Jangan pernah rasa tak selamat, bila ada hobi ’kerap tukar warna rambut’. Ada wanita yang berasa susah hati bila kerap kali warnakan rambutnya. Bimbang rambut rosak.
Boleh saja, penuhi hobi tukar warna rambut ikut warna idaman asalkan tahu cara macamana nak kekalkan rambut sihat, cantik lagi beralun.
Sebelum itu, kenalah tahu punca kerosakan rambut ketika mewarnakan rambut. Dalam sesetengah produk pewarna rambut terdapatnya kandungan bahan kimia iaitu ammonia.
Ammonia inilah yang menyebabkan rambut malah kulit kepala rosak. Sebelum jadi lebih melarat, hadamkan dulu macam mana nak pastikan rambut sihat, walaupun warnakan rambut berkali-kali.
Pertama : Baca Betul-betul Kandungan Pewarna Rambut Sebelum Beli
Jadi, semasa memilih produk pewarna rambut di pasaran, carilah kandungannya yang berasaskan bahan alami malah bebas bahan kimia ammonia.
Tiga bahan alami ini; Minyak Zaitun, Minyak Badam dan Minyak Avokado, wajib ada dalam produk pewarna rambut. Lagipun, setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing.
Ads
Minyak Zaitun
Minyak zaitun ini pun antara pemakanan sunnah. Kelebihan minyak zaitun adalah dapat menjadikan akar rambut lebih kuat, sihat dan hidari masalah kebotakan.
Minyak Badam
Minyak badam atau Almond ini mengandungi vitamin E yang dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. Bagus untuk elak rambut bercabang. Lagi-lagi, anda yang ada masalah rambut kering setelah diwarnakan.
Minyak Avokado
Bagus untuk menghilangkan kelemumur dan mencegah keguguran. Ia juga melindungi rambut daripada rosak akibat terdedah sinaran matahari yang terlalu lama. Malah, bertindak sebagai pelembap yang sangat baik.
Kedua : Pelihara Kelembapan Rambut Selepas Diwarnakan
Setelah memilih produk pewarna rambut yang sihat dan selamat. Pastikan anda memakai syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda. Penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala, membantu rambut kekal sihat.
Jangan lupa pakai perapi rambut selepas bersyampu. Dan gunalah masker rambut sebaiknya sekali seminggu. Tujuannya untuk mengekalkan kelembapan rambut tidak terjejas.
Ketiga : Kurangkan Hair Styling Ya!
Maksudnya di sini, selepas mewarnakan rambut, janganlah terlalu kerap lakukan styling rambut misalnya rebonding ataupun curling. Haba panas dari alat styling ini akan menyebabkan rambut berwarna mudah kering dan rosak.
Ads
Produk Pewarna Rambut Halal Alami Ini Selamat, Walau Berkali Warnakan Rambut
Lagipun, di pasaran sekarang ada produk pewarna rambut halal alami yang sesuai untuk anda buat sendiri mewarna rambut di rumah.
Pewarna Garnier Color Naturals yang berstatus halal (sila rujuk pada pek untuk logo halal) adalah solusi untuk anda yang gemar mewarnakan rambut berkali-kali.
Ia solusi untuk menjadikan rambut lebih berkilau.
Ads
Pewarna rambut Garnier Color Naturals didatangkan dengan 2 produk pilihan iaitu pek kit dan sachet. Pek kit diperkaya dengan 3 minyak semulajadi iaitu minyak zaitun, badam dan avokado. Setiapnya berfungsi menjaga ketahanan warna dan rambut terawat selamat 8 minggu.
Formulasinya tanpa ammonia malah telus air, membuatkan rambut 5 kali lebih berkilau dari biasa.
Manakala pek sachet, diperkaya dengan minyak badam dan Serum Extra Shine yang membuatkan rambut 5 kali lebih berkilau dari biasa, telus air malah tanpa ammonia.
