Sudah tentu kecewa apabila batu yang telah dijual sepatutnya dibeli dengan harga jauh lebih mahal. Apatah lagi tukang keranda ini bukanlah orang yang senang.

Sudah pasti dia rasa tertipu, malah tukang keranda ini rugi RM 7.5 juta jual meteorit pada harga yang terlalu murah. Semoga nasib tukang keranda ini mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Apatah lagi dia telah membelanjakan kesemua wang daripada hasil jualan batu meteorit itu untuk melakukan kebaikan.

Rasa Tertipu, Tukang Keranda Rugi RM 7.5 Juta

Seorang tukang keranda dari Sumatera Utara, Indonesia menzahirkan rasa kecewa selepas menjual batu dipercayai bongkah meteorit bernilai jutaan dolar pada harga Rp200 juta (kira-kira RM57,660).

Menurut Josua Hutagalung, 34, dia berasa tertipu selepas menjual batu itu kepada pakar meteorit Jared Collins dari Amerika Syarikat pada harga yang jauh lebih murah berbanding nilai sebenar mencecah AS$1.85 juta (RM7.56 juta).

“Sekiranya itu benar, saya telah ditipu dan saya kecewa,” ujarnya selepas mengetahui harga sebenar batu itu.

IKLAN

Baca Juga Di sini:

Pembuat Keranda Jadi Jutawan Segera, Jual Batu Angkasa Umpama Terima Gaji 30 Tahun

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Telah Menghabiskan Wang Jualan Batu

Menurut Josua, dia dijanjikan harga Rp200 juta itu oleh Jared tidak termasuk tambahan Rp14 juta untuk membaiki bumbung rumahnya yang rosak.

IKLAN

“Saya telah menghabiskan semua Rp200 juta hasil daripada menjual batu itu untuk menolong keluarga, anak yatim, membina gereja dan membaiki kubur ibu bapa saya,” katanya yang dipetik menerusi laporan The Jakarta Post.

Dalam kejadian pada 1 Ogos lalu, sebuah bongkah batu jatuh menembusi bumbung beranda rumah ketika leka Josua sedang menyiapkan keranda ditempah pelanggan.

Batu meteorit itu dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun dan diklasifikasikan sebagai CM1 / 2 karbonat Chondrite, jenis yang sangat jarang berlaku.

Tidak Akan Menjual Lebihan Batu

Dalam pada itu, katanya, dia hanya menjual 1.8 kilogram daripada keseluruhan 2.2 kg batu berkenaan.

IKLAN

Menurutnya, lebihan batu itu diberikan kepada ahli keluarga sebagai kenangan.

“Saya sendiri dapat lima gram, selebihnya saya bagi-bagi ke sanak keluarga. Ada yang dibuat batu cincin.

“Saya tidak akan menjual lebihan batu ini meskipun ditawarkan pada harga yang mahal,” tegasnya.

Untuk rekod, tiga serpihan meteorit yang lain dilaporkan dijumpai di kawasan berdekatan ketika batu angkasa itu jatuh pada bulan Ogos lalu, namun satu ditemui di sawah kurang dari 3 kilometer (KM) dari rumah Joshua.

MW: Pastinya ada hikmahnya di sebalik setiap satu kejadian. Biarpun mendapat untung agak besar dalam hasil jualan baru meteorit ini, namun Joshua menggunakan wangnya untuk membantu keluarga dan orang susah. Tindakan ini harus dipuji.

Sumber: Astro Awani / The Jakarta Post

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI