Bila cuti panjang atau berkumpul dengan ahli keluarga memang seronok buat makan-makan seperti BBQ, Shell out, Steambot. Nak buat steambot paling penting kuahnya. Antara steambot yang cukup popular seperti yang dijual di Kedai Family Mart. Kuah Oden yang disukai ramai dengan rasa masam-masam manis dan pedasnya. Namun harganya boleh tahan juga.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je di rumah. Lebih jimat dan puas hati. Rasanya lebih sedap kalah Kuah Oden di Family Mart.
“Resepi Kuah Oden sedap kalah Family Mart”
2 paket perencah tomyam adabi
2 paket perencah Sup Siam adabi
1 paket perencah Asam Pedas adabi
2 pcs kiub pati ayam
Air 1.5 liter
Gula 1 sudu
1. Masuk semua perencah biar mendidih dah boleh masukkan semua bahan-bahan steamboat.
2. Tadaa…siap! boleh ngappp panas-panas. Masam-masam manis pedas, Uilahhh nyaman bukkk.
3. Kalau ada sayur boleh letak sayur contoh Sawi Cina, Cendawan Enoki, cendawan tiram dan lain-lain. Ni takde sayur tak sempat beli.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Kongsi Resipi Homemade Shell Out, Buat Sendiri Puas Hati Lagi Sedap Dari Kedai!
MW: Jadi bila nak buat steambot kuah oden, tak perlu beli lagi dah, buat je sendiri dekat rumah. Lebih jimat dan puas hati makan.Ikut resipi yang dikongsikan ini.
Sumber: Cik Puan Akma