Anda yang gemar mewarna rambut, ada 6 pilihan warna untuk anda. Antaranya, Hitam Alami, Coklat Gelap, Merah Burgundy, Coklat, Coklat Caramel dan Merah Berry.
Pembungkusan yang lebih moden dan premium ini cuma menawarkan harga berbaloi-baloi untuk pembelian. Pek sachet hanyalah RM8.40, manakala pek kita berharga RM19.90.
Belian boleh dibuat di farmasi, pasaraya, pasaraya besar dan belian online di :
Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah. Bahkan amalan ini sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana bulan ini Allah Taala menjanjikan bagi tiap-tiap amal soleh itu akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.
Ramadan bulan yang mulia ini adalah waktu yang terbaik untuk bersedekah, sempena itu juga pihak PTPTN telah berbesar hati menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga asnaf yang terjejas disebabkan Pandemik Covid-19. Malah PTPTN juga telah menyempurnakan kelengkapan sambutan Aidilfitri Zaki Udin dan isterinya, Junaidah Isa sekeluarga.
Pasangan ini tidak mempunyai pendapatan tetap dan bergantung kepada jualan nasi lemak, kerja-kerja pembersihan dan baik pulih rumah orang. Mereka merupakan keluarga yang dipilih melalui Yayasan Basmi Kemiskinan.
Rezeki Rahsia Allah, Hajat Bawa Anak Beli Belah Baju Raya Termakbul
Sememangnya rezeki yang hadir tidak diduga buat pasangan asnaf Zaki Udin dan Junaidah Isa yang menetap di Shah Alam, Selangor. Menerusi program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita mereka sekeluarga bukan sahaja berpeluang membeli belah pakaian raya bersama Ketua Eksekutif PTPTN iaitu Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, malah menikmati jamuan berbuka puasa di hotel dan menerima duit raya dalam bentuk pembukaan akaun SSPN-i.
Sememangnya rezeki yang tertulis itu adalah rahsia dari Allah. Malah hajat pasangan ini yang terpendam bertahun hendak bergaya dengan baju raya baharu termakbul daripada satu panggilan telefon.
“Alangkah baiknya kalau kita boleh dapat sumbangan hadiah pakaian hari raya untuk anak-anak macam dalam iklan radio ni kan bang?” tutur puan Junaidah kepada suaminya.
Enam Tahun Tidak Ada Baju Raya Baru
Siapa sangka beberapa hari setelah mendengar iklan tersebut, Junaidah ibu kepada sepuluh orang anak ini dihubungi pihak Mingguan Wanita mewakili PTPTN menyampaikan berita tidak disangka.
“Saya rasa sangat terharu, bila keluarga saya terpilih dalam kempen Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita. Berterima kasih banyak-banyak kerana tak sangka tahun ini dapat bawa anak-anak membeli belah.
‘Secara jujur sejak enam tahun lalu kami sekeluarga tak ada baju raya apatah lagi baju raya sedondon. Bila anak-anak dapat membeli belah mereka rasa seronok malah selepas pulang mereka membuat sebuah karangan yang menggambarkan perasaan girang mereka sewaktu membeli belah.
“Anak-anak sangat berterima kasih dan berdoa apabila mereka sudah besar nanti mereka juga ingin membantu orang lain seperti mana pihak PTPTN berikan kepada mereka. Apatah lagi bila dapat berbuka puasa di hotel. Mereka dah biasa tak boleh membazir dan bertanya kepada saya tak mahal ke mama makan di hotel? Saya terangkan pihak PTPTN belanja makan dan anak-anak begitu girang. Sememangnya tak dinafikan kami sekeluarga rasa teruja dan berbesar hati bila PTPTN meraikan kami.
“Lagi-lagi bila dapat tahu Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut sama hadir berbuka bersama. Anak-anak tambah ceria. Syukur dengan layanan yang diberikan PTPTN yang mana jasa baik mereka kami tak akan lupakan sampai bila-bila,” ujar ibu kental ini yang sentiasa sedaya upaya menyediakan yang terbaik buat sembilan orang anaknya.
