Rangup dengan rasa masam, pedas dan masin, memang membuka selera! Kimchi adalah antara makanan ruji rakyat Korea yang turut menjadi kesukaan ramai terutama yang mengikuti perkembangan dunia hiburan di negara tersebut. Bila dah minat pelakon dan penyanyinya, ramai yang ‘jatuh cinta’ pula dengan makanannya termasuk kimchi.
Kimchi adalah salah satu side dish popular di Korea, diperbuat daripada sayur-sayuran yang kemudian difermentasikan dengan cili, memiliki rasa masam, pedas dan masin yang boleh merangsang selera makan.
Selain Kimchi kubis yang paling popular, sayuran lain pun boleh dibuat kimchi termasuklah timun. Nak cuba, boleh ikuti resipi yang dikongsikan oleh Puan Habibah Abdul Ghani. https://www.facebook.com/abiyy92
Menurut Habibah, dia tidak mempunyai sukatan tertentu untuk resipi ini. Terpulang kepada anda berapa sukatannya.
Setelah siap kimchi timun, boleh simpan di dalam bekas tupperware/ bekasplastik biasa, tak perlu bekas kaca.
Jom Cuba Buat Kimchi Timun Ini, Mudah Jer!
Timun Jepun – potong memanjang
Garam
Lobak merah – potong memanjang
Daun bawang – potong 1 inci
Buah pear/lai/epal merah – potong pnjang / sagat
**Bahan-bahan ini tiada sukatan, terpulang nak banyak mana.
1 sudu bawang putih
1 cawan serbuk cili atau ikut kepedasan yang dikehendaki
1 sudu gula (untuk seimbangkan rasa pedas)
Sos ikan – jika suka masin, boleh letak lebih.
Mula-mula sediakan pes kimchi. Satukan semua bahan tadi dalam satu mangkuk besar, Gaul rata dan sesuaikan masam, pedas dan masinnya ikut selera sendiri. Siap. Ketepikan. Timun tadi dibersihkan dan digaul dengan garam. Biarkan seketika. Airnya akan keluar dan ia akan mengecut sedikit.
Untuk menyediakan kimchi, toskan air garam tadi. Kemudian masukkan timun ke dalam mangkuk berisi sos kimchi tadi. Gaul sebati.
Untuk rasa lebih masam, biarkan sehari dalam suhu bilik. Atau boleh juga terus masukkan ke dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk. Nak terus makan pun boleh sebab ia masih rangup dan segar. Ia sedap dimakan bersama nasi, mee segera atau pun daging BBQ. Fuhh! Terangkat!