah indah rutin harian dulu-dulu.
Tapi itu dulu. Cerita 20 tahun yang lepas.
Ads
Namun macam mana pula nak menerapkan perasaan gembira itu kepada anak-anak hari ini tanpa perlu tekanan. Ya, kalau mak-mak bertenang anak-anak juga mampu bertenang. Namun ia tidak semudah seperti kita bayangkan. Kesibukan mak-mak zaman moden memang menakutkan. Andai kata terlebih kerja, emosinya penat dan itu boleh menjadikan mak-mak bertindak di luar kawalan. Sesekali bertukar jadi singa jadian itu langsung tak pelik.
Isteri Bukan Robot
Cukup tabik kepada ibu-ibu muda yang berpagi-pagi bangun menyediakan bekal anak sekolah. Waktu siang bertarung memakai pelbagai jersi. Mula dengan jersi tukang masak, pemandu, pengurus imej, cikgu, misi, kawan berbual dan banyak lagi. Senarai terus bersambung sehingga malam hari. Bersambung pula mengajar dan mengulang kaji bersama anak-anak pada sebelah malam.
Sudah tentu rutin harian suri rumah sepenuh masa tidak sama dengan suri yang bekerja di luar rumah. Tidak akan sama yang bekerja dan berniaga. Namun kita mengharapkan mampu mengisi masa 24 jam dengan cemerlang. Permulaan hari sangat berkait rapat dengan kesempurnaan seluruh hari. Kualiti masa, keadaan terkejar-kejar untuk menunaikan banyak tanggungjawab serentak.
Matlamat menguruskan anak-anak juga berbeza. Bagi yang mempunyai bayi tidak sama jadualnya anak-anak yang sedang berada di tadika, tidak sama yang bersekolah rendah dan menengah.
Ads
Masuk Usia Tua Pun Tak Sedar
Anak-anak akan meningkat besar dan rutin akan berubah. Masa berubah dan juga kita makin berusia. Melihat anak sudah membesar, tersedar bahawa kita sudah ‘megumpul kedut’ di wajah. Tidak lagi rutin sibuk sebagaimana ketika anak-anak kecil. Mungkin fokusnya sudah berubah pula menerima menantu, bercucu. Menghadiri kelas agama dan juga fokus kepada ibadah.
Serius kita akan rindu ketika masa lalu. Namun perlu sedar akan masa sekarang yang perlu di isi sebaik makna dan masa akan datang yang dirancang dengan sempurna. Bersyukur kerana masih ada peluang dengan kesibukan, peluang belajar untuk meningkatkan kemahiran suri rumah.
Tak minta banyak, moganya apabila malam berlabuh, kita tersenyum kerana sudah pun melalui satu hari penuh kepenatan. Hari ini masa berpenat kerana di hadapan adalah hasil atas lelahnya pengorbanan sebagai seorang mak-mak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cantik sungguh warna hijau kuih Serimuka Pandan ni. Malah elok berlemak, manis secukup rasa. Bagi mak-mak peminat kuih Serimuka Pandan ini ada pelbagai cara untuk membuatnya. Kuih ini terbahagi pada dua bahagian iaitu ‘kepala’ dan pulut berlemak.
Jika selalu bahagian ‘kepala’ yang berwarna hijau manis berlemak, dimasak sekejap sehingga likat terlebih dahulu. Namun menerusi perkongsian resipi Sue Talam Kitchen ini, ada caranya bahagian tersebut tak perlu dimasak di atas dapur dan boleh terus dikukus. Malah rupanya kena titiskan sedikit pewarna kuning barulah, warna hijau elok cantik macam ni.
Ini adalah versi tak perlu masak atas dapur bahagian kepala.
SERIMUKA PANDAN (9″)
A (Bahagian Bawah)
2 cawan Pulut cuci rendam 5-10min (Tak rendam pun takpa)
1 cawan santan (1 kotak KARA kecil) saya memang setia dengan Kara, pilihan masing-masing ya
1 cawan Air
sedikit garam
*Satukan semua bahan dan kukus 25minit. Dah masak tekan-tekan bagi rata dan padat.Guna Loyang saiz 9 inci.
1.Satukan semua bahan B dan kacau sampai sebati.
2.Kemudian tuang atas pulut yang dah siap dikukus tadi (Bahan A).
3.Kukus semula selama 25 hingga 30 minit sampai masak.
4.Tunggu sejuk baru potong, sekurang-kurangnya 3-4jam baru cantik.
Info Ekstra!
Ada macam-macam cara masak dan ada cara tak masak, kedua-dua kaedah ini boleh diguna, Insyaallah kuih tahan 24 jam suhu bilik.