Disebalik keceriaan Junaidah dan suami menyambut Ramadan dan Syawal, sebenarnya hati kecil mereka sentiasa berasa sedih bila teringatkan anak sulung yang meninggal dunia tiga tahun lalu.
Keluarga Asnaf Teruja PTTN Belanja Makan Di Hotel
Seusai membeli belah, keluarg Zaki Udin dan isterinya, Junaidah Isa dibawa pula berbuka puasa di Acapella Hotel, Shah Alam.
Selain Encik Ahmad Dasuki turut hadir bersama, Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN dan Puan Wan Zawiah, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat Dan Pemasaran PTPTN.
Sepanjang majlis berbuka puasa ini Norman dan Memey melayan anak-anak pasangan ini dengan penuh mesra lagi. Apatah lagi si kecil yang bernama Ashraf bagaikan tidak boleh berengang dengan Norman.
Terpancar wajah keriangan pada wajah enam orang anak pasangan ini. Apatah lagi dengan kehadiran pasangan selebriti popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
Sempurnakan Raya Beri Keceriaan & Kegembiraan Buat Ahli Keluarga Puan Junaidah – Ahmad Dasuki
Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita ini memberikan keceriaan buat Puan Junaidah sekeluarga.
“Ini adalah program CSR tahunan yang dijalankan oleh PTPTN untuk mendampingi masyarakat. Dilaksanakan setiap tahun menjelang Ramadan dan menyambut Syawal. Kajian pemilihan mereka yang terjejas pendapatan disebabkan Pandemik Covid-19. Mendapat maklumat juga dari Yayasan Basmi Kemiskinan.
“Saya terharu dapat berjumpa dengan keluarga Puan Junaidah yang mempunyai sembilan orang anak tapi yang hadir untuk membeli belah enam orang anak. PTPTN atas dasar tanggungjawab CSR kita kongsikan apa yang kami ada untuk membantu keluarga Puan Junaidah. Selaras dengan hashtag kami, #kami kongsi kami bantu.
“Selepas membeli belah di Jakel Shah Alam, Team CSR PTPTN sekali lagi telah membawa Puan Junaidah sekeluarga berbuka puasa di Hotel Acapella, Shah Alam. Kita bawakan tetamu istimewa pasangan selebriti popular Norman Hakim dan Memey Suhaiza untuk memeriahkan lagi suasana berbuka puasa. Sempurnakan Raya ini memberi keistimewaan kepada keluarga Puan Junaidah bahawa apa jua keadaan yang berlaku mereka jua berhak mendapat suasana gembira menjelang hari raya.
“Bagi PTPTN juga kami menyediakan sedikit simpanan kepada keluarga Puan Junaidah dalam bentuk akaun simpanan. Tujuan utama untuk menggalakkan keluarga Puan Junaidah memulakan penabungan akaun SSPN. Bagi memastikan anak-anak beliau seramai sembilan orang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi walau apa jua yang berlaku kepada keluarga Puan Junaidah. Program Sempurnakan Raya ini akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang, memandangkan ianya memberi manfaat yang jelas kepada masyarakat terutamanya buat keluarga asnaf seperti keluarga Puan Junaidah,” jelas Encik Ahmad Dasuki.
Norman Hakim & Memey Suhaiza Terharu, Teruja & Gembira
Pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang dijemput khas juga berasa sangat teruja dan gembira dapat meraikan keluarga asnaf ini.
“Rasa terharu, teruja dan gembira diberi peluang bersama-sama diberikan kesempatan dan peluang meraikan keluarga Encik Zaki dan Puan Junaidah. Selain itu saya dan Memey juga dapat memeriahkan lagi persiapan hari raya enam daripada sembilan anak-anak mereka.
