Memang ada benarnya, setuju sangat raya tahun 2022 antara paling ‘best’ dan nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa!
Pantas masa berlalu, seminggu telah Syawal berlalu. Setelah 2 tahun, tidak balik beraya di kampung halaman tahun ini, Syawal diraikan kembali dengan penuh kesyukuran. Namun dalam kegembiraan, satu negara terkejut dan kalut dengan persediaan raya, apabila 1 Syawal diumumkan awal sehari daripada jangkaan.
Serious, raya tahun 2022 antara yang paling best. Nikmat dari Allah yang dah lama kita tak rasa.
Bila raya diisytiharkan, pakat terkejut semua. Satu Malaya huru hara.
Banyak sungguh elemen surprise. Bermula dari malam pengumuman raya.
Orang kata raya awai tak kalut, tapi kali ni semua pakat kalut.
Ada yang terlajak terawih 6 rakaat.
Ada yang kait daun pisang tengah malam buta.
Ada yang malam tu juga mesin rumput depan laman.
Ada yang pagi raya jamah mee segera.
Kami pula, duk pakat habiskan stok mercun (Maaf ya jiran tetangga)
Plan nak bakar lemang pagi Isnin, tapi lepas pengumuman terus hidup api, cari buluh, cari santan.
Duit kat ATM licin.
Kesesakan lalu lintas dari raya pertama sampai raya kelima.
Stesen minyak di kawasan-kawasan pantai timur kehabisan minyak hingga banyak kereta tersadai.
Kali ni jangan harap nak ikut kalendar 100%. Kena juga berkumpul tunggu pengumuman depan TV.
Raya tahun 2022 memang patut dibukukan. Memang betul-betul meninggalkan kesan.
Satu hari nanti, kita boleh cerita kat anak cucu, bagaimana satu Malaya huru-hara di malam raya.
Apapun, antara sedar atau tidak, Allah himpunkan kita dengan nikmat dalam rahmat dan kasih sayangNya setelah dua tahun tidak dapat beraya.
Dalam suasana kelam kabut begini, Allah satukan kita semua.
Memori indah tercipta tanpa diduga.
Terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan.
Al-Fatihah pada yang telah pergi dahulu,
Yuhanis Azam
8.5.2022
Raya Tahun 2022
Baca Lagi Di Sini: Ada Mak-mak Masih Dalam Kejutan, Kelam Kabut Dengar Pengumuman Esok Raya
Mesti Baca: ‘Orang Tua Bersusah Payah Masak, Anak Menantu Tidur Membungkang.’ Hari Raya Jangan Hambakan Mak
Mingguan Wanita: Sungguh! Raya tahun 2022 meninggalkan kenangan manis dan memori yang cukup bermakna. Meskipun agak huru-hara dalam menyediakan pelbagai persediaan raya, namun segalanya dapat dilalui dengan bahagia.
Sumber: Yuhanis Azam
Cara buat ketupat nasi, mudah!
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Macam ni caranya tanda-tanda suami sayang isteri.