Sempena tahun baru ini, elok la kita pasang azam dan niat rancang semula kewangan sebelum terlewat.Jika selama ini, gaji/untung bersih yang diperolehi hanya cukup-cukup makan atau tidak mencukupi, agihkan semula sumber kewangan kita kedalam 6 tabung ini.Menurut perkongsian oleh Siti Hawa Izzah, tips ini diperolehi oleh Azizan Osman.
TIPS DARI AZIZAN OSMAN
Merancang kewangan kita sebelum terlewat.Semua untung bersih @ gaji bersih mesti diagihkan ke dalam 6 TABUNG
1.Tabung NEC 55%
Singkatan kepada neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, bayar sewa, kereta, bil.,diambil dari tabung NEC ini.
2.Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Simpanan tetap kita. Jangan guna langsung untuk tempoh yang panjang.Contohnya dalam tempoh 10 tahun.
Pilihan simpanan untuk FFA –
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dalam tabung di rumah.
Yang penting kita dah start create passive income untuk masa depan kita.
Ads
3.Tabung LTSS 10%
Simpanan Jangka Panjang untuk dibelanjakan.
Contoh, kumpul untuk beli hand phone, deposit kereta, melancong, deposit rumah dan sebagainya.
4.Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dari tabung ni baru boleh guna unutk joli, belanja makan, reward diri sendiri.
5.Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Untuk diri sendiri macam pergi motivasi, kelas agama, kelas bisnes,kelas keibubapaand dan sebagainya.
Sebab yang nak kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna untuk pergi seminar, beli buku dan lain-lain.
Lepas ni tiada alasan tak ada duit untuk tambah ilmu. Korban skit untuk dapat yang lebih besar.
Anak akan ada bahagian dia bila kita dah berjaya nanti.
Kita slalu pikir anak je tapi tak pernah fikir nak majukan diri sendiri dulu.
6.Tabung CHARITY 5%
Yang ni yang paling penting. Gunakan untuk sedekah dan derma.
Wajib ada Tabung kebajikan.
Tabung tu kita guna untuk bantu orang lain.
Ads
INGAT!
Kita jangan jadi perompak kepada bisnes kita sendiri!
Besarkan kapasiti tabung anda, supaya kita boleh masukkan lebih banyak rezeki.
Untuk mengelakkan Kebocoran Wang.
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET.
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat.
Ads
Banyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan.
Kebocoran berlaku sebab duit tu bukan hak kita sebenarnya. Banyak faktor yang jadi penyebabnya
Ada duit je adalah masalah datang, kereta rosak, anak sakit dan lain-lain.
Bermakna duit kurang berkat,selalu berlaku pada ramai orang.
Selepas ni check balik diri kita.
Hubungan dengan manusia, ibubapa, suami, isteri, anak-anak.
Ada dendam sesiapa
Ada tak maafkan orang.
Ada sakitkan hati orang.
Pikir semula.
Mohon maaf dan memaafkan orang adalah perkara yang terbaik.
Pendaki ayu wanita ini nampak lemah lembut gayanya. Tapi jangan tak tahu, aktiviti lasak terutama masuk hutan tu dah jadi ‘makanannya’. Tengok gambar-gambar yang dikongsikan ini. Jadi bila pendaki ayu, Myzatulhazra Yahaya (DavinaCo) kongsi 3 doa masuk hutan ini simpan kemas-kemas.
Moga berguna untuk mak-mak yang memang jenis aktif mendaki, keluar masuk hutan ni. Katanya Myzatulhazra lagi doa ini bagus diamalkan untuk mereka yang beragama Islam.
“Di dalam hutan sesungguhnya adalah tempat tinggal utama bagi para Jin terutama Jin Kafir.
“Jangan sesekali ketika mahu masuk ke dalam hutan, melafazkan ayat seperti ini: ‘Tok, cucu tumpang masuk hutan ye, tolong jangan kacau’.
Jangan! Syirik hukumnya.
Amalkan Ayat Ini
Ketika melangkah ke dalam hutan dengan perlahan-lahan sebanyak 7 kali. Setiap langkah di baca doa ini :
“Salamun a’la sulaiman fil a’lamin”
Salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman
Sesungguhnya Jin sangat takut akan Nabi Sulaiman dan gerun mendengar nama Baginda. Amalkan ayat itu. Insyallah dengan izinNya tidak akan ada sebarang gangguan ke atas kita.
Amalan doa yang ini juga sangat sangatlah digalakkan baca terlebih dahulu sebelum masuk ke hutan:
bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi)bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Ini Fadhilatnya
Barangsiapa membaca sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Penting Simpan Ini Dalam Fikiran
Marilah sama sama kita mengamalkannya. Sentiasa mulakan dengan bacaaan doa bukan hilai ketawa sebelum masuk hutan.
Doa Tambahan Elak Haiwan Buas, Binatang Berbisa
Untuk mengelakkan haiwan buas atau binatang berbisa
“Salamun a’la nuhin fil a’lamin”
Salam sejahtera ke atas Nabi Nuh
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan Allah SWT tak kira di mana kita berada.
Amin..
