
Isi Kandungan
ToggleBila Syawal makin hampir, rasa teruja tu memang tak boleh disorok. Hati mula terbayang-bayang nak susun semula perabot, tukar langsir, atau tambah sentuhan baru supaya rumah nampak lebih segar dan selesa untuk sambut tetamu. Tapi… dalam kita sibuk fikir hiasan rumah, bajet raya dan keperluan keluarga pun tetap kena jaga, kan?
Jangan risau, ibu-ibu! Tahun ini ada berita gembira dari Astro Rewards khas buat anda sekeluarga. Menerusi kempen Dekorasi Raya Borak Seeni, anda berpeluang memenangi hadiah dekorasi rumah bernilai RM57,000 daripada Fella Design — tanpa perlu keluarkan duit poket sendiri pun!
Rumah Kemas, Raya Pun Bertambah Meriah
Bayangkan bila tetamu datang, mereka terus rasa selesa masuk ke ruang tamu yang cantik dan kemas. Sofa baru yang empuk, wing chair yang elegan, bangku storan yang bukan saja cantik tapi juga praktikal — semua ni bukan lagi mimpi!
Dan siapa tahu, mungkin anda adalah pemenang bertuah yang dapat semua ni sempena raya tahun ni?

Cara Nak Sertai? Mudah Sangat, Tak Sampai 5 Minit Pun!
Tak perlu belanja besar atau beli barang mahal. Hanya ikut langkah mudah ini:
Muat turun aplikasi My Astro App (MAA)
Klik pada banner “Dekorasi Raya Borak Seeni”
Tekan butang ‘Redeem’ dan isi maklumat peribadi anda
Siap! Anda dah pun masuk dalam senarai peserta. Pemenang akan diumumkan dalam aplikasi dan dihubungi terus oleh pihak Astro. Senang, kan?
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kereta Safiq Rahim pula dirosakkan, diketuk dengan tukul besi

Selepas digemparkan dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan berhadapan detik cemas apabila diserang individu tidak dikenali, malam tadi.
Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.
“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.
“Dua lelaki terbabit kemudian yang berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan cermin bahagian belakang kereta pemain bola sepak kebangsaan terbabit pecah.
Safiq kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi.
Polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Sementara itu, Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden pecah cermin kereta Honda City milik pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pemain tengah JDT, Safiq Rahim, 36.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 10.05 malam, 7 Mei (semalam) di kawasan sekitar Johor Bahru.
Guna Tukul Besi
“Mangsa merupakan pemain bola sepak kelab JDT berusia 36 tahun menyatakan cermin kereta yang dipandu dipecahkan dua inividu tidak dikenal dengan menggunakan alat dipercayai tukul besi.
“Suspek turut menunjukkan tukul ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kerosakkan kereta pecah cermin besar di bahagian belakang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Prosthesis Project: Bukti Komitmen Hard Rock Desaru Coast Dalam Sokongan Kanser Payudara

Isi Kandungan
ToggleSepanjang bulan Oktober lalu, Hard Rock Hotels, Cafes, dan Casinos di seluruh dunia ‘berubah warna merah jambu’ dengan mengambil bahagian dalam usaha mengumpul dana untuk menyokong Hard Rock Heals Foundation®, cabang kebajikan Hard Rock, di mana hasil kutipan akan disalurkan kepada American Cancer Society dan badan amal tempatan.
Hard Rock Hotel Desaru Coast terus memperkukuhkan dedikasi mereka terhadap bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mempromosikan pengesanan awal dan pencegahan dalam komuniti Johor.
Projek istimewa yang telah berlangsung selama lima tahun itu telah menunjukkan komitmen Hard Rock Hotel Desaru Coast mengumpul dana untuk ‘Prosthesis Project’ bersama Breast Cancer Support Group (BCSG) Johor Bahru, yang telah menyumbangkan prostesis yang mengubah kehidupan kepada 100 orang penyintas kanser payudara.

