Menguruskan kewangan dan perbelanjaan secara teratur dan baik bukanlah satu perkara yang mudah. Perancangan kewangan sangat penting, apatah lagi keutamaan dan matlamat kewangan pula adalah berbeza-beza mengikut setiap peringkat kehidupan yang kita lalui.
Setiap daripada kita akan melalui fasa-fasa kehidupan berdikari yang penting. Ia bermula dari kita bergelar mahasiswa, seterusnya memasuki alam pekerjaan, mendirikan rumahtangga dan sudah tentu fasa mencabar sebagai ibu dan ayah yang memikul tanggungjawab besar terhadap anak-anak.
Justeru itu, dari awal lagi, kita perlu ada kesedaran mengatur kewangan, mempunyai ilmu serta asas dalam menguruskan kewangan sendiri dengan baik. Pengurusan kewangan sendiri pada setiap peringkat kehidupan ini dapat diamalkan dengan beberapa cara. Antaranya ialah, dengan menambah pendapatan dengan melakukan kerja sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, mempunyai simpanan sendiri, melakukan perbelanjaan secara berhemah, membuat pelaburan bijak dan sebagainya.
Bukan apa, ia sebagai persediaan dalam menghadapi kekangan seperti contoh, keadaan ekonomi yang tidak menentu serta perlindungan kecemasan untuk masa depan nanti. Mengetahui hal ini, janganlah sampai kita terlambat dalam menyedari kepentingan mengurus kewangan sendiri mahupun untuk keluarga.
Jika anda masih samar-samar bila kah fasa terbaik memulakan perancangan kewangan mengikut peringkat kehidupan, di sini dinyatakan satu persatu supaya anda lebih jelas.
Pelajar Universiti
Saat bergelar mahasiswa, memang tidak dinafikan kita begitu teruja dengan biasiswa, pinjaman pendidikan dan elaun daripada ibu dan ayah. Hati meronta-ronta untuk membeli barang-barang bukan keperluan belajar seperti pakaian mewah, aksesori, kosmetik dan banyak lagi. Itu adalah satu pembaziran. Berbelanjalah ikut keperluan bukannya nafsu.
Jika perlu membeli buku rujukan, boleh dapatkan daripada pelajar senior dengan membeli pada harga murah malah boleh sahaja muat turun nota-nota yang ada di Internet. Jika hendak ke kuliah dan jaraknya jauh, kita boleh tumpang sahabat yang mempunyai kenderaan dan membayar pada harga berpatutan berbanding membeli kereta. Jadilah mahasiswa yang bijak merancang kewangan. Kita tidak tahu apa kesulitan menanti di hari depan.
Sebolehnya asingkan sebahagian biasiswa atau pinjaman pendidikan yang diperolehi untuk simpanan peribadi bagi tujuan kecemasan. Jika anda dapat membahagikan masa dengan baik, tiada salahnya melakukan kerja separuh masa mahupun memulakan bisnes kecil-kecilan untuk mendapatkan wang saku tambahan. Sekaligus ia dapat membantu menampung perbelanjaan harian, menjana sedikit pendapatan sampingan dan menguasai kemahiran insaniah yang baik selain daripada pencapaian akademik cemerlang yang mana, ini akan dapat mencerahkan lagi harapan anda sebagai seorang pelajar.
2. Alam Pekerjaan
Ads
Memasuki alam perkerjaan dengan kerjaya idaman setelah berhempas pulas menghabiskan pengajian di universiti memang menjadi impian setiap siswazah. Apatah lagi berpeluang mempunyai pendapatan sendiri setanding kelulusan yang dimiliki.
Ini lah peluang kita memperkukuhkan lagi pengurusan kewangan kerana telah mempunyai pendapatan sendiri secara konsisten. Saat ini, kita sepatutnya sudah mula mengenal pasti pecahan pembahagian gaji dengan cekap dan jelas.
