Rasa Tak Sihat Nak Demam, Elok Makan Sup Gai Mun Farang Ni

Share

Rasa badan tak sihat? Macam nak demam? Mungkin keadaan cuaca sekarang ni yang buat ramai yang rasa seram rasa sejuk nak demam. Ha..apa kata panaskan badan dengan sup Siam ni. Dikatakan  sup ini sangat sesuai dimakan oleh orang yang demam. Boleh buat berpeluh kerana ada lada sulah di dalamnya.

Rasa Sup Yang Unik

Sup Gai Mun Farang ini salah satu sup yang terdapat di negara Thai. Rasanya tak sama dengan sup ayam yang biasa kita masak.

Sup ini atau dalam bahasa Melayu Sup Ayam Dengan Kentang ini memang sedap serta penuh aroma yang membangkitkan selera. Lebih-lebih lagi pada musim hujan yang sejuk sekarang ni. Boleh makan macam tu saja atau dimakan dengan nasi putih panas-panas pun sedap.

Rasa Unik Sebab Ada Sos Ikan

Sebelum tu sedikit informasi, perkataan ‘Farang’ digunakan oleh orang di Thailand untuk menggelar individu berkulit putih. Di sini ianya merujuk kepada kentang yang banyak digunakan dalam masakan kaum ‘Farang’ itu sendiri.

Selain itu, bezanya juga, ayam akan diperap terlebih dahulu dengan sos ikan (Nam Phla) sebelum dimasukkan ke dalam sup. Selamat mencuba ye!

RESIPI SUP GAI MUN FARANG

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam  – potong (boleh juga guna bahagian drumet atau drumstick saja)

5- 7 biji ubi kentang – potong dadu besar

1 labu bawang Holland  – hiris kasar

4 biji tomato – belah enam

4-5 ulas bawang putih – ketuk

Sedikit batang dan daun ketumbar – hiris

Sos ikan Tiparos

Sedikit kicap cair/pekat

Sedikit lada sulah

Garam dan Gula secukupnya

Air secukupnya

Baca di sini juga:

Wanita Ini Kongsi Resipi Sup Ayam Barli, Remedi Semulajadi Bantu Kebah Demam Anak

“Sup Tulang Siapa Suka Confirm Dia “Geng Tok Sidang”, Shiela Rusly Belanja Resipi Menu Favourite Suami

CARA MEMBUAT:

Perapkan ayam dengan Nam Phla (sos ikan) terlebih dahulu sebelum siapkan bahan lain agar perapan lebih mesra.

Panaskan air sampai mendidih. Setelah air mendidih, masukkan hirisan bawang Holland, tangkai daun ketumbar, daun bawang dan bawang putih.

Setelah sup mendidih, masukkan kicap cair. Tapi jika tak ada, kicap pekat pun boleh.

Masukkan ayam satu persatu ke dalam sup tadi. Bila sup berbuih, boleh buang buih itu menggunakan penapis kalau inginkan ‘clear soup’. Rasa kuahnya. Sos ikan sudah masin, jadi tambah garam jika perlu. Perasakan dengan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar ia mereneh.

Apabila sup sudah menggelegak, masukkan kentang (mun farang). Biar 10 minit smpai kentang masak. Masukkan pula hirisan tomato. Masak hingga tomato lembut dan masak.

Tambahkan Lada Sulah. Sebab itu sup ini untuk orang sakit atau demam sangat sesuai. Tambahkan daun ketumbar. Biar je ia mereneh. Siap!

Sumber: FB Muhammad

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

Published by
webadmin