Ramai Suka Ambil Kesempatan “Jika Dalam Penerbangan Tambang Murah, ‘Window Seat’ Ni Kita Kena Bayar!”

Share

Ramai suka ambil kesempatan. Kecoh di media sosial baru-baru ini tentang ‘window seat’ di dalam penerbangan tambang murah.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut, juruterbang Mohd Ezairol Rezan Zainol menerangkan tentang mereka yang suka mengambil kesempatan.

Ramai Suka Ambil Kesempatan

Menurutnya didalam sebuah pesawat konsep tempat duduk bukan seperti di dalam bas henti-henti. Perlulah hormat mereka yang telah membayar untuk mendapatkan tempat duduk di ‘window seat’.

“Isu Pasal Window Seat Naik Balik Dalam Sehari Dua Ni Di Media Sosial.

“Itulah, Manusia Ni Kadang Ramai Yang Suka Mengambil Kesempatan. Dia Dah Tahu Yang Dia Naik Ni Kapal Terbang, Bukan Bas Henti² Cam Kat Kampung Tu.

“Kalau Bas Henti² Tu Betullah, Konsep Sapa Cepat Dia Dapat. Maknanya Kalau Ada Je Seat Kosong Tu Kita Bolehlah Duduk.

“Tapi Kalau Dalam Penerbangan Tambang Murah, Window Seat Ni Kita Kena Bayar. Harganya Dalam Lingkungan Rm17 Hingga Rm60 Camtu.

Anak-Anak Jangan Kedekut & Berkira

“Anak² Yang Belikan Tiket Flight Untuk Orang Tua Tu Pun Satu Hal Juga, Kadang Sengaja Tak Belikan Seat, Maka Terpisahlah Mak Dan Ayah Depa Dalam Flight.

“Itu Yang Kadang Ada Pasangan Suami Isteri Yang Sudah Berumur Kita Jumpa Duduk Sekali Tapi Bukan Dekat Seat Dia… Kesian Orang Tua Jadi Mangsa Anak Yang Kedekut Dan Berkira Ni.

“Hidup Ini Kalau Boleh Jangan Kita Susahkan Orang Dan Jangan Kita Ambil Hak Orang…🌹 Ingat, Doa Orang Yang Teraniaya Dan Di Zalimi Itu Selalunya Dimakbulkan Tuhan,” luah Mohd Ezairol.

 

Mesti Baca: Bercita-cita Jadi ‘Pilot’ WAJIB Dapat 5 Kredit Dalam SPM, Juruterbang Dedah Kriteria Utama
Baca Lagi Di Sini: Tunang Suka Berhutang, Wanita Tolong Jadilah Cerdik! Takut Terpaksa Bela ‘Biawak Hidup’


Artikel Menarik: Take Off & Landing, Juruterbang Hanya Ada MASA 4 MINIT Kendali Pesawat. Selamat Atau Terhempas

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber Foto : Insatgram Mohd Ezairol

 

Published by
Norhayati Suboh