Biasa yang mak-mak tahu, keropok lekor guna isi ikan kan. Kali ini mak-mak boleh cuba keropok lekor viral mi segera. Cara buatnya pun mudah saja. Mak-mak yang nak cuba boleh hadamkan perkongsian Puan Zuraita Mohd Anua ini.
“Keropok lekor guna mee segera. Selama ni cuma tahu boleh buat murtabak, tak sangka buat keropok lekor pun boleh. Resipi suruh guna mee segera Sedap, saya takde. Saya ganti dengan IndoMie Soto jer.
”“Saya tengok resipi ni kat Forum Cari. Senang giler buatnya. Confirm jadi. Anak-anak pun suka. Yang penting, makan masa panas-panas tau! Baru best. Dah sejuk, dia liat sikit macam keropok lekor jugak. Cubalah ye!”
Mudahkan nak membuatnya mak-mak. Lepas ini bolehlah hidangkan keropok lekor viral mi segera dekat keluarga bila-bila masa yang mereka suka. Tak perlu tunggu sampai nak ke Pantai Timur.
Sumber/Foto : Zuraita Mohd Anua