“Ini satu pengalaman yang manis terutama pada bulan Ramadan. Selain dapat meraikan golongan asnaf kita dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia. Sebab kita tak nak ada jurang dalam kehidupan ini.
“Perasaan rasa kesyukuran dan kepuasan, sejujurnya pemgalaman ini terngiang-ngiang dalam memori. Anak lelakinya yang kecil, Ashraf sangat peramah dengan abang dan yang perempuan rapat dengan Memey. Macam-macam soalan yang mereka bertanya menyentuh hati dan perasaan, contohnya mereka tanya anak-anak abang pakai handphone? Best tak ada handphone? Seronok tak dapat naik kereta besar, selesa ada orang bawa? Pada saya yang boleh saya cakap pada mereka, dalam kehidupan ini kita kena amalkan konsep bersyukur. Jangan buat perbandingan sesama manusia. Bersyukur dengan apa yang kita ada. Dapat bersama dengan orang tersayang pun adalah satu nikmat yang terkata. Tak ada jurang sesama manusia. Sudut material Cuma luaran saja.
“Ini adalah modul yang terbaik dari pihak PTPTN, program Sempurnakan Raya PTPTN X Mingguan Wanita yang berkonsep bersedekah dan berkongsi rezeki. Adalah sesuatu yang sepatutnya diadakan dari semasa ke semasa. Paling penting nawaitu kita untuk membuat konsep sebegini.
“Kalau buat sesuatu biarlah datang dengan keikhlasan. Sedekah yang terbaik adalah apabila kita menghulur tangan kanan tangan kiri tak nampak apa yang tangan kanan bagi. Bila kita buat konsep bersedekah terang-terangan supaya kita dapat memberi satu inspirasi kepada orang di luar sana. Dimana mereka yang berkemampuan membuat perkara yang sama kepada golongan asnaf ini. Pada saya niat kena betul, jujur dan ikhlas kerana Allah SWT,” ungkap Norman.
Norman bersama adik Ashraf.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim ke-4 rancangan realiti amal yang dinanti-nantikan, Kongsi Kasih, kembali dengan episod pertamanya yang mengundang rasa sebak dan keinsafan. Mengangkat tema ‘Kongsi Kasih, Jejak Jalanan, episod ini menampilkan kisah sebuah keluarga yang berjuang meneruskan kehidupan di sebalik cabaran ekonomi dan kesihatan.
Suami & Anak-Anak Perlu Perhatian Khusus
Episod pertama membawa penonton menyelami kisah Puan Saliza, seorang suri rumah yang berhadapan dengan komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis namun perlu menumpukan perhatian dan penjagaan terhadap dua orang cahaya matanya orang kelainan upaya atau OKU berusia 11 tahun dan 5 tahun yang turut berdepan dengan masalah kesihatan.
Keadaan kesihatan Saliza juga sebenarnya tidaklah begitu baik apatah lagi dirinya mempunyai penyakit asma kronik. Setiap bulan dia perlu menjalani rawatan pemeriksaan kesihatan di Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk pemeriksaan anak-anaknya.
Kesempitan dari sudut kewangan kadang-kala menyebabkan dirinya terpaksa menunda temujanji rawatan di hospital apatah lagi hanya berharap menunggang motorsikal untuk membawa anak-anak ke hospital.
Sokongan Perfume Paradise
Menerusi episod ini, pasukan Kongsi Kasih bersama penaja, Perfume Paradise tampil memberikan sokongan moral dan bantuan kepada keluarga Puan Saliza.
Menurut pengasas Perfume Paradise, Nur Afiqah Amran, dia sebenarnya terkesima dengan kehidupan Puan Saliza yang kuat semangat meskipun terpaksa berhadapan dengan dugaan kehidupan.
Pihak Perfume Paradise juga turut membuka peluang dan ruang untuk keluarga ini menjana pendapatan sampingan melalui Perfume Paradise di samping memberikan sokongan secara menyeluruh dari bimbingan pemasaran hingga produk berkualiti yang mudah dijual.
