Rawatan Ayurveda, Akshay Kumar Dedah Minum AIR KENCING Lembu Setiap Hari!

Share

Pandemik Covid-19 mencetuskan kebimbangan ramai, bahkan vaksin bagi penyakit ini masih belum berjaya dihasilkan sehingga hari ini. Oleh yang demikian, ramai yang mencuba pelbagai cara dan ‘supplemen’ tambahan yang dipercayai mampu memberi ‘khasiat’ untuk kesihatan mahupun mencegah penyakit ini daripada dijangkiti. Sehinggakan ada yang sanggup minum dari najis dan bahan buangan haiwan.

Minum Air Kencing Lembu Setiap Hari

Bintang Bollywood, Akshay Kumar, mendedahkan beliau minum air kencing lembu setiap hari kerana seperti mana sebahagian besar penduduk India, percaya ia mempunyai khasiat perubatan termasuk bagi melawan COVID-19.

Pelakon berusia 53 tahun itu berkata demikian dalam promosi program televisyen Britain bersama pengembara lasak terkenal, Bear Grylls, di mana mereka meminum teh diperbuat daripada najis gajah di sebuah pusat perlindungan harimau.

“Saya amat teruja untuk bimbangkan perkara ini (minum teh najis gajah), malah saya minum air kencing lembu setiap hari sebagai rawatan Ayurveda.

“Jadi, ini (minum teh najis gajah) tidak begitu teruk,” katanya dalam satu perbualan media secara langsung menerusi laman sosial semalam.

Penyokong Parti Barathiya Janata (BJP)

Kumar adalah penyokong tegar Parti Barathiya Janata (BJP) pimpinan Narendra Modi, yang memperuntukkan jutaan dolar bagi penyelidikan produk
menggunakan bahan buangan haiwan itu untuk merawat penyakit seperti diabetes dan barah.

Walaupun tiada bukti saintifik mengenai manfaat perubatannya, beberapa ahli politik BJP kerap mempromosi penggunaan najis dan air kencing lembu
bagi merawat COVID-19.

Perubatan Tradisi Ayurveda

Penduduk India berketurunan Hindu percaya bahawa lembu adalah haiwan suci dan air kencingnya mempunyai khasiat perubatan serta turut digunakan dalam
perubatan tradisi ayurveda.

Malah, kerajaan Modi turut menubuhkan Kementerian Ayurveda dan Yoga, dengan Modi sendiri pada Jun lalu mengesyorkan yoga boleh bantu mewujudkan
‘perisai perlindungan’ terhadap COVID-19.

Covid-19 setakat ini menjangkiti 4,568,770 orang termasuk mengorbankan 76,348 mangsa di India. – AFP

Baca Lagi Di Sini: Trend Minum Air Kencing Sendiri, Pengamal Percaya Untuk Awet Muda & Turunkan Berat Badan!

MW: Sungguhpun dikatakan ‘berkhasiat’ macam mana pun, tak sanggup lah semata-mata minum air kencing binatang untuk cegah COVID-19.

Sumber: Bharian

Published by
Suhaidah Abd Wahab