Rasulullah Saran Jauhi Lelaki Ada Dua Ciri Ini, Tak Sesuai Dijadikan Calon Suami

Share

Ustaz Shauki kongsi Rasulullah saran jauhi lelaki miliki dua ciri ini, tak sesuai dijadikan calon suami . Kaum lelaki itu adalah Khalifah atau pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka…” (al-Nisa’, 4:34).

Sebelum memilih pasangan hidup, ada ciri-ciri lelaki yang menjadi kriteria pemilihan namun Rasulullah sarankan agar tidak memilih dua ciri lelaki ini.

Baca satu perkongsian ilmu dari Ustaz Ahmad Shukri Yusoff mengenai dua ciri lelaki yang jangan dipilih menjadi suami.

Ustaz Ahmad Shukri Yusoff berkongsi dua ciri lelaki yang jangan dipilih menjadi suami.

Ada suatu hadith yang dilaporkan oleh seorang perempuan bernama Fatimah binti Qais. Dia seorang janda yang dicerai oleh suaminya dengan talak tiga. Dia memberitahu Nabi SAW bahawa dirinya dilamar oleh tiga orang lelaki. Mereka adalah Muawiyah, Abu Jaham dan Usamah bin Zaid.

Menurut Fatimah, Nabi SAW berkata kepadanya, “Muawiyah itu miskin. Abu Jaham itu suka memukul isterinya. Sebaiknya puan terima lamaran Usamah.”

Fatimah tidak setuju. Sambil dia memulas-mulas tangannya, dia berkata, “Usamah?” Nabi berkata, “Taat kepada Allah dan Rasulnya adalah lebih baik bagi puan.” Lalu Fatimah pun bernikah dengan Usamah.

Justeru dalam hadith itu Nabi menunjukkan 2 jenis lelaki yang tidak sesuai diambil sebagai suami:-

1. Lelaki yang kedekut.
2. Lelaki yang memukul isteri

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ini Doa Diajarkan Rasulullah Agar Kita Mudah Hafal Al-Quran, Baca Tak Merangkak-Rangkak

Rasulullah Ajar Keadah Ini Untuk Sembuhkan Demam Panas & Redakan Suhu Tinggi

Dalam hadith itu Nabi menyuruh Fatimah supaya pilih Usamah bin Zaid sebagai suami barunya. Justeru pada diri Usamah itu ada ciri-ciri peribadi lelaki yang sesuai diambil sebagai suami.

1.Fatimah adalah seorang yang merdeka, manakala Usamah bin Zaid adalah anak kepada seorang hamba, jadi abaikan faktor status sosial bakal suami yang lebih rendah.

2. Fatimah itu perempuan Arab, justeru rupa parasnya cantik. Dirinya begitu menarik sehingga biarpun dia janda talak tiga, habis sahaja tempoh iddahnya tiga lelaki melamar dia. Usamah bin Zaid itu pula berkulit hitam kerana dia berasal dari Afrika.

3. Usamah bin Zaid pernah menjadi punca kontroversi besar dalam kalangan sahabat-sahabat Nabi apabila Nabi melantik dia menjadi panglima perang pada usianya yang baru 17 tahun. Jadi, pilih lelaki yang pemberani, pintar dan dipercayai.

Dalam hadith itu, menurut Fatimah sendiri, dia menikmati kebahagiaan dengan Usamah.
Justeru, kaum perempuan perlu siasat dahulu apakah lelaki yang hendak diambil sebagai suami itu seorang yang kedekut ataupun seorang yang memukul isteri.

Maklumat itu dapat diperoleh dengan membuat risikan dari orang-orang yang kenal lelaki itu dan kenal anggota keluarganya.
#motivatelikemuhammad
#resolusihadis
#uswahhasanah

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG


Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

 

Published by
almaswa Haji Che Ros