Dalam memastikan setiap matlamat kewangan tercapai, penting untuk kita wujudkan tabung khas pada setiap tujuan. Sebagai contoh, ‘Tabung Kecemasan’, perlu ada sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan gaji. Dengan wang ini kita akan gunakan sewaktu menghadapi waktu yang sukar seperti dilanda musibah banjir, kebakaran, kemalangan, diberhentikan kerja dan lain-lain. Anggaran ini adalah supaya kita boleh bersedia apabila diuji dengan keadaan yang tidak dijangka.
Malah sewaktu masih bujang, komitmen diri pastinya tidak sebanyak mereka yang telah berkahwin. Jadi, inilah masanya mengumpul sebanyak mungkin simpanan, aset dan harta serta mengelakkan pembaziran. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan berbanding mengikut kehendak. Paling penting elakkan terikut-ikut dengan trend berbelanja tanpa batasan seterusnya terbeban pula dengan hutang serta tanggungan yang tidak wajar.
Berapa banyak nak menyimpan? Sebagai permulaan, untuk setiap pendapatan yang diperolehi perlu diasingkan untuk simpanan sendiri. Sekurang-kurangnya, buat simpanan 10% daripada pendapatan setiap bulan secara konsisten, kemudian tingkatkan jumlah simpanan sehingga 20% ke 30% setiap beberapa bulan (mengikut kesesuaian). Jika berkemampuan, ada baiknya juga mempelbagaikan simpanan kita, seperti membuat pelaburan bagi menambah nilai dan jumlah simpanan untuk jangka masa panjang, dan lain-lain. Namun begitu, sebelum melakukan pelaburan, pastikan ia merupakan pelaburan yang selamat dan bukan skim penipuan pelaburan.
Ads
Pengurusan kewangan bijak tidak terhenti di situ, malah seawal memulakan pekerjaan, kita sewajarnya sudah menetapkan sasaran simpanan untuk perkara penting lain seperti majlis perkahwinan, deposit pembelian rumah pertama dan sebagainya, untuk memudahkan memasuki fasa peringkat seterusnya nanti. Senaraikan keutamaan agar kita lebih jelas dan tidak tersasar.
3. Bergelar Ibu Bapa
Menginjak ke alam perkahwinan seterusnya bergelar ibu dan ayah, kita tidak dapat lari daripada bebanan tanggungjawab yang lebih besar dan banyak. Tanggungjawab ini hadir bersama komitmen kewangan membeli barangan keperluan bayi dan anak-anak, upah pengasuh, perbelanjaan pendidikan, insurans, percutian keluarga dan banyak lagi. Oleh yang demikian, perancangan kewangan yang baik selepas berkahwin amatlah penting dan memainkan peranan utama dalam keharmonian rumahtangga.
Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu pula, adalah mustahak untuk kita menguruskan kewangan dengan baik menerusi perbelanjaan secara berhemah. Wanita atau isteri selalu dianggap sebagai ‘Menteri Kewangan’ keluarga, kerana peranannya dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Oleh yang demikian, wanita boleh mengamalkan prinsip 50:30:20 dalam menguruskan kewangan, iaitu 50% perbelanjaan, 30% keperluan dan 20% simpanan apabila menerima gaji atau pendapatan pada setiap bulan.
Ads
Selain perbelanjaan bulanan, membesarkan anak-anak juga memerlukan komitmen yang tinggi, dari mereka kecil hinggalah dewasa. Oleh itu, perlu asingkan sedikit pendapatan yang ada untuk tujuan simpanan tabung pendidikan mereka.
Oleh hal yang demikian, bagi membantu kita mengurus dan merancang kewangan lebih baik dan teratur, amalkanlah mencatat setiap perbelanjaan bulanan sama ada keperluan utama atau kehendak semata-mata. Dengan cara ini kita boleh membuat keputusan lebih cekap untuk tindakan selanjutnya. Mungkin dengan cara ini kita terfikir untuk mencari pilihan lain yang lebih berbaloi dan tidaklah kita tersasar daripada kemampuan kewangan semasa. Bukan itu sahaja, kita juga lebih jelas dengan pola perbelanjaan. Ini baik untuk dijadikan rujukan mengurus kewangan keluarga.
