Akhir-akhir ini entah kenapa ramai sekali kita dengar berita tentang depresi, tekanan emosi atau bahasa mudahnya ‘jiwa kacau’. Ketika berada dalam ketidak tenangan hati itu, sampaikanlah pada diri agar bacalah dan fahamilah maksud 11 ayat yang terkandung dalam surah Ad Dhuha. Hebatnya 11 ayat yang terkandung dalam surah Ad Dhuha. Ia mampu merawat jiwa yang tertekan.
Hati Yang Sedang Sakit, Bacalah Surah Ad Dhuha
Ini satu surah yang merawat hati. Bacalah surah Ad Dhuha kerana inilah cara paling agung untuk seseorang merasai perasaan bahagia sampai ke dasar hati.
Kenapa? Kerana surah ini adalah satu surah yang paling hebat dalam Al Quran. Ia mendidik hati kita agar menjadi seorang yang positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.
Surah Ad Dhuha diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW tidak mendapat sebarang wahyu daripada Allah SWT dekat 6 bulan lamanya. Selama 6 bulan itulah, Nabi Muhammad SAW tidak menerima apa-apa wahyu daripada Allah.
Begitu juga Malaikat Jibril tidak datang bertemu baginda. Hal itu, membuatkan baginda tidak dapat melihat langkah seterusnya.
Ketika itulah Nabi Muhammad SAW merasakan yang Allah SWT telah meninggalkannya. Baginda fikir Allah SWT tak lagi mahu dirinya menjadi nabi. Semua perasaan sedih itu mula menyelubungi pemikiran baginda.
Lalu apa yang Allah bicarakan untuk melegakan hati kekasihnya itu? Firman Allah:
Sebab itu, prekära pertama yang perlu anda beritahu pada seseorang yang alami tekanan emosi atau depresi adalah ‘Bangun! Lihatlah matahari. Hidup ini tak selamanya hancur dan kelam”
Di luar sana ada matahari yang memancarkan cahayanya yang sangat indah.
Ayat 2 : Wal laili iza sajaa – Dan demi malam apabila telah sunyi
Seorang yang alami depresi atau tekanan emosi adalah mereka ini akan berjaga malam.
Mereka tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.
Ayat 3 : Ma wad da’aka rabbuka wa ma qalaa’ – Tuhanmu tidak meninggalkanmu (Muhammad) dan tidak (pula) membencimu
Allah tidak membenci Muhammad, apatah lagi melupakannya.
Samalah halnya dengan kamu, wahai jiwa-jiwa yang tertekan Allah tidak sesekali membencimu.
Dan Allah tidak sesekali melupakanmu.
Ayat 4 : Wa lal aakhiratu khairul laka minal-oola’ – Sesungguhnya kesudahan itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan
Apa yang bakal mendatangi mu adalah jauh lebih baik dengan apa yang sedang kamu alami sekarang.
Ayat 5 : Wa la sawfa y’uteeka rabbuka fatarda’ – Dan sesungguhnya, Tuhanmu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, sehingga engkau redha – berpuas hati
Katakan ini pada mereka yang depresi “Sedikit masa lagi wahai kaum Muslimin, Allah akan memberikan syurgaNya insya-Allah dan memberi bahagia buat kita.’
Ads
‘Sabarlah untuk sedikit masa lagi, Allah akan memberi kemenangan untuk semua kesukaran ini dan membuatkan kita merasa bahagia gembira.’
‘Inilah janji Allah dan akan tertunailah sabarlah untuk sedikit masa lagi.’
‘Sabarlah sahabatku, kita semua akan masuk ke syurga Allah, insya-Allah’
Bukankah ini kata-kata yang cukup indah yang perlu kita tuturkan pada seseorang yang tertekan jiwanya. Yang merasa sakit dalam hatinya.
Dan Allah memberi sebab untuk kita percayakan semua janjinya itu. Inilah firman Allah?
Ayat 6 : Alam ya jidka yateema Fa aawaa’ – Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu
Tanyakah dirimu, tidakkah pernah kamu berasa sakit-sakit?
