Rasa Kena Scam, Tekan “Kill Switch” Bagi Pengguna Maybank2u. Semua Urusan Duit Terhenti Serta Merta

Share

Rasa kena scam, tekan “kill switch” bagi pengguna Maybank2u. Semua urusan duit terhenti serta merta. Ramai tertekan bila duit tiba-tiba hilang dari bank terutama ditipu scammer. Apa yang kita mampu fikirkan ialah hubungi bank untuk menghentikan semua urus niaga dengan segera.

Tapi andai rasa diri anda di scam, terutama melibatkan pengguna Maybank, bank ini telah memperkenalkan satu ciri dikenali sebagai Kill Switch. Hanya satu klik mudah, semua urusan perbankan dalam talian akan terhenti serta merta di mana scammer tak akan boleh mengeluarkan duit lagi.

Rasa Kena Scam, Tekan “Kill Switch” Bagi Pengguna Maybank2u

Memetik laporan Berita Harian, Maybank memperkenalkan ciri ‘Kill Switch’ melalui web Maybank2u (M2U) dan aplikasi MAE pada 28 Januari 2023 bagi meningkatkan keselamatan perbankan secara dalam talian.

Ciri itu juga bagi memerangi penipuan dalam talian dengan membenarkan pelanggan menyahaktifkan akses M2U mereka dengan segera hanya dengan satu klik mudah sekiranya mereka merasakan sesuatu yang pelik atau percaya bahawa mereka sudah ditipu.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Hati-Hati Iklan Perkhidmatan Di FB, Scammer Bagi Link Website Sebijik Macam BANK!

Duit KWSP Akaun 2 RM65K Licin Disapu, Wanita Diperdaya Rayuan Haji

Lot Banglo Murah, Peguam Jelaskan 10 Sebab Kenapa Perlu Elak Lot Lidi

‘Terpedaya Selepas Berkenalan Dengan ‘Doktor’ Dari Iraq.’ Kasihannya Nenek Penjaga Stor Hilang RM565,700

Ia juga dilakukan melalui penambahbaikan ciri keselamatan sedia ada dalam M2U, yang mana bank secara berperingkat melancarkan lebih banyak langkah yang boleh membantu pelanggan meminimumkan kerugian mereka.

Boleh cari ciri keselamatan ini dengan menekan tiga butang di bawah dan akan jumpa Kill Switch. Tekan dan semua urus niaga akan terhenti serta merta
Sebaik menekan Kill Switch ini, semua urusan kewangan akan terhenti. Tapi pengguna masih boleh mengeluarkan duit melalui kad seperti biasa

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank, Datuk John Chong, berkata selaras dengan teras strategik M25+ untuk mempergiatkan tumpuan pelanggan serta mempercepatkan pendigitalan dan pemodenan teknologi, pihaknya sentiasa komited untuk memastikan keselamatan pelanggan perbankan dalam talian dan ia terbukti dengan peningkatan serta panambahbaikan yang kerap kepada sistemnya.

“Dengan pengenalan ciri ‘Kill Switch’, pelanggan kini boleh mengambil alih dan melindungi dana mereka secara proaktif daripada sebarang kejadian yang tidak diingini serta mengurangkan jumlah kerugian sebelum siasatan oleh bank dan pihak berkuasa yang berkaitan selesai,” katanya dalam satu kenyataan.

‘Kill Switch’ boleh diaktifkan melalui web Maybank2u atau aplikasi MAE dan setelah diaktifkan, pelanggan akan didaftar keluar secara automatik daripada semua sesi dalam talian yang aktif pada aplikasi MAE serta aplikasi dan web M2U.

Semua Urusan Duit Terhenti Serta Merta

Atas faktor keselamatan, dalam tempoh penyahaktifan, pelanggan tidak akan dapat daftar masuk ke M2U dan pengaktifan semula hanya boleh dilakukan selepas pengesahan yang berjaya melalui cawangan atau Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank.

Ia juga akan menghalang ‘scammer’ atau mana-mana pihak yang tidak dibenarkan daripada mengakses M2U atau aplikasi MAE menyebabkan aliran keluar dana selanjutnya.

Pelanggan masih boleh mengeluarkan wang tunai daripada ATM dan membuat pembelian menggunakan kad debit atau kredit Maybank mereka.

Bagaimanapun, pengeluaran tunai tanpa kad dan tanpa sentuh tidak akan dibenarkan pada masa ini kerana ia memerlukan pelanggan untuk daftar masuk ke Maybank2u.

Chong berkata, memandangkan bilangan penipuan dalam talian dilihat makin meningkat, perlu diakui bahawa pencegahan penipuan adalah tanggungjawab semua pihak.

Beliau berkata, bank hanya boleh berusaha untuk memperkenalkan pelbagai langkah keselamatan lanjutan untuk mencegah dan mengurangkan penipuan dalam talian, namun terpulang kepada pengguna untuk memainkan peranan mereka dalam melindungi diri mereka secara berterusan dengan memastikan butiran perbankan peribadi mereka disimpan selamat dan tidak pernah dikongsi kepada pihak ketiga, sama ada secara sedar atau tidak.

“Amalan terbaik mudah seperti mengingatkan dan mendidik ahli keluarga dan rakan taulan mengenai kepentingan berwaspada, untuk tidak menekan mana-mana pautan yang tidak diketahui atau asing akan sangat membantu.

“Akhir sekali, jika sesuatu kelihatan terlalu baik dan tidak munasabah, maka kemungkinan besar ia adalah satu penipuan,” katanya. Foto :- Kredit FB Hasnul Azhar Hasan.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

KALAU ANDA HOMEBAKER? JOM SERTAI FIESTA HOMEBAKES, USHA-USHA BISKUT RAYA.

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros