Hilangkan jerawat halus, inilah masalah kulit yang kita alami tanpa sedar. Memang tak nampak tapi bila rasa dengan tangan rasa berbiji-biji je kulit muka. Ini belum lagi masalah jeragat dan pori terbuka.
Mungkin dengan rawatan di pusat kecantikan boleh membantu. Tapi takutnya, tak sesuai boleh buat kulit muka kita bertambah terus. Daripada nak hilangkan jerawat halus, timbul pula jerawat batu. Jenuh nanti.
Sebenarnya, nak hilangkan jerawat halus, jeragat atau masalah kulit lain, boleh guna petua tradisi yang memang diakui menjadi dan tidak mengecewakan. Cuma kena ada sedikit usaha dan kerajinan.
Kali ini Afy AL Habibi berkongsi petua tradisional untuk menutup pori, hilangkan jerawat halus dan jeragat. Hanya gunakan tomato dan ‘roller’ saja di muka. Nak dapat hasilnya kenalah buat rutin setiap pagi ye!
Cikgu mula perasan kedutan garis halus kat tepi birai mata dah timbul. Salah satu punca asyik menghadap telefon lama sangat ni. Ini belum lagi masalah pori terbuka dan jerawat yang timbul sebabnya suka tukar-tukar produk.
Jadi, datang semangat nak merawat kulit semula guna cara tradisional. Senang buat jadi ‘roller’. Kalau bekukan seketul-ketul, cikgu malas nak balut dalam kain tuala. Amal rutin ini setiap pagi. Banyak manfaatnya dengan menjadikan bahan semulajadi dan ais sebagai perawatan wajah.
Senang cerita, boleh mengembalikan kulit menjadi sihat dan awet muda semula. Kuncinya kena rajin. Sekadar buat sekali dua memang payah nak berkesan. Jangan tinggal walau satu hari.
Caranya:
1. Buat dengan separuh biji tomato. Basuh bersih-bersih dulu. Campur sedikit air. Buat syarat pengisar boleh berputar.
Ads
.
2. Selepas itu, isikan dalam bekas roller ni.
.
3. Dah siap beku semalaman.
.
Cara Nak Gunakan:
Lebih bagus kalau kita buat sebaik buka mata. Basuh kulit wajah bersih-bersih dulu.
Ads
.
Kemudian tonyohlah perlahan-lahan ais roller tomato ni ke seluruh wajah. Gerakan dari bawah ke atas lagi baik.
.
Buat lama-lama sikit. Relaks je duduk atas kerusi hayati rasa sejuk dan tegang kulit muka mula terasa.
.
Haa lepas tu biarkan sampai ia mengering sendiri.
Selitkan juga hirisan tomato yang tidak dikisar untuk dicampur dalam roller ini.
Ads
.
Lepas mengering, basuh muka semula. Tak payah guna sabun @ pencuci ya. Bilas dengan air paip sahaja. Terus rasa segar dan kulit anjal.
Secara tak langsung manfaat rawatan ais tomato yang kita bekukan memang boleh buat kulit jadi tegang cantik. Jangan lupa lakukan setiap pagi.
Mingguan Wanita : Sebenarnya, banyak bahan kat dapur yang kita boleh guna untuk rawatan kecantikan.
Bagi peminat laksa, rebus laksa kering memang memakan masa yang agak lama barulah ia betul-betul masak dan lembut. Rupanya ada cara mudah dah cepat untuk rebus laksa kering ni, malah jimat masa dan jimat gas tak perlu rebus lama-lama.
Boleh ikut tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Saad ini sebagai rujukan;
Dulu saya kalau nak buat laksa, malas bab nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tokeh laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pi cari ikan.
Ini caranya:
1. Rendam laksa kering tu semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam tu, rebus hingga mendidih dalam 10 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan dalam air panas tu 1 jam.
4. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh ye.
5. Biarkan dalam penapis macam tu ja, dah boleh makan.
Jangan tak tahu, rupanya kulit limau yang kita buang begitu saja selama ini pun ada fungsinya. Pada kita, ia nampak biasa tapi berguna untuk tanaman kita.
Bagi mak-mak yang suka bercucuk tanam, pasti tidak akan terlepas dengan serangan serangga pada pokok tanaman kesayangan. Tak tahu cara nak tangani, pokok pun boleh mati. Sedihnya, tak dapat nak makan hasil dari tanaman tersebut.