Guna cawan biasa boleh, pastikan semua sukatan pakai cawan yang sama.
3/4 cawan bermaksud 1 cawan tak penuh atau 1 cawan dibuang 1/4 cawan.
Nak cantik hijau macam ni, campur sikit warna kuning. Saya buat jual pun campur sikit warna kuning, beberapa titis je, jangan banyak.
Tekan pulut padat dan api jangan kuat.
Sebenarnya mana-mana adunan kuih pun tak masak bahagian atas boleh, nak masak pun boleh. Kalau masak sekejap atas api, tempoh masak tu kejap je, 10min je kukus.Itu je bezanya.
Untung mak-mak yang ada kebun kecil di rumah, yang mana suka tanam sayur hijau bolehlah tambah koleksi pokok bayam brasil ini.
Daripada perkongsian Puan AmiraYantie Shahpori, pokok bayam brasil ini sangat mudah dijaga dan senang nak buat makan. Salah satunya, boleh dibuat cucur. Nah, cuba godek sikit macam mana cara nak tanam pokok bayam brasil ini sebaik mungkin.
Tanam Pokok Bayam Brasil
Seriously… bayam brasil ini sangat senang di tanam. Lagi di petik, lagi dia naik merimbun. Banyak khasiat pula tu, boleh buat masak macam-macam. Ini dah jenuh buat masak lemak putih, goreng belacan, rencah untuk mee, nasi goreng, telur dadar.
Kali ini jom kita cuba buat cekodok pula, caranya sama cam wat cucur udang tu, tapi ini tak payah isi kucai. Gantikan dengan dia je.
Baja Bayam Brasil
Baja paling senang untuk bayam brazil subur cuma siram dengan air basuhan beras 3,4 kali dalam semniggu.
Baja tahi kambing pun sangat bagus. Tetapi kata Puan Amira, dia jarang guna sebab tingal kat bandar susah nak dapat.
Jadi bagi mak-mak yang suka berkebun, boleh lah tambah koleksi tanam bayam Brasil ini di rumah ya. Nampak hasil nanti, mesti bahagia!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Hidangan paling mudah, cepat dan anak-anak pun suka, tentulah masak nasi lemak. Inilah hidangan yang mungkin menjadi makanan wajib ada atas meja setiap pagi.
Namun, sekarang ini hidangan nasi lemak bukan untuk sarapan saja, tapi boleh dijadikan menu sepanjang hari. Memang tak jemu dimakan, nak-nak bila nasinya yang lemak berkrim dan sambalnya yang menjadi.
Kadang-kadang tak perlu lauk pelbagai pun untuk digandingkan dengan nasi lemak. Cukuplah dengan sambal, ikan bilis goreng, kacang, timun dan telur. Sudah lengkap.
Walau bagaimanapun, tak semua ‘lulus’ untuk masak nasi lemak. Terlebih air boleh jadi lembik dan terkurang akan mentah pula. Macam mana nak dapatkan sukatan yang betul supaya nasi lemak masak elok dan menjadi.
Ada sesetengah mak-mak lebih suka guna sukatan nisbah. Contohnya masak nasi lemak dengan jumlah pot dan sukatan air pun ikut pot yang bersesuaian. Tak kisahlah macam mana sekali pun, asalkan ia masak dan tidak mentah.
Bagi Azy Cullen pula, dia lebih ‘terror’ masak nasi lemak dengan sukat air menggunakan jari saja. Inilah yang paling senang dan mudah. Malah, diaturut kongsikan nasi lemak elok dan cantik berkilat ‘kejadian’nya.
“Inilah cara saya masak nasi lemak.
Insya Allah mudah dan senang. Pasti menjadi.
“Saya tak faham cara nak ikut nisbah. Cuma saya biasa ukur air guna jari. Nanti nasi masak elok dan tak mentah.
Cara-caranya:
1. Cuci beras sebersihnya.
2. Ini yang biasa saya buat. Mana bahan yang ada saja kat rumah. Saya pula jenis tak suka letak bawang.
3. Masukkan air dan santan. Selepas tuangkan santan, ukur air menggunakan jari telunjuk. Pastikan isi air sampai ke paras garisan pertama jari telunjuk. Tak boleh lebih dan tak boleh kurang. Kalau terkurang, nasi akan mentah dan terlebih pula akan jadi lembik.
4. Letak minyak masak untuk bagi nasi lemak jadi sebiji-sebiji. Cantik berkilat elok saja bila masak nanti.
5. Dah siap! Kalau tak nak santan berkumpul pada bahagian atas, sebelum nasi masak, gemburkan dulu.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...