Rasa Ngilu & Sakit Bawah Perut, Rupanya Ada Cyst Seberat 5 Kg, Bersaiz Bola Sepak & Macam Mengandung 7 Bulan

Share

Penyakit cyst boleh dialami tanpa mengira peringkat usia. Ramai kaum wanita yang mengalami cyst namun tidak menyedarinya sehinggalah sampai tahap merbahayakan diri dan tidak tertanggung rasa derita sakitnya. Tidak kurang ada yang menyedari perubahan fizikal dan kesihatan pada diri namun takut untuk berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan.

Semoga perkongsian pengalaman oleh Amalina Hasin ini boleh dijadikan pengajaran buat wanita lain:

CYST ATAU KANSER

WANITA JANGAN AMBIL RINGAN.
PENYAKIT INI DATANG TANPA KITA SEDARI DAN BOLEH MUNCUL KEMBALI.

Alhamdulillah. Harini genap 7 hari lepas major operation untuk buang cyst di ovari kanan. Syukur Ya Allah, pembedahan berjalan lancar tanpa sebarang komplikasi. Lepas pembedahan pun tak ada komplikasi lain, tak bleeding, tak perlu transfer darah. Alhamdulillah, Allah datangkan ujian tapi Dia permudahkan.

Gambar kat bawah ni lah saiz cyst yang dah dikeluarkan. Seberat 5kg, sebesar 28cm. MashaAllah, waktu pertama kali dapat berita, demam seminggu. Emosi sebenarnya okay je, tapi mungkin badan dah semakin lemah. Tak sangka selama ni bawak makhluk sebesar ni dalam perut Doctor kata umpama orang mengandung 7 bulan.

Jangan Takut Doktor

Syukur, walaupun lambat dapat tanda-tanda sakit, lambat bertindak pergi check up, walaupun terpaksa jugak operate, semuanya berjalan lancar. (Saya jenis terlalu positif, dan takut doktor, dah banyak kali family ajak pergi klinik, tapi selalu berdegil, jadi lepasni kita kena letak sikit rasa negatif dalam diri terutama bab kesihatan, yang mana boleh elak kita elak awal awal) – JANGAN TAKUT DOKTOR

Tiub & Ovari Kanan Dibuang

Doktor kata, kemungkinan benda ni dah hidup around 2-3 tahun dah dalam badan. Duduknya di sebelah kanan ovari. Tube dan ovari kanan dah dibuang sepenuhnya. Syukur, masih ada rahim dan ovari kiri berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, masih ada cahaya dan berita baik untuk diri ni. Doktor jugak terpaksa buang appendik dan sedikit lapisan lemak sbb berisiko utk ada jangkitan pada ovari sebelah kiri pula. Syukur, saya masih sempat elak dari merebak ke kiri walaupun saiznya dah membesar.

Umi tanya doktor pakar sendiri masa hari terakhir dekat wad ‘Doktor, apa punca cyst ni boleh datang’ Lepastu doktor kata ‘Kalau saya tahu saya dah share, tapi saya pun taktahu, sebab actually penyakit ni masih dalam kajian’. Oleh sebab tu, kita pun main google je lah. Sebab nak bagi peringatan jugak pada org sekeliling tentang bahayanya penyakit ni. Sebab ada possibility benda ni bukannya cyst biasa, tapi kanser.

Macam kes saya ni, dah run blood test before operation. Doktor kata 50-50 ke arah kanser. Tapi selepas operation baru dapat tahu, sbb cyst ni akan hantar ke makmal untuk diorang pastikan memang kanser atau bukan. Hari terakhir jumpa doktor, doktor kata sekarang dia letak saya dalam 3 possibility :
1. Normal cyst
2. Ovarian kanser
3. Borderline

Tapi ikut pemerhatian doktor, dia tengok cyst ni macam bukan kanser. Syukur, saya positif je. Sebabnya tanda-tanda kanser pun kurang pada diri saya. Kita anggap dia takde je lah ya.Positif positif dan positif. Keputusan keluar pada 23/4 ni atau 4/5 nanti. InshaAllah mudah mudahan result baik baik je.

Sila Rajin Buat Check Up

*Kepada semua kawan-kawan yang terbaca yang ada mak, kakak, adik, saudara mara, kekasih, rajin rajin lah ajak mereka buat check up, kita bersedia sebelum dia semakin membesar jadi macam kes saya.Buat ultrasound je dah dapat tahu dia ada ke tak kat situ.

Macam Mana Saya Dapat Tahu ?

Saya memang bawa motor pergi kerja hari-hari, jalan pulak tengah buat construction, memang lubang banyak, terhentak hentak atas motor, terus rasa ngilu, senak dan sakit di bahagian bawah perut kiri dan kanan. Selepas tu saya terus buat check up di klinik swasta. Dah dpt keputusan baru refer ke hospital sbb taknak tunggu lama kalau terus ke hospital, memang akan ambil masa yang lama. Yang ni bersyukur tunggu 3 minggu je tunggu dari tarikh mula-mula refer hospital, dah dapat tarikh operate, sebab cyst dah besar sangat dan boleh pecah.