Pengacara rancangan Kongsi Kasih musim ke 4, Haze Huzir berkongsi momen berkunjung ke kediaman Puan Saliza yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong yang menyentuh hati pengacara ini apabila melihat kanak-kanak berusia 5 tahun yang berhadapan dengan masalah kesihatan iaitu kepala besar ini menyambut kedatangan tetamu dalam suasana penuh gembira.
“Kami percaya bahawa setiap insan yang menghadapi kesukaran berhak diberikan peluang kedua. Melalui Kongsi Kasih, kami bukan sahaja ingin membantu, tetapi juga memberi inspirasi kepada masyarakat untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain,” ujarnya.
Menurut Puan Saliza, sejak Fatimah berada di dalam kandungannya, keadaan tumbesaran Fatimah telah dikesan tidak normal. Doktor mengesahkan otak Fatimah nipis dan dipenuhi air.
Malah sejak bayi lagi, perlu berhati-hati memegangnya kerana kepalanya besar dan badannya semangat. Tetapi sebagai ibu, sudah tentu saya beranikan diri untuk menguruskannya sehingga kini,”ujar Saliza memulakan bicara.
Meskipun berhadapan dengan masalah kesihatan, Saliza sentiasa memanjatkan doa semoga suami dan anak-anak berada di dalam lindunganNya apatah lagi suami juga berhadapan dengan masalah kesihatan yang kronik.
Selain diuji masalah kesihatan anak, Puan Saliza turut perlu menguruskan emosi dan tingkah laku anak perempuannya yang mempunyai masalah lembam dan sering dibuli di sekolah akibat kekurangannya itu. Anak kedua beliau juga merupakan pemegang kad OKU, masalah pembelajaran dan hyperakftif.
Berkat kesabaran dan kerjasama dari pihak guru, Puan Saliza berharap anaknya itu memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih tenang dan bersemangat.
Episod 1 turut menyaksikan kesusahan hidup tidak mematahkan semangat, malah memberi dorongan kepada insan-insan ini untuk bangkit dan meneruskan kehidupan dan bersabar menghadapi setiap dugaan dalam kehidupan.
Sokongan Penguat Semangat
Selain kisah keluarga Puan Saliza, episod pertama juga memaparkan kisah bekas penyampai radio, Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran yang menghidap kanser prostat dan kanser itu kini sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru.
Kieran terharu apabila ramai rakan artis tampil membantu apabila dirinya ditimpa musibah. Hatinya tersentuh kerana ramai teman masih ingat kepadanya biarpun sudah 10 tahun meninggalkan dunia penyiaran.
“Ramai yang prihatin, Alhamdulillah Allah kurniakan saya sahabat yang baik-baik. Terima kasih kepada semua,” katanya yang beroleh semangat yang kuat untuk pulih.
Saksikan tayangan episod Kongsi Kasih Jejak Jalanan di Astro Prima, setiap
Jumaat jam 7 malam bermula 14 Februari, dan hayati kisah-kisah penuh
inspirasi yang menyentuh hati. Mari bersama kami menyebarkan kasih dan kebaikan
kepada komuniti yang memerlukan.
KULIT licin, mulus, kemerah-merahan, bebas pigmentasi dan garisan kedutan tidak akan dimiliki individu sepanjang masa. Itu adalah lumrah dan hakikat yang harus diakui oleh setiap individu. Proses penuaan pra-matang menjadikan keanjalan kulit yang melindungi otot serta organ manusia semakin berkurangan.
Penggunaan produk yang betul dengan mengetengahkan elemen penjagaan wajah yang semulajadi dan holistik menjadi kegemaran wanita moden masa kini. Jadi, penggunaan produk yang bersesuaian dengan jenis kulit banyak membantu wanita mengekalkan kejelitaan sebaiknya secara semulajadi.