Tidakkah kamu pernah menjadi anak kecil, yang mana Allah melindungi dan menjagamu ketika usia itu?
Ayat 7 : Wa wa jadaka daal lan fahada – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kebingungan, lalu dia memberikan petunjuk
Bukankah kita juga sentiasa dalam kebingungan sebelum kita menemui jalan keluar?
Saya tahu saya tidak solat
Saya tidak pernah kenal agama
Dan Allah melihat saya dalam kebingungan lalu membantu saya.
Ads
Samalah halnya dengan kamu, tidakkah kamu dalam kebingungan dan Allah membantumu.
Ayat 8 : Wa wa jadaka ‘aa-ilan fa aghnaa’ – Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan
Berapa ramai dari kalangan kita dalam peliharaan Tuhannya.
Allah memelihara keluarga kita ketika saat sukar mereka.
Dan dalam ayat seterusnya, Allah berikan kamu dengan lebih banyak lagi sebab. Kepada Rasulullah dan juga kita.
Mengingatkan kita berulang-ulang kali.
Kenapa kita harus meyakini setiap peringatanNya ini.
Janjinya itu benar. Jadi kepada anda yang alami tekanan. inilah cara terbaik untuk menasihati mereka. Beritahulah kisah-kisah terdahulu yang telah berlaku.
Dan berikan sebab untuk mereka meyakini yang janji Allah itu benar, sama seperti yang pernah Allah membenarinya pada masa terdahulu.
Kemudian Allah memberikan kamu penawat untuk merawat tekanan emosi itu. Apakah ubat yang Allah turunkan ini?
Ianya adalah mendidik hati agar mengingati kesukaran orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.
Ayat 9 : Fa am map yateema fall taqhar’ – Maka terhadap anak yatim, janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya
Ayat 10 : Wa am mas saa-ila fala tanhar’ – Dan orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdiknya
Yang pertama adalah anak yatim, yang kedua adalah pengemis.
Ads
Ingatlah bahawa anak-anak yatim ini mereka tiada siapa yang menjaga.
Sedangkan kamu mempunyai mak ayah untuk menjagamu. Kamu ada keluarga untuk menjagamu. Malah kamu punya satu tempat yang kamu panggil rumah.
Anak yatim tak punya siapa-siapa. Pengemis pula tak punya makanan, sebaliknya dia minta makanan daripada kamu. Mereka tidur dalam kelaparan setiap hari. Lihat kamu, Allah masih memberikan kamu makanan.
Berapa ramai dari kalangan kita yang pernah tidur dalam kelaparan? Subhanallah..
Jadi Allah beritahu kita yang penawar untuk merawat hati yang sakit itu adalah untuk melihat kembali kesusahan orang lain
Seandainya semua itu telah dilakukan tetapi perasaan kamu masih terasa jauh daripada Allah, bacalah firman Allah ini.
Ayat 11 : Wa amma bi ne’mati rabbika fahad dith – Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)
Allah kurnikan kita dengan kenikmatan yang tidak terhingga. Ucapkanlah,
Alhamdulillah untuk mata ini,
Alhamdulillah untuk tangan ini,
Alhamdulillah untuk mulut ini,
Alhamdulillah untuk hati ini,
Perhatikan ini, jika Allah tak sayang kenapa Allah masih menghidupkan kita?
Jika allah tak sayang kita kenapa allah berikan kita rezeki setiap minit dalam kehidupan kita.
Jika allah tak cintakan kita kenapa kita masih ada di sini hari ini. Fikirlah sedalam-dalamnya.
Tak dinafikan solekan mampu ‘menutup’ kekurangan dan menyempurnakan lagi kecantikan kulit wajah.Seorang finalis Miss England mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi calon ratu cantik pertama yang yakin bertanding tanpa memakai sebarang solekan.
Lapor CNN, Melisa Raouf, 20, yang merupakan pelajar kolej dari selatan London, mara ke separuh akhir pertandingan itu pada Isnin lalu selepas memilih untuk bersaing tanpa mekap.