Tanda-Tanda Miliki Cyst

Update : Sebab ramai tanya apa tanda-tanda dan punca. Ini saya share berdasarkan pengalaman saya dan jugak apa yang doktor pakar cakap ya. Sebab cyst ni ada banyak jenis, yang aktif, yang tidak, yang biasa, yang kanser, yang satu ketul, yang lebih dari satu ketul, yang fibroid, yang ada semasa preggy. Jadi mungkin tanda-tanda dia berbeza pada semua orang.

Untuk saya tanda-tanda nya :

1. Senggugut yang teruk setiap kali datang bulan (Terpaksa mc, makan ubat, bertungku, tak makan sehari atau dua, muntah, demam)
2. Mudah kejang pada kaki.
3. Mudah lesu dan letih walaupun tak buat kerja berat.
4. Benjolan pada sekitar perut (macam saya dah terlalu besar, dah penuh satu abdomen, benjolan dah dapat rasa sikit je dari bawah dada, dah ada benjolnya).
5. Sakit pada sekitar bahagian bawah perut, kiri atau kanan (saya sakit kedua dua belah sbb cyst terlalu besar walaupun kedudukannya di ovari kanan)
6. Benjolan pada payudara (saya tak ada, tapi doktor check jugak, sebab cyst boleh timbul jugak di payudara)

Punca-Puncanya:

Punca-punca : (doktor pakar pun kata masih dalam kajian, tapi menurut soalan-soalan yang di tanya pada saya, kemungkinan ini lah beberapa puncanya)

1. Supplement (saya ada ambil supplement kurus dan putih sepanjang 2 tahun masa study)
2. Pemakanan (ayam, cheese, soya, ikan keli, ikan haruan, daging) – sebenarnya makanan favourite saya rupanya.
3. Keturunan (jika kanser) – macam saya arwah maklong ada kanser
4. Period yang tidak teratur atau sakit (saya hanya senggugut teruk, tapi period sgt teratur setiap bulan, lain org lain tandanya, jadi kena periksa kalau ada masalah period)
5. Ubat perancang kehamilan (saya tak ambil sebab belum kawin) -ni saya dengar doktor marah patient dekat wad saya duduk tu, dia ada cyst, dia ambil ubat perancang kehamilan, doktor mmg bising sangat-sangat – ubat untuk elak mengandung atau nak mengandung, dua dua bahaya.

Punca dia memang tak banyak. Sebab tu doktor pun kata masih dalam kajian. Jadi baik kita buat ujian ultrasound je dekat mana-mana klinik atau hospital swasta. Saya buat di klinik panel office saya, Poliklinik Desilva, hanya RM50 sahaja kos. Kebetulan doktor yang merawat memang doktor pakar sakit puan. Kos untuk klinik lain saya tak pasti. Saya belum berkahwin, jadi buat ultrasound je. Untuk yang dah berkahwin selalu doktor suggest buat ujian pap smear lebih efektif. Tapi ultrasound pun dah memadai untuk peringkat awal check up.

Kos Pembedahan

Ada yang bertanya, berapa kos pembedahan saya. Alhamdulillah, saya hanya pergi hospital kerajaan Ampang. Sebab kes ni terlalu emergency, doktor takut cyst pecah, saya tunggu seminggu je untuk operate. Bil saya hanya RM60 sahaja termasuk operation, warded dan ubat2. Kos sebenar RM 1,660. Subsidi, sebab tu murah.

Kalau swasta saya dengar pengalaman orang lain dan melalui banyak pembacaan, kos anggaran bermula 5k-30k. Bergantung pada kes. Alhamdulillah syukur sekali lagi. Hospital Ampang adalah salah satu hospital terbaik untuk pakar bahagian sakit puan. Syukur hospital sebelah rumah saya je. Doktor yang rawat saya memang ramai. Ternyata pakar disini memang ramai dan sangat-sangat baik. Thanks doktor dan nurse, walaupun wad kelas ketiga, tapi layanan sangat sangat baik.

Tapi untuk permulaan saya nasihatkan jangan terus ke hospital kalau tak nak tunggu lama. Buat dulu pemeriksaan di klinik swasta atau klinik pakar sakit puan. Dah dapat keputusan ultrasound, minta copy daripada doktor, doktor akan bagi. Bawak keputusan tu ke hospital berdekatan. InshaAllah, lebih cepat mereka akan refer kita ke bahagian pakar sakit puan.

Pesanan Buat Wanita Lain

Terlalu ramai yang pm saya komen bagitahu saya dan kongsi punya pengalaman atau masalah yg sama. TOLONG, TOLONG, TOLONG sayang diri kita, kalau ada tanda-tanda kalau ada masalah perempuan, jangan biarkan berlarutan, cepat-cepat buat check up. Kita perempuan mudah terdedah dengan macam macam jenis penyakit terutama kanser. Allah, minta dijauhkan dari kita semua.

Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada ramai lagi orang kat luar sana. Bagi yang alami masalah yang sama, ada juga yang lebih kritikal berbanding saya, saya doakan awak semua diberi kesihatan yang baik, cepat sembuh dari sakit yang ada. Mudah mudahan Terima kasih jugak pada yang mendoakan kesihatan saya. Maaf kalau terlepas pandang, tak balas. Semoga doa kalian mendapat balasan baik dariNya dan mengiringi diri saya. Thanks !

Semoga perkongsian ini bermanfaat, kongsikan juga buat wanita lain.

Sumber: Amalina Hasin

Published by
Suhaidah Abd Wahab