Sumber/Foto : Facebook Myzatulhazra Yahaya via Hiking & Camping Around Malaysia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehilangan anak dan isteri dalam masa terdekat, satu berita yang perit untuk diterima penjaga gol skuad Negeri Sembilan, Mohd Kaharuddin Abdul Rahman. Tika ini, tentulah memori bersama arwah menemani dalam setiap langkah dan doa suami ini.
Begitu pun hati manusia, tetap rapuh untuk menerima ujian kehilangan dariNya. Redha itu pasti, kerana itulah sandaran kekuatan hati.
Sebagaimana yang dikongsikan Mohd Kaharuddin beliau meluahkan perasaan sebak selepas isterinya, meninggal dunia dua hari yang lalu selepas melahirkan anak mereka.
Sebelum pemergian arwah isterinya, suami ini baru saja kehilangan anaknya yang baru dilahirkan akibat komplikasi ketika dilahirkan.
Kerinduan Yang Tiada Penghujungnya
Di laman instagram milik Mohd Kaharuddin, beliau meluahkan perasaan rindu yang tak berpenghujung kepada dua insan kesayangannya.
“Saya reda.. Yang penting awak bahagia bersama Sumayyah.”
“Rindu! Pejam mata nampak awak, bukak mata nampak awak. Tengok anak nampak awak. Makan nampak awak.”
“Rindu yang tiada penghujungnya.. Subhanallah. Di saat anak baru lelapkan mata. Di saat itulah terlalu rindukanmu sayang. Saya reda yang penting awak bahagia kat sana bersama anak kita Sumayyah. Saya harap suatu hari nanti awak pula menjemput saya bersama-sama.”
Dalam mengenang pemergian isteri beliau turut meluahkan perasaan ini. “Awak isteri dan ummi yang hebat!”
Sebagai seorang suami yang menerima takdir dirinya, Mohd Kaharuddin bersyukur kerana dikelilingi insan-insan yang tak putus menasihati dan mendoakannya.
“Terima kasih semua yang memberi nasihat dan doa untuk keluarga kecik saya. Saya tak mampu balasnya. Semoga Allah balas semuanya. Amin.”
Semoga Mohd Kaharuddin Tabah
Dalam pada itu, Persatuan Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFA Malaysia) memuat naik ucapan takziah kepada Mohd Kaharuddin dalam laman sosial mereka.
“Kami di PFAM amat bersedih dengan dugaan yang dilalui oleh beliau dan mendoakan agar saudara Mohd Kaharuddin tabah dengan dugaan dan ketentuan Allah ini. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa kepada Allah agar arwah anak dan isteri beliau diberikan rahmat Allah.”
Sebelum ini, Mingguan Wanita pernah kongsikan penderitaan Nur Izzati Afiqah Hussian, 29, yang mengalami penyakit misteri apabila berat badannya meningkat secara mendadak dalam tempoh 3 bulan.Terkini dilaporkan wanita ini telah meninggal dunia dan kembali ke rahmatullah malam tadi di Kampung Gaung, Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Nur Izzati Afiqah Hussein, 29, mengalami keadaan itu dalam tempoh lima bulan ekoran penyakit misteri itu menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 10.50 malam.
Ibu saudaranya, Zainab Hassan, 57, berkata, sebelum ‘pergi’ Nur Izzati Afiqah mengalami pendarahan luar biasa.
“Mulanya, kami ingatkan dia datang haid tetapi berlaku dalam keadaan yang begitu banyak.
“Darah tersebut keluar pada jam 2 petang dalam keadaan berketul,” katanya.
Hembus Nafas Terakhir
Menurutnya, ketika itu Nur Izzati Afiqah masih boleh bercakap seperti biasa dan kemudian beransur-ansur menjadi lemah sebelum menghembuskan nafas terakhir. Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang yang baik.
“Selain ibunya, saya adalah orang yang cukup rapat dengan arwah kerana setiap hari mengurus dan menjaganya sepanjang dia sakit,” katanya.
Bomba Bantu Urusan Pengebumian
Zainab berkata, jenazah arwah akan disemadikan jam 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gaung.Tambahnya, keluarga terpaksa mendapatkan kerjasama Bomba dan Penyelamat Balai Pasir Mas bagi membantu urusan pengebumian kerana keadaan fizikal arwah.
Sebelum ini melaporkan, kehidupan bekas tenaga pengajar kontrak di Pusat Pembangunan Kemahiran Melaka berubah sepenuhnya apabila berat badannya naik mendadak secara ‘misteri’ apabila mencecah sehingga 200 kg dalam masa tiga bulan.
Sebelum ini adik bongsu Nur Izzati Afiqah, Muhammad Khairul Akram, juga mengalami masalah sama dan meninggal dunia empat bulan lalu pada usia yang muda 25 tahun.
MW: Hebat dugaan yang ditanggung wanita ini, deritanya hingga ke akhir hayat. Salam takziah buat keluarga wanita ini. Semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah.
Di sebuah bilik, seorang anak bersama emak sedang mengemas kotak lama yang mengandungi baju dan tudung lama.Anak:- Mak… semua ni tudung dan kain batik...