Kalau dah cuba pelbagai cara, apa kata cuba cara ini pula. Katanya, kulit limau boleh dijadikan pati untuk semburan pada pokok yang menjadi serangan serangga. Malah, ia juga boleh dijadikan nutrien pada pokok tanaman itu sendiri.
Jadi, lepas ini, kalau makan limau, jangan dibuang kulit limau. Ada fungsinya. Paling penting ia 100% organik. Inilah antara cara perkongsian daripada Kebun Pertanian.
Inilah racun organik yang 100% berkesan. Boleh cuba.
Kulit limau yang masam, jangan dibuang. Guna limau dari jenis yang kecil dan masam tu. Kumpul dan letak dalam botol.
Masukkan sedikit air, pastikan air masak sebab bila guna air klorin, ia kurang berkesan. Peram lama-lama dan bila sudah keluar pati, masukkan sedikit ke dalam bekas dan campurkan dengan air.
Nisbahnya 1 tudung botol pati bersamaan dengan 1000ml air. Spraykan pada pokok-pokok. Bena, kulat, karat daun, serangan perosak dan sebagainya boleh hilang.
Semuanya 100% organik dan bagus bagi nutrient pada pokok.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ni guna pati lain tak menjadi, boleh cuba guna kulit limau pula.
Bila ada anak perempuan, antara kesukaannya adalah main masak-masak. Seronok bila dapat tunaikan impian anak ada ‘dapur mainan’ sendiri. Namun yang sedia ada di kedai memang boleh tahan harganya. Hampir beratus jugaklah kalau nak dibelikan untuk anak.Memang tak cukup bajet dan rasa tak berbaloi.
Sebenarnya mak ayah boleh gembirakan hati anak, buat sendiri je ‘dapur mainan’ ni. Guna kotak je malah bajet jimat tak sampai RM60 pun. Malah periuk, kuali dan segala ‘perkakasan’ dapur pun boleh beli di kedai eco je. Memang puas hati hasilnya. Yang penting kena kreatif dalam menghias dan mencantikkan ‘dapur’ tersebut.
“Barang murah pon boleh jadi terapi mata.Husband Diy dapur mainan anak..siap juga akhirnya.Barang-barang semua beli kat kedai Eco Rm2.10, memang berbaloi-baloi.Barang mainan anak yang lain yang dah lama tak guna kami recycle semula.Jimat sikit”
“Sebenarnya saya selalu bawa anak perempuan saya jalan-jalan pergi ikea..kebetulan ada dapur mainan kat sana..dia selalu cakap nak macam tu tapi sebab bajet saya dan suami takda nak beli benda tu so ayah dia buatkan benda ni untuk dia” ujar Rini
“Bajet rasanya tak sampai RM 60.Barang semua kami beli kat kedai Eco Masai.”
“Kotak tu beli kat supermarket. Ada kotak yang dah tak guna mereka jual 50sen satu boleh pilih nak kotak yang mana kami beli 4 kotak je waktu tu.”
“Seronok buat benda ni. First day benda ni siap saya rasa saya lebih teruja dari anak saya.Ada yang kata kotak guna sekejap je tapi macam anak saya punya Alhamdulillah sampai sekarang ada lagi mainan ni,”ujar Rini
Bahan-Bahan yang digunakan:
4 keping kotak (saiz ikut kesesuaian design dapur yang ingin dihasilkan)
Hot Glue gun
Wallpaper
Doubletape
Gunting
*Barang mainan saya beli dekat kedai eco saja dan campur sekali dengan barang mainan anak saya yang lama dan sedia ada.
Cara Membuat:
1.Kotak pertama jadikan sebagai dapur.
2.Lekatkan wallpaper pada kotak.
3.Lubangkan bahagian atas kotak untuk dimasukkan masukkan singki.
4.Lubangkan juga kotak bahagian sisi untuk dijadikan oven.
5. Hias mengikut kreativiti sendiri seperti gamkan pemegang pintu, paip air, penyangkut tuala dan periuk, dan sebagainya.
Rak untuk susun mainan.So lepas main boleh masuk kat dalam ni je takdelah bersepah.Mengubah ciptaan untuk penjimatan. Bola bowling recyle jadi botol sos.Singki beli di kedai eco
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah yang nak gembirakan hati anak-anak boleh buat sendiri je ‘Dapur Mainan’ ini. Lebih jimat, berbaloi dan puas hati. Selamat Mencuba!