Baru-baru ini viral penyebaran video wanita berkebaya merah berjalan ditengah malam yang berjaya ‘menyeramkan’ orang ramai. Ramai terpedaya serta memberikan pelbagai reaksi dengan video ‘seram’ tersebut. Rupa-rupanya video wanita berkebaya merah tersebut hanyalah satu ‘gurauan’ dan lakonan bertujuan memperbodohkan orang ramai akan kewujudan ‘hantu’ tersebut.
“Aku pakat dengan 3..4 orang member..Masing2 pakai baju kebaya yg sama warna…Lepas tu..soh (suruh) depa dok di 3..4 lokasi yg berbeza.. Yg lain dok tepi jalan ja..yg last dok tgh jalan..manakala aku drive kete (kereta) siap camera..rekod sepanjang jalan..”
“Boh tajuk gempak2 sikit..kompom viral..sebab…masyarakat kita mudah percaya dan terpedaya dgn cerita2 camni..so apa aku dapat? Aku dapat perbodohkan orang yang mengaku cerdik..hahahaha sekian cerita aku malam ni..”
Itu pengakuan seorang lelaki yang dipercayai bertanggungjawab merakam dan memuat naik sebuah video “hantu berkebaya merah” di sekitar Kulim yang tular di media sosial sejak kelmarin. Berdasarkan mesej yang disebarkan di laman sosial itu, lelaki berkenaan mendakwa memuat naik video tersebut sebagai gurauan bertujuan “memperbodohkan orang ramai yang mengaku cerdik”.
Menerusi paparan dalam aplikasi WhatsApp kumpulan ‘Taman Bunga Raya Official’ itu, lelaki berkenaan mengaku bertanggungjawab merakam video berkenaan dengan tujuan memperbodohkan orang ramai dengan kewujudan hantu berkenaan. Dia mengaku berpakat dengan tiga hingga empat rakannya supaya mengenakan pakaian baju kebaya yang sama warna di laluan itu.
Dalam video berdurasi 56 saat itu, seorang lelaki dan rakannya kononnya telah merakam visual seorang “wanita berkebaya merah” di tepi jalan ketika melalui Jalan Bukit Lengkok, Kulim awal pagi semalam.
“Hantu” yang sama kelihatan muncul di tiga lokasi berbeza sepanjang jalan itu sebelum tiba-tiba muncul di tengah jalan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa menghentikan kenderaannya.Video itu telah ditonton lebih 171,000 kali dan dikongsi lebih 3,600 pengguna Facebook.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima oleh pihaknya berkenaan video kejadian berkenaan.
“Kami mendapati video yang dirakam itu lebih kepada perbuatan individu atau kumpulan nakal yang bertujuan untuk menakutkan pengguna jalan raya di kawasan itu terutama di waktu malam.
“Perbuatan ini sama jugalah seperti kes di Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang pada Januari lalu di mana ada kanak-kanak nakal yang sengaja berpakaian seperti ‘hantu pocong’ untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama kanak-kanak melalui jalan di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Kisah hantu kebaya merah ini sebenarnya bukanlah baru, sebelum ini pada tahun 2009, kisah hantu ini pernah hangat diperkatakan menonjolkan diri di Kedah sehingga menyebabkan beberapa kemalangan lebuh raya di negeri itu. Berita tersebut hangat diperkatakan ramai ketika itu namun seperti telah dilupakan sebelum kembali menjadi buah mulut netizen selepas kemunculan video terbaharu ini.
Macam-macam hal.Cubalah buat perkara yang lebih berfaedah.Kita pun kena lebih bijak, jangan mudah tetipu dan percaya dengan perkara-sebegini.
Sumber: Bharian