Kulit Mulus Wanita Jepun Jadi Dambaan Wanita
Wanita Jepun melakukan sekurang-kurangnya empat rutin penjagaan kulit iaitu proses membersihkan wajah secara berganda serta pelembapan berganda. Ternyata keperluan memakai pencuci wajah yang bersesuaian penting untuk menghilangkan noda dan kotoran di wajah secara menyeluruh pada kulit. Ia penting untuk memastikan wajah terpelihara dan sekaligus menghilangkan solekan, sel kulit mati, minyak dan kotoran pada wajah.
Wanita Jepun menjaga kecantikan kulit melalui pelembapan serta memberi tumpuan kepada membekalkan kulit kelembapan maksimum dengan tekstur yang sangat ringan yang tidak membebankan kulit walaupun dalam cuaca panas dan lembap.
Hada Labo Hydrating Snow Dew dipertingkatkan dengan formulasi terbaharu mengandungi 2 kali Prebiotics yang memberikan kelembapan maksimum pada kulit. Hada Labo Snow Dew turut menawarkan lebih daripada sekadar kelembapan, ia juga anti-cahaya biru dan mampu memperbaiki penghalang kulit yang lemah untuk kulit yang sihat dan bersinar secara semulajadi.
Jenama penjagaan kulit dari Jepun ini mengetengahkan konsep “Japanese Way Of Beauty” di mana ia menekankan 4 aspek iaitu:
– Kelembapan secara mendalam sebagai kunci mendapatkan kulit yang halus mulus.
– Menggunakan sumber semulajadi yang berkualiti tinggi.
– Mengandungi sumber penting, tidak lebih ataupun kurang.
– Menekankan regim penjagaan kulit yang ringkas tapi memberi reaksi positif.
Hada Labo Hydrating Snow Dew direka khas untuk kulit Wanita Asia. Tekstur sorbet yang ringan dan menyegarkan ini mudah meresap ke dalam kulit sambil menyediakan kelembapan optima tanpa meninggalkan sisa berat atau berminyak. Ia adalah pilihan yang sangat baik untuk kulit normal, berminyak, atau kombinasi yang memerlukan kelembapan tanpa rasa berat.
Didatangkan dalam tekstur krim yang ringan, ia merupakan pilihan terbaik untuk kulit normal, berminyak atau kombinasi. Kulit kekal lembap tanpa rasa berat, selain bersifat anti-blue light dan mampu merawat rintangan kulit yang lemah agar kembali sihat semula jadi.
Selain itu, Hada Labo Hydrating Snow Dew mengandungi Prebiotik yang berfungsi menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik sekaligus membantu menguatkan rintangan semula jadi kulit, menjadikannya lebih tahan terhadap tekanan persekitaran.
Lebih Istimewa, gabungan empat jenis Asid Hyaluronik (HA) dan Ceramide sangat berkesan memberi hidrasi terhadap setiap lapisan kulit. Asid Hyaluronik juga membantu menguatkan rintangan semula jadi kulit, menghalang kehilangan lembapan dan meningkatkan kapasiti pengekalan kelembapan kulit secara keseluruhan. Penghidratan yang mendalam ini boleh menghasilkan kulit yang lebih gebu, licin dan lebih muda.
Rahsia kejelitaan Wanita Jepun nampaknya telah dibongkar oleh Hada Labo Hydrating Snow Dew. Produk ini bebas kandungan alkohol, minyak mineral, paraben MIT & Diglycol. Ia juga amat sesuai untuk kulit sensitif .
Untuk hasil yang lebih optimum, gunakan pada waktu pagi dan malam selepas menggunakan Losyen Pelembap Hada Labo. Usah sesekali mengabaikan merawat wajah. Mungkin itu rahsia kejelitaan wanita Jepun yang perlu diberi perhatian khusus oleh wanita Malaysia untuk kekal awet muda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...