Mengurus kewangan bukanlah sesuatu yang sulit jika kita sudah membiasakannya dari awal. Pengurusan kewangan terancang amat penting supaya kita dapat wujudkan struktur kewangan kukuh, tahu hala tuju dan secara tidak langsung meminimumkan risiko yang tidak dijangka kelak. Lebih awal kita merancang pengurusan kewangan, lebih tenang untuk kita hadapi sebarang kekangan yang boleh berlaku.
Iklan ini belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
*Penafian:
Artikel ini disiarkan bertujuan untuk mendidik dan memberikan kesedaran dan tidak harus ditafsirkan sebagai tawaran atau memujuk untuk menerima tawaran atau melanggan produk Kenanga Investors Berhad (“KIB”). Tiada wakil atau jaminan dari KIB, atau sebarang penerimaan tanggungjawab atau liabiliti untuk ketepatan, kesempurnaan atau kebenaran ke atas maklumat yang terkandung.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Betapa luasnya pemandangan apabila mata boleh melihat dengan jelas. Tetapi tidak semua bernasib baik mempunyai penglihatan yang ‘super’ terutamanya apabila usia mula menginjak 40-an. Masalah mata kering sering dihidapi khususnya selepas penat menatap telefon pintar, komputer terutamanya bagi mereka yang bekerja.
Pentingnya juga memiliki mata yang cantik kerana dapat memberikan kesegaran pada mata setelah penat melakukan aktiviti berat seharian. Jadi jagalah mata anda dan hindarkan dari mata menjadi kering. Apabila mata pedih sekaligus akan merembeskan air yang banyak dan ini merupakan petanda awal masalah kekeringan mata.
Kenali Simptom Awal Mata Kering
– Rasa pedih atau panas, gatal.
– Air mata merembes berlebihan dalam tempoh berterusan.
– Sakit dan mata kemerahan.
– Kelopak mata terasa berat.
Kesan Kepada Gejala Mata Kering
– Radang permukaan mata, kelenjar lacrimal atau konjunktiva.
– Mana-mana proses penyakit yang mengubah komponen air mata.
– Peningkatan dalam permukaan mata seperti dalam penyakit tiroid apabila mata menonjol ke hadapan.
– Penyakit kulit pada atau sekitar kelopak mata.
– Pembedahan kosmetik, jika kelopak mata dibuka terlalu meluas.
Penitis Mata Rohto Advanced Dry Aid Legakan Gejala Mata Kering
Sudah mencuba pelbagai produk tapi masih tak berkesan?
-Penitis Mata Rohto Advanced Dry Aid terbaik dan bantu segarkan mata.
-Paling penting rawatlah dengan Penitis Mata Rohto Advanced Dry Aid kerana teknologi formula yang unik dan efektif. Bukan itu saja malah dapat memberikan kelegaan serta menghilangkan rasa keletihan pada mata malahan anda dapat melihat imej dengan lebih jelas.
-Sangat sesuai untuk mata yang kering, tegang dan letih akibat dari terdedah dengan penggunaan televisyen atau komputer.
-Efektif untuk menghasilkan air mata secara semulajadi oleh mata.
Teknologi Tearshield Dari Jepun, Rohto Jenama Penjagaan Mata No.1 Di Dunia
Penitis mata Rohto Advanced Dry Aid dengan teknologi TearShield dari Jepun dan 4 bahan efektif untuk memulihkan keseimbangan lapisan lipid. Mencegah geseran dan air mata dari tersejat. Melincir dan melegakan 8 gejala mata kering.
Ketahui 8 Gejala Mata Menjadi Kering
Sensitif terhadap lampu.
2.Kemerahan di mata.
3.Penglihatan kabur.
4.Mata berair.
Mata letih.
Mata gatal.
Sensasi menyengat dan terbakar di sekitar mata.
Lendir melekit di kelopak mata anda.
Melegakan mata sehingga 12 jam. Malah Rohto juga merupakan jenama penjagaan mata No.1 di dunia.
