Bila nak buat BBQ, perkara yang paling penting adalah pes perapannya perlulah sedap, secukup rempah dan rasa. Buat mak-mak yang bercadang untuk buat bbq bersama anak-anak dan keluarga, boleh cuba resipi pes perapan simple tapi sedap yang dikongsikan oleh Puan Iza Abu Bakar ini.Lebih jimat, sedap, dijamin halal dan bersih tak perlu beli pes perapan lagi.
“Sepertimana yang Kak Za janjikan hari tu, Kak Za nak share pasal pes perapan untuk bakar bakar ayam, daging, ikan, sotong dan udang.Ramuan rahsia ni memang simple je tapi diakui sedap oleh ramai orang yang pernah mencubanya la.”
“Memang makan tak tengok kiri kanan dah ni.”
Ok, jom kita tengok bahan bahannya.
2″ Lengkuas *
3″ Halia *
6 ulas Bawang putih *
5 ulas Bawang merah *
4 labu Bawang besar *
3 batang Serai *
6 biji Limau kasturi (diperah dan diambil airnya) *
3 sudu besar Serbuk rempah sup *
2 sudu besar Serbuk kunyit *
Garam secukup rasa
Air satu cawan (untuk mudahkan proses blend)
Blend bahan yang bertanda (*)
1.Selepas selesai blend atau kisar bahan bahan yang bertanda (*) tersebut masukkan garam secukup rasa.
2.Dah boleh perap daging, ayam dan sebagainya. Biarkan selama sejam. Lagi lama lagi sedap sebab daging atau ayam dah mesra dan sebati dengan bahan perapan tersebut.
3.Kalau ada lebihan bahan perap ni boleh disimpan dalam freezer.
Ok, selamat mencuba.
Nak #Share dipersilakan. Kak Za izinkan. Semoga dapat bantu jika nak berBBQ atau nak makan cara sihat. Bakar bakar je dah siap.
#NOTA PERAP :
Kalau suka boleh letak penambah rasa tapi jangan banyak sangat, secukup rasa is okay.
#SayaSukaMasak
#SimpleTapiSedapp
Baca Di Sini: Cara Mudah Bakar Ikan Dengan Arang, Letak Dalam Periuk Masak Atas Api Dapur!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang mencari resipi pes perapan simple tapi sedap dan sesuai sangat jika nak buat BBQ. Selamat Mencuba!
Sumber: Iza Abu Bakar