Gitar Tanda Tangan Sheila Majid
Salah seorang artis paling ikonik Malaysia, Sheila Majid, menunjukkan sokongan beliau untuk bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan menandatangani gitar eksklusif untuk Hard Rock Hotel Desaru Coast.
Gitar ini akan menjadi tumpuan utama kempen PINKTOBER, mengingatkan kita tentang bagaimana muzik dapat menyatukan komuniti dan menginspirasi tindakan untuk tujuan yang bermakna. Anda boleh melihat gitar ini di acara PINKTOBER Tribute Night Event.
Tetamu hotel juga berpeluang menyokong bulan PINKTOBER dengan pelbagai cara di Hard Rock Hotel Desaru Coast. Sama ada anda menikmati menu istimewa PINKTOBER di Sessions, mendapatkan barangan eksklusif PINKTOBER di Rock Shop, atau sekadar menikmati suasana, anda turut menyumbang kepada pergerakan global untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara.
Kebun Komuniti
Pada tahun ini, kerjasama Hard Rock Hotel dengan BCSG menjadi lebih bermakna dengan menghasilkan resipi berkhasiat daripada kebun komuniti yang diusahakan oleh Chef Eksekutif Halim Chek Lah bersama sekumpulan penyintas kanser payudara.
Inisiatif ini bukan sahaja menekankan kepentingan pemakanan sihat untuk pencegahan kanser, malah memperkasakan penyintas dengan berkongsi perjalanan mereka melalui sajian yang menyihatkan. Buku resipi ini dijual pada harga RM40 dan semua hasil jualan akan didermakan kepada BCSG.
‘Prosthesis Project’ adalah inisiatif yang kami sertai sejak lima tahun lalu bersama BCSG. Projek ini bertujuan menyediakan prostesis yang berkualiti kepada mereka yang telah menjalani pembedahan mastektomi. Melalui hasil kutipan dana, kami telah membantu menyediakan prostesis kepada lebih 100 wanita, menjadikan hidup mereka lebih selesa dan yakin,”ujar Chef Halim.

Sebagai seorang chef, saya percaya makanan bukan sahaja mengenyangkan perut tetapi juga dapat menyatukan komuniti. Melalui projek ini, saya dapat menggunakan kemahiran saya untuk mencipta resipi yang menyokong gaya hidup sihat, khususnya bagi mereka yang sedang pulih daripada kanser payudara,”ujarnya lagi
Saya berharap projek ini akan terus memberi manfaat kepada lebih ramai pejuang kanser di luar sana. Kami juga bercadang untuk memperluaskan inisiatif ini dengan melibatkan lebih banyak komuniti dan terus memberi inspirasi kepada mereka melalui program kesedaran dan aktiviti kulinari.
Sokongan anda, sama ada melalui pembelian buku resipi atau menghadiri acara kami, sangat bermakna. Ia bukan sahaja membantu dari segi kewangan, tetapi juga memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang. Setiap langkah kecil membawa impak yang besar.
Chef Halim mengakhiri perbualan dengan harapan bahawa usaha kecil ini dapat mencetuskan gelombang perubahan positif dalam kehidupan ramai individu. Projek ‘Prosthesis Project’ adalah bukti nyata bagaimana gabungan kreativiti, komitmen, dan kasih sayang dapat memberikan harapan kepada mereka yang memerlukan.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cikgu Neermala Banggakan Nama Malaysia, Rangkul Guru Terbaik 2024 Anugerah Pendidikan Asia Di Bangkok