Berbeza dengan jenama ubat titis mata yang lain, Penitis Mata Rohto Advanced Dry Aid memberi kelegaan buat mata kering. Bertindak pantas, tidak kabur, keselesaan unggul dan penghidratan yang berpanjangan. Paling penting ianya selamat diperbuat daripada air tulen standard Pharmacopoeia Jepun.
Setiap botol hadir dalam reka bentuk botol ramping jernih menunjukkan ketulenan & kejelasan titisan mata. Paling penting mudah digunakan. Malah muncung unik pada botol juga membolehkan penggunaan yang tepat.
Eyra Hazali dan suaminya Muhammad Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol JDT baru-baru ini telah berkongsi tentang keadaan anak mereka yang baru berusia tiga bulan dikatakan telah mengalami masalah jangkitan paru-paru atau pneumonia.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 ini telah dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq pada 14 Ogos lalu.
Eyra Hazali, Alhamdulillah Ujian Covid Negatif
Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Eyra memaklumkan Muhammad Hayder dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas doktor mengesan masalah pada bahagian paru-paru.
“Alhamdulillah,officially turns 3 months old today !
“First of all,thank you for all your prayers and good wishes for Hayder. Hayder was admitted to the hospital due to pneumonia ( lung infection/ jangkitan paru paru) . When his doctor told me this,I was in denial at first because he is too young to face this.
“Tengok dia kena cucuk jarum,nangis kena buat covid test ( Alhamdulillah negative) , masukkan ubat,ambil gas,Allahuakbar…But he’s such a strong boy,a fighter. My fighter. After all the cries and screaming,he still managed to give us the brightest smile and his smile makes me stronger.
“Im so sorry you have to go through this sayang,Mama would do anything to take your place,your pain. May Allah ease everything,may Allah bless you with good health and long life. Mama and papa love you so much sayang. Our Strong Boy ️”
Senyuman Hayder Buat Eyra Terus Kuat
Malah ibu muda ini juga pada mulanya tidak percaya bayi sekecil Hayder perlu berhadapa dengan penyakit itu. Namun Eyra juga akui Hayder seorang bayi yang kuat, walaupun menangis dan menjerit namun selepas itu dia mampu tersenyum. Senyuman itulah yang membuatkan Eyra terus kuat.
Seperti mana yang dipetik menerusi portal Astro Gempak, Eyra juga menyatakan anaknya kini semakin pulih dan telah dibenarkan pulang semalam.
“Dia aktif tapi tak selesa sebab ada kahak. Tapi Alhamdulillah, keadaan dia kini semakin baik dan hari ini dibenarkan pulang tapi masih perlu follow up dengan doktor,” ujarnya.
Sumber: Instagram Eyra Hazali & Astro Gempak Sumber/Sumber Foto: Instagram Eyra Hazali Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Meriah. Itulah ungkapan pertama untuk menggambarkan suasana Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) yang berlangsung pada 12 Mac 2023 lalu di Setia City Mall. Fiesta ini adalah salah satu aktiviti komuniti di bawah kempen Bangkit Wanita oleh Mingguan Wanita yang bermatlamat membantu ramai wanita memperkasakan ekonomi keluarga dan diri.
Fiesta penuh warna-warni ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat bersama Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd iaitu Syamil Fahim serta CFO Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), Mohd Azahar Mohd Salleh dan isteri. Kehadiran selebriti terkenal yang juga duta CSR iaitu Marsha Milan Londoh turut mencuri perhatian.
Walaupun fiesta berlangsung sehari sahaja, namun, ia memberi pengalaman menarik dan bermakna kepada 40 pengusaha biskut raya. Inilah masanya untuk giat mempromosi produk sempena sambutan Hari Raya secara terus kepada pelanggan selain berniaga atas talian.
Selaku penaja utama fiesta, CSR melihat acara ini dari sudut positif apabila pengusaha meraih pelanggan baharu untuk tempahan pra hari raya menerusi pek sampel biskut raya yang diedarkan.
Penganjuran fiesta telah mendapat sokongan dan pujian daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hajjah Aiman Athirah Sabu. Menurut beliau, usaha ini selari dengan kempen anjuran pihak kementerian iaitu Wanita Bangkit. Beliau turut menyarankan agar akan ada kerjasama antara penganjur Fiesta Homebakers di masa akan datang bersama kementeriannya.