Melisa kini akan bertanding pusingan akhir pada Oktober ini untuk merebut mahkota kejuaraan Miss England.
“Ia amat bermakna buat saya kerana saya merasakan ramai gadis dari pelbagai peringkat umur mengenakan solek hanya kerana berasa tertekan untuk berbuat demikian.
“Jika seseorang itu gembira dengan kulit mereka sendiri, kita tidak seharusnya memaksa mereka menutup wajah aslinya dengan solekan.
“Kelemahan kita menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itulah menjadikan setiap individu unik,” katanya.
Elak Memakai Solekan
Menurut Melisa, walaupun dia mula memakai solekan pada usia muda namun memutuskan untuk mengelak tradisi itu dalam pertandingan tersebut.
“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan.
“Saya kini menerima kecantikan kulit saya sendiri dan sebab itulah memutuskan untuk bertanding tanpa mekap,” jelasnya dalam satu temubual.
Wajah Tanpa Solekan
Mei lalu, Melisa memuat naik sekeping gambar swafoto di Instagram dari pusingan ‘wajah tanpa solekan’ di pertandingan itu, dengan catatan tertera ‘dia menerima ketidaksempurnaannya’.
Sementara itu, pengarah pertandingan Miss England, Angie Beasley dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memperkenalkan pusingan ‘Bare Face Top Model’ pada 2019 kerana kebanyakan peserta menghantar gambar disunting dengan solekan tebal.
“Jadi, kami mahu melihat individu sebenar di sebalik solekan tersebut,” katanya.
Menurut penganjur, Melisa merancang untuk tidak mengenakan solekan sekali lagi pada pusingan akhir pada Oktober ini.
Pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak selepas Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.
Hakim, Norazlin Othman memutuskan memerintahkan Syed Shah Iqmal, 29, dihukum serta-merta selepas didapati bersalah kerana gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Suasana menjadi lebih hiba apabila kelibat isterinya, pengacara, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu menangis teresak-esak sebaik mendengar keputusan tersebut. Untuk rekod, Hana sedang dalam proses berpantang usai melahirkan cahayamata sulungnya baru-baru ini.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika itu) di bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 malam, 11 September 2019 lalu.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah itu atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 29, daripada tuduhan itu tanpa memanggilnya membela diri.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.
Atas kesalahan tersebut, dia yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Kini sedang hamil 38 minggu pelakon Faye Kusairi mendedahkan, minggu lalu dia berdepan ujian tidak terjangka apabila diserang penyakit Bells Palsy.
Penyakit ini yang lebih kerap berlaku pada orang yang mengandung, terutamanya semasa trimester ketiga, atau yang dalam minggu pertama selepas melahirkan.
Bells Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka seseorang menjadi lemah atau lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau berhenti berfungsi.
Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi bengkak atau meradang kerana jangkitan dengan virus. Kebanyakan orang dengan bells palsy pulih sepenuhnya. Tetapi sesetengah orang mempunyai gejala bell palsy sepanjang hayatnya.
Sarat Hamil, Diserang Bells Palsy Ketika Gosok Gigi
Pemilik nama sebenar Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, Alif Azmi menyatakan kejadian berlaku pada Jumaat lalu apabila dia mengalami kekejangan pada otot muka sebelah kanan ketika sedang menggosok gigi.
“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami Bells Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.
“Saya belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progress. Separuh muka sebelah kanan saya lumpuh sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.
“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah,” tulis Faye menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Teruskan Rawatan Bells Palsy Di Rumah
Isteri kepada pengarah drama terkenal, Azmi Hatta ini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak kedua.
Difamkan dengan usia kandungan yang sudah mencecah 38 minggu, dia kini hanya berehat dan menjalani rawatan di rumah serta berharap segalanya akan dipermudahkan.
“Sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu.
“Dalam masa yang sama saya meneruskan rawatan Bells Palsy di rumah. Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan,” ujarnya.