Sebaik pelakon Yatt Hamzah berkongsi berita gembira melahirkan anak lelaki pertama dalam keluarga. Ramai yang mula DM Yatt. Bertanyakan tip dapatkan anak lelaki.
Anak lelaki pertama Yatt ini merupakan anak bongsu daripada empat orang adik-beradik perempuan. Sebelumnya, Yatt pernah alami keguguran sekitar September lalu.
Kongsi Yatt,
“Sungguh tak sangka zuriat penutup ini (in shaa Allah), kami dapat seorang Putera. Sampai ramai sangat yang WhatsApp dan DM bertanya, apa tips nak dapat anak lelaki?
Di sini Bonda jawab pertanyaan semua. Wallahi Bonda tiada apa-apa tips dan tidak mengamalkan apa-apa melainkan menyerahkan segala pergantungan hanya pada Allah.
Memanglah teringin anak lelaki tapi tak mengharap apa-apa. Kalau dapat syukur.. tak dapat pun syukur.. Tak mengharap, hanya berdoa. Jika ada rezeki kami, kami redha apa sahaja yang dikurniakan asalkan anak selamat dan sihat.
Sebelumnya Yatt Hamzah turut meluah perasaan pertama kali mendakap bayi lelaki yang begitu dinanti-nantikan selama ini. Sehingga menitis air matanya.
“Pertama kali mendakap BAYI LELAKI zuriat sendiri. Perasaannya, Subhanallah luar biasa indah. Menitis air mata dan lidah tak henti-henti mengucapkan syukur.
Inilah anak bertuah yang hampir-hampir keluar ikut tingkap. Di saat-saat akhir dapat juga melahirkannya secara normal walaupun terpaksa menahan sakit lebih 8 jam dan meneran kuat hingga pembuluh darah pecah di bawah kulit muka, mata dan seluruh badan.
Boleh nampak jelas kulit muka Bonda tu penuh bintik-bintik merah seperti freckles. Pengorbanan ibu, asalkan anak yang dilahirkan selamat dan sihat.
Alhamdulillah, inilah Si Bongsu Anakanda Putera yang ditunggu-tunggu sekian lama.. Satu-satunya Putera Bonda selepas kakak-kakaknya 4 Puteri, barulah dia muncul. Kelahiran yang dinanti-nantikan bukan sahaja kami keluarganya tapi sahabat-sahabat dan followers Bonda.
Sekali lagi terima kasih atas doa-doa yang baik dari kalian semua. Bonda dan anakanda rehat dulu ya. Esok Bonda sambung cerita Bonda melahirkan di hospital mana. Di hospital swasta lagi atau kerajaan dan kenapa? Apa yang bestnya hospital pilihan kali ni?
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR.
Yatt Hamzah selamat melahirkan bayi lelakinya pada 3 Julai 2021 tepat jam 11.16 malam secara normal.
Mingguan Wanita : Tahniah Yatt Hamzah dengan kelahiran putera bongsunya ini.
Sumber/Foto : Yatt Hamzah
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW