Ramai Salahkan Isteri Bila Dia Beremosi, Sedangkan Segalanya Berpunca Daripada Sikap Suami

Share

Ramai salahkan isteri bila dia beremosi, sedangkan segalanya berpunca daripada sikap suami.

Bukan sengaja isteri emosi tak tentu hala, sebaliknya pencetus emosi tak stabil isteri adalah suaminya juga. Selama berkongsi hidup, pada suamilah isteri harapkan.

Kadang-kadang sengaja beremosi agar suami perasan yang isteri perlukan perhatian dan kasih sayang. Tetapi bukanlah mengada-ngada.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa yang cuba disampaikan ini:

Ramai Salahkan Isteri

Saya ada terbaca, suami yang memahami isteri, dia tahu bila emosi isterinya itu ok atau tidak…

Bagaimana kalau isterinya tidak menunjukkan sebarang perubahan tapi emosinya tidak ok?

Artikel Berkaitan : Jangan Biarkan Isteri Sendirian, Dah Ramai Wanita Hilang Kawalan Sebab Depresi

Bila Dia Beremosi

Perempuan…

Sekuat mana pun dia menahan, sedalam mana pun dia memendam, kalau kita sebagai suami dekat dan rapat dengan isteri, kita akan tahu dia ok atau tidak kerana suami lebih mengenali isteri luar dan dalam…

Susah isteri hendak menyembunyikan emosi daripada suami yang selalu bertanyakan khabar dirinya, bagaimana harinya, perasaannya dan sebagainya…


Sedangkan Segalanya

Akan terkeluar sedikit perubahan, akan ternampak sedikit riak muka dan akan tercerita sedikit akan apa yang tidak kena untuk setiap hari yang dilaluinya…

Sebab itulah suami kena ambil berat, malah ambil tahu dan peka dengan keadaan sekeliling…

Bukan sebab kita ini ada banyak masa lapang sampai boleh cover semua perkara di luar dan di dalam rumah. Tapi sebab kita ini suami dan kita tak nak isteri tertekan atau isteri stres.

Juga tidak mahu isteri moody, dan isteri tension sehinggalah dia meletup dan tiba-tiba jadi lain…

Baca Di Sini : Suami Jangan Lokek Beri Isteri ‘Me Time’, Bro Ohsem Ini Kongsi 6 Sebab Perlunya Hargai Isteri Yang Penat

Berpunca Daripada Sikap Suami

Bila kita memahami isteri sedalam yang mungkin, maka automatiknya bebanan isteri akan berkurangan…

Memahami ini nampak macam senang, macam mudah tapi tak ramai yang betul-betul mahu untuk memahami…

Ramai yang menyalahkan isteri bila dia beremosi sedangkan emosi itu adalah disebabkan tingkah laku dan perbuatan suami…

Mingguan Wanita : Suamikan BFF isteri, jadilah pada suamilah seorang isteri berharap. Kalau bukan suami sendiri, siapa lagi yang ada untuk memahami emosi seorang isteri.

Sumber : Firdaus Shakirin

Betul ke perangai pasangan berubah selepas kahwin?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

 

 

Published by
Nur Syazwani Mehat