Pihak CSR pula melihat penganjuran ini sebagai salah satu usaha terbaik mendekati komuniti pengusaha biskut, kek, pastri, roti dan lain-lain. Menerusi fiesta ini juga, pihak CSR turut giat mempromosikan kempen pengambilan gula secara sederhana di kalangan penggunanya bagi mengurangkan kadar obesiti dan kencing manis di kalangan masyarakat.
Padat dengan pelbagai aktiviti menarik, kemeriahan fiesta ini dimulakan dengan pertandingan susun biskut raya disusuli dengan pertandingan Biskut Raya Gergasi Challenge X pelajar Kulinari. Pertandingan unik ini menerima penyertaan 36 pelajar dari Saito College Universiti, Food Institute of Malaysia (FIM) dan Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasek Kemamam Terengganu.
Pertandingan menguji kreativiti para pelajar kulinari menghasilkan biskut raya terbesar dengan mengekalkan rasa sebenar dan bentuk asal biskut. Juara iaitu Kumpulan Zucchero dari IKBN membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM700, serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan tajaan CSR serta sijil penyertaan. Zucchero telah menghasilkan biskut raya Giant Golden Cornflakes seberat 15 kilogram dan menggunakan gula jenama CSR sebagai salah satu bahan utama mereka.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi tempat saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta juga diserikan dengan kemunculan Arieni Adriena, pengasas Gula Cakery yang melakukan demo bancuhan topping biskut serta cara menghias. Menurut Arieni, ia adalah sesuatu yang amat mudah disediakan dan jika mahir dengan ramuan bancuhan, biskut boleh dihias secara kreatif dan menarik. Selain itu sesi demo membuat biskut kurang manis dan gerenti sedap turut ditunjukkan oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu CikDayang yang sangat popular menjalankan kelas-kelas masakan PJJ.
Antara aktiviti menarik lain untuk penyertaan pengunjung ialah acara pertandingan tekan-tekan semperit, teka biskut raya yang begitu gamat bersama Marsha Milan apabila peserta ditutupkan mata dan perlu meneka nama biskut yang diberikan.
Keceriaan fiesta berterusan dengan sesi demo bersama penaja bersama iaitu marjerin Adela bersama Chef Azreen yang menunjukkan cara membuat biskut Pecan Crispy Caramel seterusnya bersama pihak Fruttose dalam segmen Citra Rasa Fruttose.
Pengunjung turut berpeluang menerima banyak hadiah tajaan CSR menerusi Pop Kuiz bersama CSR yang menguji pengetahuan peserta tentang produk keluaran. Acara ini secara tidak langsung mendedahkan pengunjung tentang penggunaan gula keluaran CSR yang berbeza mengikut jenis gula, contohnya BETTER BROWN yang sesuai untuk penyediaan pelbagai jenis minuman dan makanan. GULA KASTOR yang sesuai untuk kek, biskut, kuih-muih dan manisan dan GULA AISING yang sesuai untuk topping kek & pastri.
Kemuncak kemeriahan fiesta adalah pengumuman pemenang tiga kategori vendor iaitu Vendor Sampel Biskut Terlaris dimenangi oleh Ayu Bakery. Bagi kategori Vendor Booth Tercantik dimenangi oleh The Kelopak Bakes dan Vendor Paling Aktif Promosi di Sosial Media iaitu Yums Delicacies. Setiap pemenang membawa pulang sejumlah 36 kilogram gula Better Brown tajaan CSR. Hadiah yang sangat bernilai bagi para homebaker. Sebagai penutup tirai fiesta, semua vendor terlibat turut diberikan sijil penghargaan penyertaan.
Fiesta Homebakers ini boleh dijadikan platform permulaan membawa jenama para pengusaha biskut melakar kejayaan lebih besar di masa akan dan semoga dapat menyertai lagi fiesta seumpamanya untuk siri kedua pula.
Untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang CSR, boleh klik link ini CSR Teman Sajian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...