Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan rambut yang tak pernah dicuci mahupun dipotong bertahun-tahun lamanya. Sedangkan dua tiga hari tak cuci rambut pun dah berminyak-minyak, gatal, tak selesa serta sakit kepala.
Seorang wanita warga emas berusia 83 tahun memiliki rambut sepanjang enam meter selepas tidak dipotong sejak dia berusia 19 tahun.Nguyen Thi Dinh dari wilayah Ben Tre bukan sahaja tidak pernah memotong rambut, malah tidak pernah mencucinya sehingga dia dilihat seakan ular tedung.
Portal Odditycentral.com melaporkan wanita itu mengakui tidak memotong rambut sejak remaja kerana mengalami sakit kepala serius sehingga memerlukan rawatan khusus.
Walaupun menerima rawatan, sakit kepala dialami berpanjangan dan semakin pulih apabila rambutnya mulai panjang.Melihat keadaan itu sebagai rawatan, Thi Dinh membuat keputusan tidak memotong rambut sehingga kini.
“Saya juga tidak mencuci rambut kerana sakit kepala jika terkena air,” katanya.
Baca Lagi Di Sini:
Umur 55 Rambut Takde Uban, DAUN KARI Rahsia Rambut Berkilat Hitam
Tiada Dalil Larang Wanita Potong Kuku & Rambut Ketika Haid, Nifas
Selepas tidak memotong rambut selama 64 tahun, Thi Dinh mengalami kesukaran bergerak kerana panjangnya mencecah enam meter.
Sejak 1990, wanita itu dibenarkan tinggal di tokong untuk memudahkannya beribadah dan menjalani gaya hidup sihat. Sehingga kini rambutnya tumbuh
10 sentimeter sebulan.
Rambutnya kini bertukar putih seiring peningkatan usia dan turut menjadi tarikan utama pengunjung tokong berkenaan.
MW: Macam-macam hal. Memang tak dapat bayangkan macam manalah kalau rambut dibiar panjang tak potong apatah lagi tak bercuci bertahun-tahun.
Sumber: Hmetro