Rayyan Dapat ANUGERAH PENGETUA ‘POINTER’ TINGGI, Rita Sebak “Mommy Nak Buktikan Kita Mampu Berjaya”

Share

Rayyan Dapat ANUGERAH PENGETUA ‘POINTER’ TINGGI. Anak sulung pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin menjadi kebanggan ibunya apabila mendapat anugerah pengetua ‘pointer’ tertinggi.

Malah paling mengundang sebak apabila Rayyan mendapat hadiah tersebut pada hari jadi ibunya.

Rayyan Dapat ANUGERAH PENGETUA ‘POINTER’ TINGGI

Menerusi sebuah video di akaun Instagramnya, ibu tunggal kepada dua orang anak itu berkongsi  momen anak sulungnya, Rayyan menerima Anugerah Pengetua dengan keputusan cemerlang di MRSM Ulul Albab, Gemencheh.

Malah Rita juga turut memuat naik video memaparkan anaknya itu menerima sijil dan piala di atas pentas.

Kebahagiaan berganda apatah lagi apabila Rayyan mendapat anugerah tersebut ketika hari jadi ibunya.

“Tahun lepas bday mommy, Ryan bg hadiah dpt tempatkan diri di MRSM..tahun ni Ryan bg hadiah lg dpt Anugerah Pengetua dgn pointer tinggi …syukur alhamdulillah…mommy x mintak lebih cuma mommy nak anak2 mommy bukti kan pd diri sendiri dan kpd org di luar sana yg kita mampu berjaya..

“Peduli kan cemuhan dan kejian manusia kerana ALLAH sentiasa ada utk kita 😌 ..jadi terbaik utk diri sendiri bukan utk puas kan hati org lain…tkasih ALLAH kerana hadiah rezeki anak2 yg baik utk ku..sudah memadai…rezeki RAMADHAN,” luah Rita.

“Tak Boleh Tahan Air Mata, Bangga Dengan Sis” Warganet

Menerusi ruangan komen warganet meluahkan rasa bangga mereka terhadap Rita dalam membesarkan dua orang anaknya.

Baca Disini : Biar Gagal Jadi Isteri Tapi Bukan Ibu, Rita Rudaini Akui Anak Semakin Matang & Tahu Jaga Hatinya

Sumber / Sumber Foto : Instagram Rita Rudaini

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Pengorbanan Ibu Yang Paling Diingati

Published by
Norhayati Suboh