Rasa Diri Makin Gemuk, Rupa-Rupanya Ada 26KG Ketumbuhan Dalam Perut Berpunca Ini

Share

Buat wanita yang merasakan diri gemuk dan perut buncit semakin membesar setiap hari, ada baiknya lakukan rawatan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui puncanya.Siapa sangka, walaupun tak sakit rupa-rupanya ada penyakit lain dalam tubuh.

Seorang wanita merasakan seolah-olah ‘melahirkan’ tujuh bayi serentak selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan cyst ovari seberat 26 kilogram(kg) yang terdapat dalam perutnya.

Keely Favell, 28, merasakan dirinya semakin gemuk apabila cyst tersebut membesar sejak empat tahun lalu tetapi mengambil keputusan berjumpa doktor selepas dia pengsan di tempat kerja.

Cyst Besar

Doktor mulanya mendakwa dia mengandung walaupun tiga ujian kehamilan adalah negatif. Imbasan CT bagaimanapun mendedahkan terdapat cyst besar yang menakung cecair.

“Melihat diri saya, ramai yang menyangka saya mengandung sembilan bulan. Jadi mereka (doktor) merujuk saya ke hospital untuk ujian ultrasound kehamilan”, jelas Favell.

Ujian ultrasound menunjukkan wanita ini perlu melakukan CT Scan Kecemasan dan perlu melakukan pembedahan segera. Pembedahan tersebut dari bahagian dada sehingga ke bahagian tulang pelvik, seperti pembedahan ceaseran (C-Section) cara lama.

Parut Sepanjang 30 Sentimeter

Pembedahan selama lima jam pada Mac tahun lalu telah meninggalkan parut sepanjang 30 sentimeter pada perut Favell tetapi dia kini hilang satu pertiga daripada berat badannya.

Doktor juga terpaksa membuang ovari sebelah kanan Favell tetapi memaklumkan dia masih boleh hamil. Berat sista itu bersamaan tujuh bayi baru lahir di Britain yang puratanya seberat 3.5 kilogram.

MW: Buat para wanita, semoga jadikan kisah ini satu pengajaran. Jika ada sebarang perubahan dalam diri, bersegeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan sehingga melarat dan boleh memudarat kesihatan diri.

Sumber: Kosmo & daily mail

Published by
Suhaidah Abd Wahab