Rasa Tertipu, Suami Nekad Ceraikan Isteri Selepas Lihat Wajah Sebenar Tanpa Solekan!

Share

Rasa Tertipu, Suami Nekad Ceraikan Isteri Selepas Lihat Wajah Sebenar Tanpa Solekan! Kuasa magis solekan mampu merubah wajah menjadi individu berbeza. Kelihatan lebih muda, kulit wajah licin mulus tanpa cela dan berseri-seri. Memang mampu membuat mata yang memandang terpesona dan ‘tertipu’ dengan wajah yang sebenar apabila tanpa solekan.

Nekad Cerai Isteri

Seorang lelaki di China nekad menceraikan isterinya kerana berasa tertipu apabila melihat wajah wanita itu pada malam pertama perkahwinan mereka, lapor laman berita Detik hari ini.

Lelaki bernama Cao itu berkenalan dengan isterinya, Trang melalui media sosial. Perbezaan usia mereka agak jauh kerana Cao berusia 30 tahun, manakala isterinya pula 47 tahun.

Sentiasa Tampil Cantik Bergaya

Walaupun usia mereka berbeza 13 tahun, Cao tidak berputus asa untuk menikahi Trang terutamanya apabila wanita itu sentiasa tampil dengan solekan dan pakaian bergaya.

Selepas pertama kali bertemu, Cao tertarik kepada Trang kerana cantik, penyayang, yakin dan matang. Latar belakang keluarga mereka juga hampir serupa.

Pasangan itu kemudian melangsungkan perkahwinan di kampung halaman mereka tetapi belum didaftarkan secara sah.

Tak Kenal Wajah Sebenar Isteri

Pada malam pertama, kegembiraan Cao pudar apabila dia melihat wajah Trang selepas menanggalkan solekan.

Cao berasa terpedaya dan tertipu dengan solekan Trang sehingga tidak mengenali wajah sebenarnya. Dia kemudian memutuskan untuk bercerai dan menghalau Trang dari rumah.

Beri 2 Pilihan

Akibat berasa kecewa kerana sikap suaminya, Trang lantas memberi dua pilihan kepada Cao.

Pertama, perkahwinan mereka didaftarkan dan terus tinggal bersama. Kedua, pasangan itu akan bercerai, tetapi Cao perlu membayar pampasan kepada Trang sebanyak 200,000 yuan (RM127,797).

Merasakan bahawa dia adalah mangsa dan menilai bahawa tuntutan Trang adalah tidak munasabah, Cao juga meminta bantuan guaman untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan lebih lanjut sama ada pasangan itu akhirnya bercerai atau tidak.

Mesti Baca:Sanggup Suami Nak Ceraikan Isteri, Alasan ‘Bini Garang’, Tak Sama Sebelum Kahwin Dulu
Baca Lagi Di Sini:Suami CERAIKAN Isteri Beberapa Minit Selepas Akad Nikah!


Artikel Menarik:Suami Ceraikan Isteri, Tak Tahan Tabiat Buruk Hanya Mandi Sekali Dalam Setahun

Mingguan Wanita: Jangan terpesona dengan hanya melihat penampilan luaran yang cantik bergaya dan solekan yang menawan semata-mata. Pastikan betul-betul kenal pasangan luar dan dalam barulah tak rasa tertipu.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber: Kosmo, Detik.com

Published by
Suhaidah Abd Wahab