Umum sedia maklum, rawatan estetik semakin mendapat tempat di kalangan wanita yang ingin mengekalkan ‘rahsia awet muda’, tampil anggun dan jelita. Tidak dinafikan, teknologi rawatan estetik memperlihatkan perkembangan teknologi yang semakin canggih dari semasa ke semasa selaras dengan permintaan dan perkembangan dunia kecantikan estetik di seluruh dunia.
Atas inisiatif tersebut, Klinic Nara, salah satu peneraju dalam industri estetik dan kecantikan baru-baru ini telah meraikan ulang tahun ke-14 penubuhannya dengan menganjurkan majlis rumah terbuka yang meriah bertempat di Bangsar Shopping Centre.
Menurut Dr. Nadzri Abdul Mokhtar, acara ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang telah menyokong pertumbuhan dan kejayaan Klinik Nara sepanjang penubuhannya. Sejak dari tahun 2010, Klinik Nara berpegang teguh pada falsafah bahawa ‘kecantikan bermula dari dalam’.
Melalui komitmen tersebut, Klinik Nara telah berjaya menyediakan pelbagai penyelesaian estetik revolusioner yang bertujuan untuk meningkatkan penampilan dan keyakinan diri setiap individu.
Ads
Baru-baru ini, Klinik Nara memperkenalkan beberapa inovasi terkini dari BTL Aesthetic Malaysia termasuk EMFACE, EXION, EMSELLA, dan EMSCULPT NEO.
Inovasi ini merupakan kemuncak kemajuan teknologi, yang tidak hanya memberikan hasil yang memukau tetapi juga didukung oleh tahun-tahun penyelidikan dan pembangunan.
Ads
Dr. Nadzri Abdul Mokhtar yang juga merupakan pakar perubatan anti-penuaan terkemuka turut memperkatakan mengenai perjalanan klinik yang mengagumkan.
“Saya amat bersyukur dan menghargai dukungan pelanggan kami sepanjang 14 tahun ini. Kami selalu berusaha untuk menyediakan rawatan terbaik yang sesuai dengan keperluan individu,” jelas Dr. Nadzri.
Dr. Nadzri Abdul Mokhtar
Pengalaman Lebih 20 Tahun
Berbekalkan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang kecantikan, Dr. Nadzri berkata dia memulakan karier di Nara Medispa pada tahun 2006, sebelum membangunkan Klinik Nara di Bangsar.
Ads
Fokus utama klinik adalah pada rawatan anti-penuaan dan integratif, menawarkan pendekatan holistik terhadap kecantikan yang mengintegrasikan penggunaan bahan-bahan semulajadi dan memperhatikan faktor-faktor seperti hormon, toksin, dan virus.
Di samping itu, Dr. Nadzri turut menekankan tentang keberhasilan teknologi baru mereka, Personalised Oxygenation Delivery System (PODS), yang kini membolehkan oksigen diserap secara semulajadi melalui kulit.
Teknologi ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara, dan sudah terkenal di Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.
Acara rumah terbuka tersebut turut dihadiri oleh beberapa VVIP termasuk bekas Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, dan Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, menandakan pengakuan dan sokongan terhadap pencapaian Klinik Nara.
Untuk lebih lanjut tentang Klinik Nara dan rangkaian rawatan yang mereka tawarkan, silakan kunjungi laman web mereka di www.clinicnara.com atau hubungi mereka di +603 2282 9299.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bibir terbesar, mungkin dengan memiliki bibir tebal, ia kelihatan seksi dan cantik. Begitulah pendapat orang berbeza-beza. Masing-masing ada pendirian dan keinginan tersendiri.
Begitu juga bagi seorang gadis yang berusia 23 tahun ini. Memiliki bibir tebal dan diiktiraf sebagai bibir terbesar di dunia masih belum cukup besar buat dirinya. Malah, dia berusaha unuk besarkan lagi, walaupun turut mendapat amaran daripada doktor.
Inilah yang berlaku pada seorang wanita yang mempunyai tabiat pelik apabila ketagih untuk membesarkan bibir mulutnya sehingga sanggup disuntik 25 kali setakat ini. Wanita yang dikenali sebagai Andrea Ivanova yang berasal dari Sofia, Bulgaria dinobatkan sebagai pemilik bibir terbersar di dunia.
Berusia 23 tahun, Andrea Ivanova mengaku sangat menyukai bibir barunya yang tebal. Andrea Ivanova percaya bahawa dirinya kelihatan lebih cantik dengan bibir lebih besar dan dia telah melawat banyak klinik dalam cubaan untuk mendapatkan bibir sempurna.
Andrea juga percaya dirinya merupakan pemilik bibir terbesar di dunia pada masa sekarang sangat berbangga dengan bibirnya. Namun, setakat ini dia masih belum berpuas hati dan belum mahu berhenti untuk membesarkan lagi bibinya.
Hentikan! Amaran Doktor
Doktor telah menasihatkannya agar mengambil berat akan bibirnya dan jangan ambil mudah jika merasa sebarang kesakitan dan ketidak selesaan di bibirnya. Ini kerana, ia boleh mendatangkan bahaya kepadanya jika masih mahu mengambil suntikan di bibir lagi pada masa akan datang.
.
Doktor juga pernah menasihatkan agar berhenti atas faktor keselamatan dan kesihatannya. Tetapi tidak diendahnya dan mahu membesarkan lagi bibirnya walaupun mengetahui akan risiko yang mungkin dihadapi.
“Doktor memberi amaran jika bibir saya sakit atau ada masalah, segera mamanggil dia kerana mungkin ada risiko dehidrasi.”
.
Selain itu, doctor juga menyarankan Andrea agar sentiasa menggunakan pelembab bibir.
Adrea Ivanova juga sangat meminati dan obsess dengan Barbie dan ini membuktikan dengan banyak foto yang dimuanaik di media sosial yang bergaya menyerupai Barbie.
Gambar Andrea sebelum ini. .
Sebelum dan selepas
Mingguan Wanita: Seram pula tengok bibir besar sangat. Apalah yang cantik sangat tu. Huhuhu.
Nak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi…
Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.
Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.
Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.
Cara-cara semudah petik jari
1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.
2) Perisi isi ikan yang siap direbus.
3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas
4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.
5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa
6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.
7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.
8) Tambah air dalam 2 liter.
9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.
10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.
12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.
TIP:
Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syatilla Melvin sematkan dalam jiwa mahu usaha khatam al-Quran dalam tempoh sebulan. Begitulah perkongsian di akaun laman Instagram isteri kepada Shaheizy Sam yang juga pemilik nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin.
Syatilla juga mohon doakan agar dipermudahkan hajatnya itu.
Syatilla Melvin Usaha Khatam al-Quran, Baca 4 Muka Surat Sehari
Usaha murni Syatilla itu sememangnya perlu disokong dan pelakon ini juga berharap naskhah al-Quran yang sebelum ini menjadi hiasan atas almari akan dibuka setiap hari.
“ASAL CONTENT BACA AL QURAN KONON-KONON BAIK, KONON-KONON ALIM.
“Ya allah jahatnya aku pernah terdetik dalam hati setiap kali nampak orangg post content mengaji. Tolong lah jangan jadi manusia macam ni tolong ambil dari sudut yang baik!,” tulis Syatilla.
Zaman Sekolah 4 kali Khatam al-Quran
Ibu kepada dua cahaya mata ini akui sewaktu zaman sekolah dia sudah khatam al-Quran sebanyak empat kali.
“Malam ni tilla sendiri rasa terinspirasi dengan posting-posting yang mengundang rasa negative tadi!
“Content yang aku rasa negative tu berjaya buat aku sentuh al-quran yang selama ni jadi hiasan atas almari.
“Dulu masa zaman sekolah, dah tiga, empat kali berjaya khatam al-Quran. Semi Allah.
“Makin besar, makin kenal duit, makin banyak duit, al-Quran dah jadi jauh sangat dah. Baca pun merangkak-rangkak macam baru nak kenal huruf.
“Dan yg paling best, bila terdetik perasaan di atas automatically, scroll-scroll ig tiba-tiba nampak ceramah ustaz-ustazah cerita pasal seksa kubur, pasal macam mana al-Quran tolong kita bila mati, macam mana al-Quran jadikan kita manusia lebih sempurna.
“Sumpah tak tipu, hari-hari Tilla akan nampak ja ceramah-ceramah pasal hebatnya amalan baca alQuran kat ig. Lagi tak mula buka baca, lagi banyak ternampak. Dah terang-terang memang Allah nak tolong, dah bagi petunjuk dah pun takkan masih nak buat tak tahu?
“Insyaallah kita cuba khatam dalam masa sebulan ni,1 hari dpt baca 4 muka surat pun dah besar rahmat dah! Doakan,” tulisnya.
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...