Raya Haji Mak Ayah Lebih Bererti Bila Ada Semua Ini

Share

Tahun ini sambutan Raya Haji sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Sebab rakyat Malaysia masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Tapi yang seronoknya, dah banyak kelonggaran yang kerajaan berikan, asalkan masih patuh SOP yang ditetapkan.

Jika sebelumnya, rakyat Malaysia tak boleh balik kampung waktu sambutan Aidilfitri yang lalu, tentunya kali ini ramai yang dah rancang nak balik kampung kan. Sambut Raya Haji sama-sama dengan keluarga yang dirindui.

Sebenarnya banyak cara yang mak ayah boleh buat nak bagi meriahkan lagi sambutan Raya Haji atau Aidiladha tahun ini. Cuba semak, jangan sampai terlepas pandang pula ya.

Sama Macam Raya Aidilfitri, Raya Haji Kali Ini Kenalah Ada Baju Baru

Kalau hari raya Aidilfitri yang lalu, tak boleh pergi pasaraya belikan baju baru untuk anak-anak dan isteri. Raya Haji kali inilah kita usahakan beli semua itu. Sekarang ini pun dekat pasaraya seperti TESCO ada jual baju raya lawa-lawa untuk mak ayah pilih dan hadiahkan pada anak-anak.

Tentunya kali ini lebih menarik, sebab tawaran harganya siap ada diskaun lagi. Bolehlah rancang dari sekarang, kalau nak konsep raya sedondon. Bolehlah pakai baju raya waktu ke masjid untuk solat sunat Aidiladha tu nanti.

Tak Lengkap Tanpa Aksesori Diri

Bila dah bercantik-cantik dengan baju baru itu, rasa tak lengkap jika tak hadiahkan anak-anak kasut atau sandal baru. Anak-anak kita ini bukan nak yang harga mahal pun, asalkan kasut itu comel dan menarik di pandangan matanya, itu dah buatkan hatinya gembira.

Selain kasut, tali pinggang atau tudung pun boleh buat anak-anak rasa bahagia sama. Mak ayah yang tak berkira nak hadiahkan barang untuk anak-anak makin bertambah tau rezekinya.

Juadah Istimewa Berasaskan Daging Sudah Semestinya

Waktu Raya Haji inilah banyaknya daging korban yang dapat diperoleh. Jadi, bolehlah rancang rendang istimewa untuk seisi keluarga nanti. Kalau ada mak ayah yang balik kampung itu, kenalah siap-siap beli barang dapur yang lain; beras untuk buat ketupat.

Taklah nanti panik bila nak memasak, barang masaknya tak ada. Sebenarnya tak perlu pun nak panik, sebab di TESCO mak ayah boleh buat belian barang dapur secara online. Kalau nak cepat, boleh saja order online apa-apa bahan mentah yang diperlukan itu.

Hari Raya Haji ini, harga bahan mentah pun ada tawaran menarik yang TESCO berikan. Rajin-rajin belek SINI untuk semak keperluan dapur mak-mak.

Jangan Lupa Cantikkan Rumah Sama

Sebenarnya rumah kemas, bersih itulah sumber bahagia mak-mak. Rasa seronok tak terkata. Jadi, bila nak tiba Hari Raya Haji ini, perasaan nak mencantik-cantikkan rumah sama naik macam nak sambut Hari Raya Aidilfitri.

Kalau boleh nak beli keperluan rumah yang tak sempat beli waktu PKP tempoh hari. Bila dapat belek-belek barang dekorasi rumah depan mata, orang kata nikmatnya lebih berganda. Jadi, mak-mak cuti hujung minggu bolehlah ke pasaraya TESCO untuk layan emosi bahagia tu.

Ada banyak barang perhiasan rumah yang comel-comel dan menarik pandangan mata. Masa inilah nak beli balang kuih raya, balang air kaca ala kristal tu malah tudung saji cantik untuk keperluan rumah.

Mak-mak lagi seronok, bila waktu membeli itu suami tolong bayarkan. Hadiah berpenat-penat urus rumah tangga kata orang. Tentu bahagia isteri meleret-leret sampai tiba Hari Raya Haji nanti.

Demi Kesejahteraan Bersama, Mak Ayah Sila Patuhi SOP

Dalam pada meriah meraikan sambutan Hari Raya Haji, mak ayah jangan lupa untuk patuh SOP yang ditetapkan kerajaan ya. Jadi, lengkapkanlah dalam rumah itu dengan sanitizer dan ingatkan ahli keluarga agar kerap basuh tangan.

Paling penting, bila nak keluar rumah, ingatkan ahli keluarga sama untuk pakai topeng muka. Sekarang ini, topeng muka atau sanitizer pun dah mudah nak diperoleh di pasaraya. Kenalah saling ingat mengingat, agar prinsip kita jaga kita terus jadi pegangan.

Tentunya TESCO ada segalanya yang mak ayah perlukan untuk menjadikan Hari Raya Haji mak ayah lebih bermakna.

Published by
Team MW