Isi Kandungan
ToggleCikgu Neermala banggakan nama Malaysia, menang guru terbaik 2024 anugerah pendidikan Asia di Bangkok. 19 tahun mencurah bakti dalam bidang pendidikan, guru prasekolah Malaysia, Neermala Doraisamy mencipta nama dan membanggakan negara apabila menerima penghormatan di Anugerah Pendidikan Asia 2024 yang berprestij.
Pendidik berusia 43 tahun dari SJKT Lurah Bilut,Pahang ini menerima anugerah Guru Terbaik 2024 bagi kategori Pendidikan Prasekolah daripada Asia Education Conclave (AEC), sebagai pengiktirafan terhadap minatnya dalam mengajar dan komitmennya dalam mendidik kanak-kanak kecil.
Cikgu Neermala Banggakan Nama Malaysia
Dalam temubual Mingguan Wanita bersama guru berdidikasi ini, Cikgu Neermala meluahkan rasa syukur atas penerimaan anugerah yang diadakan di Bangkok pada Sabtu (9 Nov 2024) lalu. Ini kerana dari 5000 penyertaan diterima dari 11 negara Asean, 123 orang guru dipilih ke peringkat akhir sebelum dirinya dinobatkan sebagai Guru Terbaik 2024 di anugerah berprestij ini.


Menang Guru Terbaik 2024 Anugerah Pendidikan Asia Di Bangkok
“Saya benar-benar berbesar hati menerima Anugerah Guru Terbaik – Prasekolah daripada Asia Education Conclave. Platform ini menyatukan para pendidik dari seluruh dunia dan menonjolkan peranan penting kami sebagai pendidik dalam membentuk masa depan.
“Saya sangat bersyukur kepada Tuhan atas rahmat, petunjuk dan peluang yang membawa saya ke saat ini. Pengiktirafan ini memberikan saya rasa syukur dan rendah diri yang mendalam dan saya berasa gembira untuk berdiri di kalangan pendidik dan pemimpin yang berdedikasi dalam bidang ini,” katanya yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Memaklumkan tidak mudah mengajar murid pra sekolah, khususnya mereka di usia empat hingga enam tahun namun berkat kesabaran serta teknik pembelajaran yang betul, dirinya mencurah bakti mengajar kanak-kanak prasekolah sejak 14 tahun lalu.
“Dahulu selepas habis belajar, pilihan matapelajaran mengajar saya ialah Sains dan Bahasa Tamil termasuk Bahasa Inggeris. Sampailah saya sambung pengajian di peringkat ijazah dan selepas itu terus mengajar murid prasekolah hingga kini,” katanya yang pernah dua kali memenangi anugerah Guru Inovasi Prasekolah Negeri Pahang iaitu pada tahun 2020 dan 2021.
“Saya mengajar berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan anugerah ini merupakan bukti kepada usaha kolektif semua pihak yang bekerja keras untuk meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak.
“Saya berhasrat untuk terus memberikan impak positif dalam pendidikan awal kanak-kanak. Perhubungan yang baik di antara ibu bapa murid dengan saya di Prasekolah juga membantu dan memudahkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran saya di kelas dan ini juga salah satu faktor menyumbang kejayaan saya dalam bidang Prasekolah ini.
Neermala turut menyampaikan ucapan terima kasih yang tulus kepada suami En.Youva Raj, ahli keluarga, PPD Daerah Bentong, JPN Pahang, KPM,Guru Besar SJKT Lurah Bilut dan rakan-rakan sekerja atas sokongan dan dorongan mereka yang tidak pernah pudar.
AEC berfungsi sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian guru dan pendidik cemerlang atas sumbangan mereka dalam memajukan pendidikan di Asia dan luar negara.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Murid 7 Tahun Hadiahkan Barang Kemas Buat Guru “Yang Mampu Biarlah. Terima kasih Berkongsi Rezeki Bersama Cikgu-Cikgu Hafiy”
Pengorbanan Guru Bantu Murid Cina Susah, Tak Pandai, Satu Famili Panggil ‘Cikgu Mak’
Beli Starlink Untuk Kegunaan Sendiri, Cikgu Mengajar Di Pedalaman Sarawak Kongsi Keterujaan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI