“Rasa Seolah-Olah Berkahwin Buat Kali Pertama” Rezeki Mas Idayu Majlis Kahwin Dapat Tajaan RM7 Juta

Share

“Rasa seolah-olah berkahwin buat kali pertama” rezeki Mas Idayu majlis kahwin dapat tajaan RM7 juta. Wah! Seronoknya selepas sekian lama bergelar ibu tunggal dan bakal mendirikan rumah tangga kali kedua tidak lama lagi, Mas Idayu, 50 sahkan bakal mendapat tajaan perkahwinan mencecah RM7 juta.

Begitulah luahan Mas Idayu yang cukup teruja menyatakan majlis perkahwinannya bersama cinta hati Penerbit Eksekutif di stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, mendapat tajaan mencecah RM7 juta.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

“Rasa Seolah-Olah Berkahwin Buat Kali Pertama”

Mas Idayu  juga tidak menyangka akan menerima tajaan semewah itu.

“Saya tak terlalu fikir soal jumlah tajaan. Apapun, saya bersyukur atas rezeki kurniaan Tuhan.

“Apa yang lebih saya fikir ialah kehidupan dan tanggungjawab selepas berkahwin. Selepas sekian lama tiada teman hidup dan tak percaya ikatan perkahwinan, akhirnya Allah buka hati saya.

“Saya pun tak sangka soal perkahwinan jadi tular apabila Sufian memuatkan hantaran kami berbuka puasa dalam IG. Saya ini bukanlah siapa-siapa,” kongsi Mas Idayu

Menetapkan 16 September ini sebagai detik bersejarah, acara akad nikah dan majlis resepsi bakal berlangsung di Magica Quill City Mall.

Seperti mana yang dipetik menerusi Berita Harian Online, majlis resepsi Mas Idayu dan bakal suaminya akan mencipta rekod Malaysia Book Of Records.

Dulu Pra Perkahwinan Pun Tak Ada

“Sejujurnya, saya tidak menyangka perkahwinan kali kedua dikurniakan rezeki tajaan dianggarkan mencecah RM7 juta berbentuk barang kemas, tajaan lokasi dan busana perkahwinan.

“Boleh dikatakan, perkahwinan kali ini lebih memberi bahagia berbanding pertama.

“Saya dapat merasai sesuatu yang tidak pernah dirasai sejak 15 tahun lalu.

“Dahulu, pra perkahwinan pun tiada, apatah lagi, majlis persandingan. Sekarang, saya rasa seolah-olah berkahwin buat kali pertama,” ungkap Mas Idayu.

Pilih Nikah Hari Malaysia

Ditanya tarikh nikahnya bersamaan Hari Malaysia adakah mempunyai simbolik tertentu. Penyanyi dangdut ini menerangkan tarikh yang dipilih adalah yang diberi oleh bakal suami.

“Tarikh nikah bukan saya pilih, tetapi bakal suami. Pada mulanya Sufian cakap nak kahwin Mei lalu.

“Namun, masa itu, jarak masa terlalu dekat dan terburu-buru.

“Akhirnya, Sufian pilih 16 September. Saya jenis tak ingat tarikh istimewa, jadi mungkin lebih mudah ingat apabila tarikh pernikahan jatuh pada Hari Malaysia.

“Namun, tiada simbolik tertentu. InsyaAllah, acara akad akan berlangsung, jam 9 pagi dan diikuti majlis resepsi pada sebelah malam,” sambung Mas Idayu.

Baca Disini : “Kami Masing-Masing Faham Isi Hati” 15 Tahun Jadi Ibu Tunggal Akhirnya Mas Idayu Bertemu Jodoh

Amelina Kesal Kecewakan Arwah Abah “Along Janji Jadi ANAK, KAKAK & IBU Yang Baik”

“Hati Sedang Berbunga-Bunga Ya Mummy… Cantiknya Mummy” Warganet

Sejak akhir-akhir ini sememangnya Mas Idayu kelihatan begitu berseri-seri.

Mingguan Wanita :  Tak sabar nak lihat ‘Mummy’ naik pelamin dengan ‘yang tersayang’. 

 Sumber : Berita Harian Online

Sumber Foto : Masidayu Mesnun 

 

Published by
Norhayati Suboh