Rasulullah ajar bacalah BISMILLAH ketika rasa takut, syaitan akan mengecil seperti lalat. Kita sering dimomoknya takut pada benda-benda halus seperti jin dan hantu tanpa menyedari bahawa manusia itu adalah ciptaan Allah yang sangat sempurna berbanding makhluk lain.
Tahukah, rasa takut yang ada dalam diri kita adalah kerana lemahnya iman. Ini kerana jika kita yakin Allah itu ada dan kita serahkan semuaNya pada Allah, insya Allah kita akan selamat.
Cukuplah sekadar baca BISMILLAH, syaitan akan mengecil seperti lalat
Kita biasa membaca bismillah sebelum makan. Atau memulakan sebarang pekerjaan atau perjalanan.
Jika membaca secara penuh, BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM ia membawa erti DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG.
Di saat kita rasa takut, cukuplah baca BISMILLAH yang membawa erti DENGAN NAMA ALLAH
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :– Musibah Di Dunia Dan Di Akhirat, Ketahui Cara Hindarinya
Supaya kita tidak mendapat gangguan jin atau syaitan, sentiasalah meminta pertolongan dari Allah dengan cara membaca Bismillah atau menyebut nama Allah ketika menutup pintu, bekas minuman bahkan almari dan lain lagi.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW bersabda: “Tutuplah pintu-pintu, serta sebutlah nama Allah (saat menutupnya), lantaran setan akan tidak buka pintu yang telah terkunci dengan menyebutkan nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum serta bekas-bekas kalian (untuk saat ini seperti almari,peti ais dan lain lagi sambil menyebut nama Allah, walau kalian hanya menaruh suatu hal di dalamnya serta (saat akan tidur), matikanlah lampu-lampu kalian” (HR. Muslim).
Meruqyah diri dengan ayat Al- Quran
Masa yang sama, untuk menghindari gangguan jin, kita boleh meruqyah diri sendiri bahkan lebih afdal jika kita yang melakukkannya sebelum tidur di waktu malam.
Apa yang perlu dilakukan ialah letakkan dua telapak tangan bersama lalu bacalah surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An-Naas lalu ditiupkan ke dua telapak tangan tadi. Kemudian usaplah ke tubuh dimulai dari kepala, muka dan bahagian depan badan setakat yang tangan sampai. Ulang tiga kali perlakuan ini.
Hal ini berdasarkan hadis dari A’isyah r.a, yang menceritakan kebiasaan Rasulullah sebelum tidur, (HR. Bukhari 5017 dan Muslim 2192). Wallahualam.
Jeans rosak jangan buang. Jom sertai bengkel buat tote bag dan shopping bagi bersama MW Oktober nanti.
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery