RAMUAN Berkesan Guna 3 Bahan, Takde Dah BERUK & KERA Datang!

Share

Memang geram dan menyusahkan jika kebun atau jika rumah sering didatangi beruk, kera mahupun babi hutan. Masakan tidak, habis semua pokok-pokok dirosakkan dan tak sempat menuai hasil tanaman.Malah bertambah risau jika binatang tersebut agresif, ia boleh mengundang bahaya pula.

Mak-mak yang berkebun dan ada masalah dengan monyet, kera, beruk mahupun babi hutan boleh cuba cara dan ramuan yang dikongsikan oleh Roz Othman ini sebagai panduan. Katanya berkesan dalam dalam menghalau haiwan perosak ini.

Ni tips dari FB Group Kebun Bandar. Sesiapa yang ada masalah cik monyet atau cik ‘babi’ boleh cuba cara ni. InsyaAllah berkesan.

Buat dekat kampung MIL Hari tu, kera dengan beruk sekali datang dalam 30 ekor, habis buah durian dan bachang digugurkan. Buah durian dah besar-besar bola sepak tu, tapi masih muda tergolek bawah pokok.

Lepas guna tips ni, tak de dah datang beruk dan kera tu. So, conclusionnya, BERJAYA!

Bahan-Bahan:

6 paket Ubat gegat (tumbuk bagi hancur)
6 keping Belacan (hancur hancurkan dengan tangan)
250 gram Tepung gandum
Kain Merah secukupnya

Cara Membuat:

1. Campur ketiga-tiga bahan ni, bungkus macam dalam gambar yang saya buat.

2.Selepas tu gantung di mana-mana saja laluan cik nyet atau cik bi tu.

3.Kuantiti agak-agak je la, hari tu Roz guna 6 keping belacan, 6 packet sedang ubat gegat, 250gm tepung gandum.

Ada testimoni kata cik nyet terkinja-kinja melompat lepas dia pegang 1 bungkusan yang sangkut di pokok.

Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Pegawai Bomba Pesan Simpan Semburan Racun BAYGON Di Rumah, Berkesan Halau Ular!
Baca Lagi Di Sini:Campuran RAMUAN Berkesan Halau Ular & Tikus, Letak Dekat Penjuru Rumah!
Artikel Menarik:Cegah Jangkitan Demam Denggi, Tanam Pokok Penghalau Nyamuk Ini Kawasan Rumah!

Mingguan Wanita: Mak-mak yang berkebun dan ada masalah dengan monyet dan babi boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Guna ubat gegat, belacan dan tepung gandum sahaja.

Sumber: Roz Othman

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab